Q&A : TENTANG MAKRIFAT DAN DAMPAKNYA PADA KESEHARIAN

Hj Hussien Latiff
June 19th, 2012 at 12:13 am
Makrifatullah ialah mengenal Allah swt. Kadangkali pengenalan ini datang seperti satu tamparan yang hebat sehingga ketika itu juga kita berubah secara mendadak dan mengalami serta merta pengalaman kerohanian seperti yang anda sebutkan dan lebih dari itu. Tamparan hebat ini berlaku pada saya pada tahun 1978 semasa saya menuntut di ITM Shah Alam. Sehingga rakan-rakan saya tidak percaya dengan pertukaran saya yang pada masa itu digelar mereka sebagai “Public Enemy No.1″ maklumlah dari Singapura mesti berlagak punya.

Ada yang berkata, “Engkau berubah 360 degree”. Ini membuat mereka menyayangi saya sehingga mereka menaja pelajaran saya ke England dan juga pembukaan Firma saya di Singapura dan pembelajaan perkahwinan saya kerana pada masa itu saya (dan keluarga saya) tidak berkemampuan kewangan untuk itu semua.

Saya menceritakan ini untuk menunjukkan pada anda pertukaran yang mendadak berlaku kpd saya sesudah menerima Pengenalan kpd Allah swt dan juga pemberitahuan kepada sahabat-sahabat di sana jasa anda semua, insya-Allah, tidak saya lupakan dan anda semua sentiasa dalam doa saya setiap hari.

Sesudah pengalaman itu saya dapati saya dapat mengingat Allah swt, Alhamdulillah, dengan senang. Ingat tanpa rupa, umpama, bunyi, warna dan sebagainya. Ingat seperti ingat nama sendiri tanpa tulisan. Tidak lama selepas itu apabila saya mengingat Allah swt, minda saya bercahaya sehingga menyilaukan setiapkali saya mengangkat mata saya melihat ke dalam minda. Tidak lama selepas itu, satu hari saya baring di atas katil saya mengadap tingkap di siang hari dan tidak tahu mengapa minda saya berkata kepada diri saya pergi ke Awan dan sekelip mata roh saya ada di Awan dan melihat jasad saya di katil. Lepas itu, minda saya balik ke jasad dan saya lihat roh saya di Awan. Ini berulang dan fahamlah saya minda itu adalah satu anggota yang bebas tidak terikat dengan jasad atau roh. Pada masa yang sama saya selalu membaca dibai setiap hari selepas Asar dan habis bacaan dekat dengan mahgrib dan setiapkali teringat Rasulullah saw saya akan menangis kerinduan. Satu masa saya tidak dapat menahan kerinduan ini sehingga saya menangis dan rasa gegaran yang hebat di dalam diri saya (Ada berapa sahabat berkata nampak ingus saya turun dari hidung berjela, saya tidak sedar. Mereka pun tidak menggangu saya dan biar saya dalam gegaran). Dalam masa itu terasa satu kesejukan naik daripada uluhati hingga kerongkong, ke mata (menterbalik kedua mata saya), masuk ke minda saya, terbuka mata ketiga di dahi saya dan terkeluar roh saya menerusi mata ketiga ini. Saya mencari rujukan dalam agama kita tentang ini tetapi tidak mendapatinya. Malahan saya dapati banyak ulama kita lemah dalam perkara ini. Pengalaman ini yang menjadi bahan seminar saya.

Bagi saya pengalaman ini adalah satu perkara yang “Incidental”. Yang utama bagi saya ialah selepas pengenalan ialah ibadah. Dengan itu setiap malam saya bertahjud, siang puasa untuk mendekati diri dekat dengan Allah swt serta menundukkan nafsu (Saya tidak berpuasa di hari Ahad kerana banyak jemputan walimah atau dalam keadaan musafir dan 5 hari yang diharamkan dalam syarak), banyak bersedekah, sentiasa ingat kpd Allah swt, Hati mahu baik, pegang kpd syariah Islam, mengaji dan sebenar-benar takut kepada Allah swt. Ini juga menjadi bahan yang saya mengajar di seminar saya.

Kalau anda perhatikan pengelaman kerohanian saya seperti yang disebut oleh anda ianya adalah kerana tamparan yang hebat secara kerohanian yang berlaku kpd saya apabila menerima pengenalan kpd Allah swt.
Pengalaman ini saya ajar kpd mereka yang masuk seminar saya semoga apabila mereka menerima tamparan ini, mereka tahu tangga kerohanian yang saya lalui supaya tidak terikut Hinduism, Buddhism, Lao Tze, Sai Baba, Yoga dll.
Anda boleh melihat saya mengadakan seminar dan mengajar ilmu dan pengalaman saya menerusi klas-klas yg dikelolakan oleh International Promotional Agency di S’pura. Saya mengajar mereka seperti mereka berada di kuliah Universiti. Saya mengajar dan memberi mereka rujukan-rujukan daripada Quran, As Sunnah dan kitab-kitab yang boleh saya terima penulisannya (yang tidak bercanggah dgn syarak). Sesudah mereka memahami apa yang saya ajarkan, mereka pun beredar dan banyak saya tidak jumpa lagi dan tidak ingat. Alhamdullilah, pengajian saya dalam perkara ini bermula dari 1978 yang saya mula dengan menulisnya, selepas adanya komputer melalui Floppy disc lepas itu Thumbdrive dan sekarang Hard disk.

Kesimpulannya, saya menyampaikan ilmu kepada sesiapa yang sudi mendengarnya tanpa terikat kepada saya dan bukan saya ini mempunyai kumpulan-kumpulan seperti Tarikat-tarikat.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *