Q&A: LEBIH DALAM MENGENAI HATI YANG TAK WUJUD
Yusdeka Putra: AssalamualaikumPak Ustadz. Saya mohon konfirmasi apakah betul hal berikut ini.
Hati adalah pengendali dari minda, penglihatan dan pendengaran.
1. Hati yang dapat memerintahkan minda untuk mengingat, memikirkan, dan memahami sesuatu.
2. Hati yang dapat memerintahkan pendengaran mendengarkan sesuatu.
3. Hati yang dapat memerintahkan penglihatan untuk melihat sesuatu.
4. Hatilah yang dapat memerintahkan badan untuk melakukan suatu aktifitas fisik selagi Ruh masih menyebar keseluruh tubuh.
5. Kalau sudah bisa OBE, hati pulalah yang dapat memerintah Ruh.
Seakan akan Hati itu ada di belakang minda, penglihatan, pendengaran, dan Ruh. Makanya hati ini sering merasa menjadi aku (wujud) dan merasa mempunyai kepemilikan.
Dengan ilmu makrifatullah kita diajar bahwa di sebalik Hati itu, dan juga disebalik minda, pendengaran, penglihatan, ruh, nyawa, jasad, adalah Dzat-Nya. Sehingga akhirnya hati itu tidak bisa lagi mengaku wujud dan merasa memiliki kepemilikan.
Betulkah begitu pak Ustadz.
Terima kaseh. Wass.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Hati dari sudut fisikal tidak wujud. Dikatakan “Heart” (Bahasa Inggeris) itulah Hati. Tidak benar, itulah jantung.
Diunjukkan pula kepada Hati di dalam jasad kita. Itu pun tidak benar kerana itu adalah “Pancreas” (dalam bahasa inggeris). Fungsi utamanya ialah menghadamkan [mencerna] makanan.
Hati dari sudut kebatinan pun tidak wujud.
Pertama, Allah swt berfirman bahawa Dia memberi penglihatan, pendengaran dan hati kepada roh kita. Jelas roh diciptakan tanpa penglihatan, pendengaran dan hati.
Di sini juga jelas penglihatan, pendengaran dan hati bukanlah semulajadi sebahagian dari roh.
Juga jelas bahawa penglihatan, pendengaran dan hati adalah komponen bebas. Dari sudut OBE, dia bisa bersama dengan roh atau berpisah dengannya.
Kedua, dari sudut kebatinan, Allah swt ada berfirman bahawa dia memberi kita penglihatan, pendengaran dan hati. Allah swt tidak berfiman bahawa Dia memberi kita mata, telinga dan otak. Dengan ini, jelaslah bahawa dalam firmanNya ini, Allah swt merujuk kepada aspek kebatinan bukan aspek fisikal.
Namun begitu dari aspek kebatinan juga hati tidak wujud. Kerana sesiapa yang selalu melakukan OBE tahu yang melekat pada roh adalah pendengaran, penglihatan dan minda. Sehubungan dengan ini Allah swt berfirman bahawa kita mempunyai hati yang memahami. Jelas ayat-ayat ini merujuk bahawa hati itu adalah minda.
Maka kenapa Allah swt tidak menggunakan “minda” dan kenapa menggunakan “hati” yg tidak wujud?
Maka bagi saya jawapannya ialah kalau Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita minda (akal), pendengaran dan penglihatan, ini boleh diistilahkan bahawa ketiga-tiga komponen itu terpisah di antara satu sama lain. Ini tidak mungkin kerana mereka yang selalu OBE tahu ketiga-tiga komponen ini tidak berpisah malahan bersepadu.
Justeru itu, kesimpulannya, Allah swt berfirman bahawa Dia memberi penglihtan, pendengaran dan hati (bukan minda) untuk menekan kesepaduan penglihatan, pendengaran dan minda.
Kalau hati itu wujud maka penjelasan pak deka bisa diterima. Sayangnya hati itu langsung tidak wujud dari sudut zahir dan batin.
Pada pandangan saya Allah swt menggunakan perkataan “hati” sebagai perkataan yang menunjukkan rangkaian kesepaduan iaitu menekankan rangkaian penglihatan, pendengaran dan minda yang sepadu.
Semoga mendapat pencerahan.
Shaiful M: Inn shaa Allah paham ustaz, syukur Alhamdulillah. Hati adalah penyatuan 3 komponen tersebut.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Pol, penyatuan dan sepaduan tidak sama. Penyatuan boleh berlaku bila-bila masa. Sepaduan berlaku serentak kerana itu Allah swt berfirmam bahawa Dia beri kepada kita penglihatan, pendengaran dan hati (Serentak).
Saya bukan bagus dalam Bahasa Melayu tetapi itu yang saya fahami, kerana itu WW [wahdatul wujud] menggunakan penyatuan bukan sepaduan. [mengenai Wahdatul Wujud, harap baca kembali pembahasan yang lalu, agar tak terjatuh pada paham wahdatul wujud-admin]
Shaiful M: Baik ustaz … sepaduan πππ
Mohd Bin Atan: Tqvm ustaz atas pencerahan ilmu yang berterusan. Dimasa roh menjawap BENAR BENAR apakah disitu sudah ada 3 instrument tadi ustaz… [maksudnya, disaat jiwa manusia ditanyai di alam azali, “apakah Aku Tuhanmu, lalu mereka menjawab, “benar”]
Ustadz Hussien Abd Latiff: Roh adalah tenaga, yang mengikut prof Ramadhan mempunyai sedikit kudrat yang diberi oleh Allah swt untuk membenarkan kita menjalankan hidup kita keseharian.
Namun kalau roh tidak bersatu dengan hati (Sepaduan 3 serangkai) maka roh ngak bisa berfikir, mendengar, melihat dan juga berkata-kata. Dikatakan “Roh blur”. Ia hanya bisa berfungsi apabila ia bersatu dengan hati lalu menjadi Jiwa. Ini juga menjawab soalan Mohd berkenaan di alam azali.
Yusdeka Putra: Alhamdulillah. Disinilah pentingnya ilmu makrifatullah yang Pak Ustadz ajarkan. Sebab dengan berbagai ilmu yang ada sekarang ini diajarkan di banyak tempat (tanpa makrifatullah) bahwa hati itu adalah wujud dan oleh karena itu hati itu juga merasa memiliki. Hati itu lalu seakan akan telah menjadi raja kecil yang sangat berkuasa. Hati itu menjadi “aku”. Karena tidak kuat menyandang aku lalu ia ingin menemui Aku yang lebih besar yakni Allah. Disinilah dulu saya merasa bisa berjalan menuju Allah pak ustadz. Capeknya luar biasa. Karena berjalan kemanapun juga ternyata aku juga masih tetap ada. Lalu akhirnya aku itu lama lama merasa menjadi Aku. Sehingga menjadi Wahdatul wujud. Sekarang dengan ilmu makrifatullah dari pak ustadz langsung saja hati itu tidak wujud. Ia adalah penzahiran Dzat. Dan ia juga hanya sekedar mendapat ilham saja. Sehingga otomatis tidak ada apa-apa lagi yang bisa diakuinya sebagai aku dan milikku. Ya Allah…, terima kasih pak ustadz. Sekarang sudah menjadi begitu clear.
Ifrikiya Gibran: Alhamdulillah kian clear..Makasih banyak Ustadz penjelasannya.. Pak Deka, makasih banyak pertanyaannya.. Kadang ini selalu menjadi ganjalan, namun utk bertanya, terbentur dgn keterbatasan merangkai tanya dan kata, mau dimulai dari manaπ€π€.. Alhamdulillah akhirnya terurai sudah.. Sepadu bukan menyatu (tetap sendiri2 antara penglihatan,pendengaran dan hati, namun dipadukan) bukan mixing/tercampur menyatu…terimakasih banyak Ustadz dan Pak Deka..πππππΉπΉπΉπΉ
Bayu Teguh Prakoso: Sepaduan .. menyatu tapi tak bercampur .. ππ½
Ustadz Hussien Abd Latiff: Lanjutan dari di atas ini, apabila kita membaca dalam al Quran bahawa hati menjadi sedih atau gembira dan sebagainya, ayat-ayat menunjukkan bahawa hati itu udah bisa memahami
justeru itu, ayat-ayat ini bersabit dengan Jiwa bukan roh.
Harap prihatin [perhatikan].
Mohd Bin Atan: Bila sudah menjalankan peranan baru DIKENALI JIWA
Komponen luaran 3 serangkai MESTI BAIK baru dipanggil JIWA. Bagaimana ia nya tidak berfungsi apakah ia bolih juga dipanggil JIWA ustaz?
Ahmad Saifudin: Terima kasih bang itu juga yg terus ngganjal, syukur pak Deka bertanya kpd Ustad sehingga jawaban Ustad melegakan hati, hati seolah terbebas dari persoalan tersebut.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Gigi sama ada digunakan atau tidak tetap dipanggil gigi.
Rio: Ustadz. Yang menampung ilmu. Memahami. Dan merasa “aku”, dalam hal ini adalah mindanya?
Karena mindanya merekam pengalaman hidup, maka dia merasa dia “ada”.
Begitu ya ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Minda itu ibarat sebuah mangkok kaca putih yang bersih. Maka apabila dituang air hitam ke dalamnya maka mangkok itu bertukar warnanya menjadi hitam. Kalau air putih bersih dituang ke dalamnya maka warnanya menjadi putih bersih. Dan kalau ditaruh di dalamnya hanya satu biji goli (marble) maka selama itu hanya satu biji goli sahaja yang wujud di dalamnya. Sesuai dengan firmanNya bahawa kita akan hidup mengikut kitab (takdir) sehingga ke hari kebangkitan.
Rio: Alhamdulillah ustadz. Clear ππ»
Bram Octafian YAMAS: Alhamdulillah..Terima kasih Ustadz (:Ayah)Β πππ»
Catatan:Β Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membacaΒ SILABUS KAJIANΒ dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR