SESUDAH MAKRIFATULLAH – UJIAN 2
1. Kaum Nabi Nuh (as)
Selama 950 tahun Nabi Nuh (as) berusaha namun beliau gagal untuk mengembalikan kesemua umatnya termasuk isteri dan anaknya. Hanya 80 orang sahaja yang menjadi pengikutnya. Ini termasuk 3 orang anaknya yang lain.[23]
Kemudian sesudah itu Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.[24]
Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu; sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.[25]
Perihal isteri Nabi Nuh… berada di bawah jagaan… hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu (dia)… berlaku khianat kepada suami (nya); maka…suami(nya)… (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada(nya)…dari Allah[26]
Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam bahtera yang penuh muatan.[27]
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah)…[28]
2. Kaum Nabi Hud (as)
Kaumnya menolak pendakwahan Nabi Hud (as) dan meminta-minta supaya bala diturunkan kepada mereka seperti yang di khabarkan oleh Nabi Hud (as) sekiranya mereka engkar.
Allah menimpakan angin kencang itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon korma yang telah kosong (lapuk). [29]
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.[30]
3. Kaum Nabi Salleh (as)
Tidak lama selepas menyaksikan mukjizat (seekor unta terkeluar daripada batu) Nabi Salleh (as), mereka yang tidak beriman telah membunuh unta itu.
Hai kaumku inilah unta betina daripada Allah sebagai mukjizat untukmu.[31]
Kemudian mereka membunuhnya lalu mereka menjadi menyesal.[32]
Maka tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Salleh berserta orang-orang beriman bersama dia dengan rahmat daripada kami.[33]
Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu lalu mereka mati bergelimpangan di rumahnya.[34]
Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.[35]
4. Kaum Nabi Syuaib (as)
Kaum Nabi Syuaib (as) di Madian telah menghalaunya keluar daripada Madian seraya memberi amaran supaya Nabi Syu’aib (as) Jangan menunjukkan mukanya lagi di Madian.[36] Setelah itu beliau pergi pula ke kaumnya di Aikah, di sana beliau dilempar batu serta di seret dan dihalau keluar daripada bandar itu.
Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Syu’aib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dia dengan rahmat dari Kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang menggunturkan lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah diam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madian sebagaimana kaum Tsamud telah binasa.[37]
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. [38]
5. Kaum Nabi Lut (as)
Umat Lelaki kaumnya genar kepada lelaki. Nabi Lut (as) tidak dapat membenatu mereka kembali ke pangkal jalan. Isteri beliau juga bersubahat dengan mereka apabila dia memberi tahu umat kaum Nabi Lut (as) kedatangan 3 pemuda yang kacak (sebenar maliakat) di rumahnya .
Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu.[39]
Maka Kami selamatkan dia berserta keluarganya, kecuali isterinya.[40]
Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur ketika matahari akan terbit. Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.[41]
Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. [42]
6. Firaun dan kaumnya.
(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. [43]
Kerana ujian Allah swt itu tidak ada pengecualian, maka Nabi-nabi juga diuji dan ujian mereka adalah tersangat berat.
Abu Said Al Khudriy berkata,”Wahai Rasulullah, manakah manusia yang lebih berat cubaannya.” Rasulullah (saw) menjawab, “Para Nabi.”[44]
- Nabi Adam (as)
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya.[45] - Nabi Ibrahim (as)
Mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.[46] - Nabi Ayub (as)
(Sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.[47] - Nabi Yunus (as)
Maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita (dalam perut ikan nun) dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.[48] - Nabi Yakub (as)
Dan (bapa mereka iaitu Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata, “Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana dia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.”[49]
Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah dia celik kembali seperti sediakala.[50] - Nabi Yusuf (as)
Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)..[51]
Bibliografi
[23] Hajjah Amina Hatun, Lore of the Light Vol. 1, 70 (1996). Ibnu Khatir, Stories of the Prophets, 49(?)
[24] Asy Syu’araa (26):120.
[25] Hud (11):46.
[26] At Tahriim (66):10.
[27] Asy Syu’araa (26):119.
[28] Asy Syu’araa (26):121; Al Mukminun (23);30.
[29] Al Haaqqah (69):7.
[30] Asy Syuaraa (26):139
[31] Hud (11):64.
[32] Asy Syu’araa (26)157.
[33] Hud (11):66.
[34] Hud (11):67.
[35] Asy Syuaraa (26):158
[36] Hajjah Amina Hatun, Lore Of Light, Vol. 2, 50 (1994).
[37] Hud (11):94-95.
[38] Asy Syuaraa (26):190
[39] Asy Syuaraa (26):168
[40] An Naml (27): 57.
[41] Al Hijr (15):73-74.
[42] Al Hijr (15):75
[43] Al Anfaal (8):54
[44] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk. 4, 732 (1993).
[45] Al Baqarah (2):36
[46] Al Anbiya (21):68-69
[47] Al Anbiya (21):83-84
[48] Al Anbiya (21):87.
[49] Yusuf (12):84
[50] Yusuf (12):96
[51] Yusuf (12):24
KOMENTAR