Q&A: MEMANTAPKAN KEPAHAMAN “TIDAK WUJUD”

Mochtar Djait: Ayahanda Ustaz…Kita diberi kefahaman oleh Ayahanda Ustaz bahawa :

“kita (Sifat) ini tidak wujud dan yang sebenar wujud adalah Dzat (Hakikat) yg wajibul wujud kepada kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa”

Dan, “kita tidak wujud maka mana bisa kita bertanya” .
Sekiranya kita kita bertanya, maka kita sudah wujud kembali.

Ayahanda Ustaz, saya mohon pencerahan mengenai perbezaan diantara :
*“ bertanya” *
(ie: mempersoalkan Tuhan dengan perkataan“kenapa”) –
Berbanding dengan kita “*berdoa/bermunajat*” meminta pertolongan Nya.

Note: Mohon maaf ya Ayahanda Ustaz sekiranya pertanyaan ini mengelirukan atau saya sendiri tidak faham tentang apa yang saya tanyakan.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Untuk menekan Sifat itu tidak wujud, saya akan gunakan contoh, Botol Kaca.

Botol itu sebenarnya tidak wujud, yang wujud adalah kaca semata-mata (100%). Botol itu hanya satu rupa atau bentuk yang Kaca pilih untuk merupakan dirinya. Untuk membuktikan ini maka hempaskanlah Botol itu ke batu dan kita bisa lihat yg ada hanya serpehan (bits & pieces) Kaca; Botol tiada langsung. Justeru itu, fahamlah kita bahawa yang berkecai itu hanyalah Kaca berupa Botol.

Lanjutan dari contoh di atas ini, kalau Botol itu bernyanyi dan menari maka kita (yang udah tahu) langsung mengerti bahawa yang sebenarnya menyanyi dan menari adalah Kaca dalam rupa atau bentuk Botol.

Sebegitu, semua ciptaan itu adalah rupa atau bentuk kepada Dzat. Iaitu, Dzat berupa ciptaan. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa (DzatNya) Yang Zahir dan Yang Batin. Justeru itu, yang sebenar-benar wujud adalah Dzat. Kerana itu Allah swt juga ada berfirman bahawa semuanya binasa yang tinggal DzatKu. Di sini yang kita selalu katakan Nafikan kesemua Sifat (ciptaan) maka akan terserlah Dzat (Hakikat).

Kalau kesemua ciptaan adalah Dzat (dalam rupa ciptaan) maka segala lakonan Sifat sebenarnya adalah lakonan Dzat. Sifat tidak wujud dan tidak pernah wujud. Ia adalah Dzat berupa (ciptaan).

Kerana itu dikatakan jangan kamu (ciptaan) menyangka kamu yang berlakon seperti berfikir, bertanya, berdoa dll kerana ini semua sebenarnya adalah Dzat berlakon. Kamu tidak wujud dan tidak pernah wujud.

Sesudah kita faham ini dengan sebenarnya maka hendaklah kita menyerah. Kalau tidak wujud mana bisa berlakon atau bertanya. Justeru Rasulullah saw diperintah menjadi yang pertama-tama menyerah diri. Allah swt juga memerintah kita supaya menyerah diri.

Maka ditimbulkan oleh sahabat kpd Rasulullah saw bahawa kalau kita diperintah menyerah 100% kpd Allah swt atau Takdir justeru itu lebih baik berpeluh tubuh sahaja jangan berbuat apa-apa? Baginda menjawab menyuruh Sahabat jangan berbuat begitu tetapi hendaklah mereka hidup macam biasa kerana itu pun adalah Takdir.

Maksud hidup macam biasa ialah apa jua lakonan kita (seperti berfikir, bertanya, berusaha, berdoa. makan, minum, berjalan, berlari dll) semua itu udah ada dalam Takdir.

Maka hendaklah kita sedar dengan sebenar-benar sedar bahawa kita (Sifat) tidak wujud. Yang wujud adalah DzatNya (Hakikat). Justeru semua lakonan adalah lakonan Dzat mengikut LM (Loh Mahfuz). Dan semua lakonan ini udah termaktub di LM semasa Allah swt berfirman, “Kun”. Tidak ada satu apa pun Dia lupakan dalam LM.

Fahamkan ini dengan baik supaya kita tidak mewujudkan diri kita lantas bertanya. Fahamkanlah bahawa yang berlakon adalah Dzat dan Allah swt bersandiwara dengan DzatNya. Contoh, Ahmad seorang Pengarah Film mengarah Aziz menjadi Pahlawan Samudra. Di sini, Pahlawan Samudra tiada dan yang ada hanyalah Aziz mengikut arahan Pengarah Ahmad. Kesemua tindak tanduk Pahlawan Samudra adalah sebenarnya Aziz dalam lakonan.

Semoga mendapat pencerahan, insya-Allah.

Bang Agus: Faham Ustadz. InsyaAllah dapat pencerahan. Terima kasih.

Mochtar Djait: Terima kasih Ayahanda Ustaz diatas pencerahan ini. Semoga kefahaman kami semakin mantap. Syukur Alhamdulillah.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Untuk mencapai kefahaman yang jitu lagi stabil iaitu, kita ini tidak wujud memerlukan istqamah sentiasa iaitu dalam apa jua keadaan Jiwa ini menyatakan, “Aku tidak wujud!”. Kalau tidak kita akan jadi “Katak Lompat.”

Contoh orang yg mempunyai kefahaman (bahawa dirinya tidak wujud) yg sudah sebati dengan jiwanya adalah Khidir as. Ini jelas dari kenyataannya kepada Musa as bahawa dia berbuat sesuatu bukan dengan kemahuannya. Kenyataan ini menunjukkan Khidir as udah faham bahawa dia tidak wujud justeru itu dia menyatakan semua perbuatan itu bukan dengan kehendaknya.

Khidir as juga ada berkata kpd Musa as supaya jangan bertanya tentang sesuatu yg dia lakukan sampai dia menerangkannya kpd Musa as. Ini sesuai dengan keadaan Khidir as bahawa dia menjalankan perintah Allah swt tanpa pertanyaan sehingga Allah swt.memberi pencerahan kpdnya.

Khidir as juga memberitahu Musa as bahawa Musa as tidak akan ada kesabaran untuk menerima segala perbuatannya. Begitu juga kalau kalian jadi Kata Lompat maka sukar kalian akan dapat memerima bahawa kalian tidak wujud dan dengan itu tidak bisa bertanya atau berfikir dll.

Apabila selalu terjadi keadaan Katak Lompat maka jurang di antara kalian dan mereka yg udah dapat tahkikkan (verified and absorbed) kefahaman ini dalam Jiwa mereka akan bertambah jauh. Kerana itu, Khidir as berkata kpd Musa as bahawa Musa as tidak akan faham akan ilmu yg Musa as dihantar untuk dipelajari dari Khidir as. Justeru itu, sesudah jelas Musa as tidak dapat mencapai kefahaman ini maka Khidir as berkata kapada Musa as ,”Inilah perpisahan kita berdua” (Goodbye!)

Bagi kalian yg udah mantap kefahaman bahawa “kita tidak wujud” istiqmah dan teruskan ibadah kalian kpd Allah swt. Jangan meminta-minta supaya kalian dinaikkan taraf.

Kalau ada ujian naiklah dan berpautlah kepada Allah swt seperti Nabi Yakub as dan Nabi Ayub as

Semoga kalian mendapat pencerahan, insya-Allah.

Wan Ibrahim: Terima kasih Ustaz kerana pencerahan yg berterusan. Setiap kali pencerahan ternyata ianya memperkasakan kefahaman kami. Alhamdulillah.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila air matamu turun seperti taufan bertiup kencang.

Apabila hatimu dipukul badai yang tidak berperi kemanusiaan.

Apabila segala jalan menjadi buntu dan setiap pintu tertutup erat.

Apabila rakan yang dekat berputus asa dan tangan yang sentiasa menolong menjadi kodong.

Apabila dunia yang terang menjadi gelap dan dataran yang luas menjadi sempit.

Apabila kamu tidak tahu ke mana harus dituju dan terasa diri di campak ke dalam hutan belantara.

Anakku, pada masa itulah kamu akan sedar dengan sebenar-benar sedar bahawa Allah Maha Berkuasa.

Maka naiklah anakku, bertempuh ke hadrat Ilahi serta luahkanlah segala isi hati.

Engkau akan dapati Dia Maha Menghayati rintihanmu dengan penuh Kasih Sayang.

Maka bernaunglah kamu anakku di bawah Payong KebesaranNya menunggu dengan sabar KeputusanNya.

Apa jua KeputusanNya hendaklah kau redha anakku, kerana apa jua PerbuatanNya berhikmah. Justeru itu, kamu akan sedar bahawa ujian itu adalah sebenar pengajian untukmu dari gurumu, Allah swt, Tuhan yang Satu.. Allahu Akbar!

Bang Agus: Subhanallah. Allahu Akbar.

Mbak Sri Puji Astuti: 😭😭😭 Allahu Akbar

Mujiburrahman: 😭😭😭 insya allah ustadz. Kuatkn hamba ya rab. Bimbing hamba, tuntun hamba, rangkul hamba. Dan jangn Engkau tinggalkan 😥🙏

Ahmad Saifudin: Subhanallah, nggak bisa berbuat apapun Ustad kecuali mengikut


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *