Q&A : PENANDA BERSIHNYA JIWA

Abdul Zaky : “Salam perkenalan ustaz, disini saya ingin memohon pencerahan lanjut tentang kesan dan kelebihan didalam amalan zikrullah. Kita telah mengetahui mustahaknya amalan ini dan tingginya darjatnya disisi Allah. Dengan zikrullah ia akan membuatkan hati seseorang itu menjadi bersih dan ia akan membawa kesan dan kelebihan seperti yang telah ustaz terangkan pada point-point di atas. Sehubungan dengan itu, bagaimanakah kita akan mengetahui bahawa kita telah mencapai tahap jiwa yang bersih itu. Adakah petanda-petanda langsung malalui fizikal minda seperti penglihatan, pendengaran ataupun rasa. Atau petanda langsung itu hanya boleh dikesan oleh seseorang yang telah mencapai darjatnya seperti yang ustaz terangkan didalam point perenggan yang terakhir. Semoga dapat dijelaskan lanjut, terima kasih.”

Ustadz Hussien Abd Latiff:  “Wlkm. Slm. Petanda-petandanya, kita yang mencapainya bisa lihat & mengerti. Bagi yang lain, dia dapat menyaksikan kelebihan ini sebagai keramat. Selain dari itu, dia juga dapat merasa keimanan, keamanan, ketenteraman dan kasih sayang apabila bersama dengan kita.”

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *