Q&A: TAKDIR (QADA DAN QADAR)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, hari ini Ayah mahu, Alhamdulillah, memperkatakan berkenaan Takdir :
1. Takdir adalah Rencana atau Ketetapan Allah swt atau Sunnahtullah.
2. Takdir terjadi apabila Allah swt berfirman “Kun” maka terjadilah ia (Takdir).
3. Takdir dikumpul dalam Ummul Kitab yang bernama Loh Mahfuz (LM). Takdir ibarat Bab-bab dalam Kitab LM contoh Bab 1 – Takdir Manusia, Bab 2 – Takdir Angkasa Lepas, Bab 3 – Takdir Haiwan (dan seterusnya)
3. Takdir udah sempurna kerana tidak sesuatupun Allah swt lupakan.
4. Takdir tersusun mengikut kehendakNya. Semua bergantung kepadaNya tiada sedikit campurtangan kita dalam urusannya.
5. Takdir (bergabung dengan Masa kerana itu) ada yang ditakdirkan udah berlaku dan ada yang belum berlaku.
6. Takdir menjadi rukun Iman ke enam. Justeru itu kita belum beriman kalau kita tidak dapat menerima Takdir.
7. Takdir adalah rencana yg teguh atau ketetapan atau sunnahtullah yg tidak akan berubah. Kalau seseorang itu berkata dia bisa merubahkan Takdir (bisa mengelak apabila udah dituliskan mengena atau mengenakan apabila udah dituliskan tidak mengena) tempatnya adalah di neraka.
8. Takdir yang baik mahupun yang buruk adalah KetetapanNya.
9. Takdir apabila berlaku hendaklah kalian dengan pantas ingat kepada Allah swt.
10. Takdir apabila ia berlaku hendaklah kalian berkata,”Udah ditakdirkan” atau “Inna lillahi Wainna Ilaihi Rajiun”. Dengan itu, kalian akan mendapat Rahmat dan PetunjukNya.
11. Takdir apabila berlaku lalu kalian mengingati Allah swt maka akan datang ketenteraman kepada diri kalian.
12. Takdir apabila berlaku dan kalian ingat kepada Allah swt, kalian akan merasa puas dan redha akan KetentuanNya. Kerana kalian tahu bahawa semua berlaku mengikut Ketetapan dan KehendakNya.
13 Takdir apabila diterima oleh semua manusia akan membawa ketenteraman seluruh dunia seperti air yg tenang dalam bejana.
14. Takdir akan diterima oleh kesemua manusia di hari muka menerusi ilmu kerana Allah swt mengajar manusia apa yang tidak diketahui oleh mereka serta meninggikan ilmu itu dari masa ke masa.
15. Takdir apabila diterima oleh kesemua manusia akan mendatangkan ketenteraman keseluruh dunia kerana Allah swt menjadikan manusia berpuak-puak untuk kenal mengenali sesama sendiri.
Semoga Anakku semua mendapat pencerahan berkenaan Takdir, aamin ya Rabb aamin.
Rio: Alhamdulillah terimakasih ustadz.
Ustadz mau bertanya. Kalau dalam pandangan ilmu kita ustadz. Apakah bedanya antara QADA dan QADAR ustadz?
Sebagian orang mengatakan qada adalah takdirnya dan qadar adalah tingkatannya. Apakah betul begitu ustadz?
Kalau dalam ilmu kita ini apa bedanya ya ustadz dua istilah itu?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Qadak adalah masa (Timing) dan Qadar adalah ketentuan (extent). Contoh, ribut taufan itu berlaku selama sebulan (extent) dari tarikh 1 ogos [agustus] hingga 30 ogos [agustus] (Times).
Rio Benny: Oooh. Clear sekarang ustadz. Timing dan extent. Terimakasih ustadz 🙏🏼
Luli Alaydrus: Subhanallah jelas sekali ustad dan terperinci… 🙏🏻
Ustadz Hussien Abd Latiff: Ekor gajah tidak bergerak melainkan digerakkan oleh gajah.
Luli Alaydrus: Sambil tersenyum2 ustad apabila senantiasa terpandang ☺☺☺☺☺ dzat bergurau 😁☺
Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah
Mohd Zainothman: Ustaz. Saya ingin bertanya samada betul atau tidak dapatan saya bahawa Qadak dan Qadar itulah Buku Kehidupan setiap kita. Terima kasih ustaz.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar sahabatku pak Zain
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR