Q&A: MENGENALI SIFAT DAN AF’AL-NYA (3)
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Alhamdulillah, kini anak-anakku udah bisa:
1. Memahami konsep Pintu Depan.
2. Memahami konsep Pintu Belakang.
3. Memahami konsep ROC & Dzikrullah.
4. Bisa menyaksikan Bioskop Ilahi.
Sayugia diingatkan jangan samasekali masuk campur dalam urusan tayanganNya, atau turun ke Pintu Depan kerana hanya ada satu Direktur atau Pengarah iaitu Allah swt. sesuai dengan firmanNya (maksudnya) bahawa tidak ada sedikit campurtanganmu dalam urusanNya ini. Juga firmanNya (maksudnya)bahawa semua bergantung kepada Allah swt (Tuhan yang Satu).
Anakku, apabila kamu ROC & Dzikrullah sambil.menyaksikan tayangan di Bioskop Ilahi, sebenarnya kamu udah berada di dalam Alam (Dunia)Maya ataupun “Virtual Reality” (VR). Justeru itu hendaklah kamu bantu Dzikrullah kamu dengan ibadah-ibadah sunnah kerana di peringkat inilah pembinaan Base-Camp kamu. Apabila kamu sampai ke peringkat ketenteraman yg tinggi di Base Camp kamu barulah Allah swt menjemput kamu, “Hai Jiwa yg tenteram kembalilah kepada Tuhanmu” dan masuklah dalam jemaahKu. Ini yang dikatakan Tarikan Ilahi yang mendatangkan Kefanaan lalu akhirnya masuk kita ke Alam Maya Sakinah.
Semoga anak-anakku bisa faham, insya-Allah, aamin ya Rabb aamin!
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Anakku, harap maklum bahawa peringkat ketenteraman tertinggi tercapai apabila seperti Rasulullah saw bersabda (maksudnya)“Mataku tidur, Hatiku tidak”. Ini peringkat Hati Terjaga.
Anakku, sebenarnya apabila kamu udah boleh duduk pintu belakang, ROC dan Dzikrullah kamu udah dekat dengan peringkat Mataku tidur, Hatiku tidak. Maka bantulah dengan ibadah-ibadah sunnah dan pasrah.
Alhamdulillah, Konsep Bioskop Ilahi, Pintu Depan, Pintu Belakang dan ROC walaupun dalam Alam Maya (Virtual Reality)tetapi sudah menjadi NYATA kepada kalian SEDARKAN bahawa kalian sudah berada jauh dari kaki gunung (Foot of the Mountain)dan sekarang sudah ada di Base-Camp (Tempat Penginapan sebelum ke puncak gunung) dan sedang membina kemah-kemah (Camps)untuk relak sambil menghantar Virtual Message (VM) (Dzikrullah)untuk Tali di turunkan dari puncak untuk menarik kalian ke Puncak Gunung sehingga kalian berada di atasnya yang pandangannya enak lagi nyaman(Tarikan Ilahi masuk ke Alam Maya Sakinah).
Maka tunggulah di Base-Camp itu dan jangan berhenti menghantar VM sambil pasrah. Semoga kalian faham maksud saya.
Alhamdulillah ustaz, semakin jelas kefahaman tentang keadaan pada pintu belakang dan rasa dalam menyaksikan Bioskop Ilahi, benar kata ustaz seperti dibelakang gambar atau filem.