MAKRIFATULLAH (MENGENAL ALLAH SWT) 7

11.              Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuanDzatNya.

Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah yang membunuh mereka, akan tetapi bukan  kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah yang melempar: Al Anfaal (8):17.

Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami  angkut mereka di daratan dan di lautan: Al Israa (17):70.

Tidakkah kamu melihat Allah mengerak awan: Al Israa (17):70.

12.              Kalau DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) dan kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuan DzatNya maka dari sudut pandangan mereka yang sudah bermakrifatullah, kewujudan ciptaan tidak wujud. Prof. Muhammad Ramadhan Al Buti ada berkata:

Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya: Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 110(1996).

Imam Ghazali berkata:

Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya: Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).

Rasulullah (saw) bersetuju dengan syair Labid yang berbunyi:

Sesungguhnya segala sesuatu selain daripada Allah, adalah bathil: Ibnu Taymiyyah, Fiqh Tasawwuf, 341 (2005).

Allah swt berfirman yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali: Mariam (19):9.

Kepunyaan Allahlah semua yang ada di langit dan di bumi: Ali Imran (3):109, 129; Al Baqarah (2):255; 284.

13.              Kerana DzatNya adalah batin kesemua ciptaan maka in juga bererti DzatNya adalah hakikat kepada kesemua ciptaan.

Akhirnya tentu bertemulah dengan hakikat. Mulanya tercapailah kasyaf iaitu terbuka rahsia yang senantiasa menyelubungi di antara kita dengan Dia. Terhindarlah hijab, iaitu dinding. Dinding tebal yang memisahkan di antara kita dengan Dia. Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 113 (1976)

BENTUK HAKIKAT MAKRIFAT
1. Belanga Lumpur Paya
2. Kertas Kayu Pokok
3. Cawan Kaca Pasir
4. Selipar Getah Pokok getah

Sesudah kita kenal hakikat kesemua ciptaan adalah Dzat justeru itu, kita pun tahu Dzat itu datang daripada Allah swt dengan ini, kita sudah mencapai Makrifatullah.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri. Asy Syuura (42):53.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Adz Dzariyat (51):20.

BENTUK HAKIKAT MAKRIFAT
Ciptaan Dzat Allah SWT

KENAL DIRI KENALLAH ALLAH (swt)”

DARIPADA HAKIKAT KEPADA MAKRIFAT”

Prof. H. Aboebakar Atjeh juga berpendapat pengetahuan tentang Hakikat dapat membuat seseorang itu memakrifatkan Allah swt. Beliau berkata:

Hakikat membuka kesempatan bagaimana saling mencapai maksudnya iaitu mengenal Allah. Hj. Aboebakar  Aceh, Pengantar Ilmu Hakikat & Makrifat, 72-73 (1992).

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

10 Responses

  1. Yunar Rachman says:

    Alhamdulillah sampe disini terang sudah pembahasan ttg makrifatullah, syukron

  2. ada artikel tentang Sejarah Islami ga hehe saya suka dengan sejarah soalnya 😀

  3. HAKIYEM says:

    Tiket ke syurga akhirat boleh ditempah didunia lagi. Tiket syurga dunia mungkin 1juta ringgit dan masih boleh dibeli oleh orang berduit.Tetapi tiketnya syurga akhirat sangat mahal-memerlukan pengorbanan harta, keluarga, wang ringgit dan nyawa sendiri-kejalan Allah. Ini perlu dilakukan hingga ke liang lahat-mampu?. Itulah pengorbanan para rasul dan ambiak Allah sehingga mereka digelar AHLI SYURGA.

  4. gunawan says:

    Klo blajar makrifatullah.. Pengrrtian Antalmautkoblalmaut… Maksdnya apa y,pnjlasannya.?

  5. abdul says:

    Ustaz, satu ketika dulu ketika mulai menanam minat mendengar ceramah-ceramah ulama syariat saya mendapati terdapat perbezaan pendapat antara mereka mengenai cara memahami tentang keberadaan serta duduknya Allah. Pada satu pihak mengatakan Allah itu duduk diatas Arasy sesuai dengan keagungannya, dan satu pihak menafikan dan berpendirian Allah itu ada tanpa bertempat kerana duduk itu sifat mahkluk sedangkan sifat Allah itu berselisih dengan sifat mahkluknya. Yang mana kedua pihak juga disandarkan pada dalil dan hujah masing-masing yang akhirnya saya mendapati garis halus dalam perbezaan itu membuatkan pembahagian kelompok didalam ummah yang hakikatnya adalah dari syariat yang satu. Kerana rahmatnya itu sentiasa mendahului didalam segala ketetapannya, dalam isu ini saya berpegang kepada satu hadis yang mengatakan pada perbezaan itu adalah rahmat, namun tidak dinafikan kecenderungan itu berlaku pada salah satu darinya. Alhamdulillah, dengan ilmu yang ustaz telah sampaikan seolah menjadi jawapan kepada segala persoalan yang terjeruk selama ini. Malahan ia lebih mudah dengan melihat dan menyimpulkan kefahaman itu pada “pintu belakang”.. Semoga hikmah itu dipermudahkan untuk sampai kepada sesiapa yang telah menjadi pilihannya. Namun begitu kefahaman tentang peringkat “Ihsan” itu dapat diperhalusi agar tidak jatuh kedalam wahdatul wujud tanpa sedar kerana tidaklah benar Allah itu melihat sebagaimana hakikat penglihatan yang diciptakan untuk mahkluknya, juga jika ada sesuatu yang kelihatan didalam melihat kepadanya, maha suci Allah itu dari sifat mahkluknya. Jika segala yang termaktub itu tiada yang sia-sia dan rahmatnya yang paling banyak daripada sedikit itu masih disisinya, apakah layak bagi kita untuk menetapkan pengertian untuk segala sesuatu yang buruk pada zahir penglihatan? Bukanlah DIAM itu tampak pada bibir yang tertutup atau jari yang berkata selagi dalam benak itu masih kedengaran, jika pangkat, hubungan istimewa dan darjat itu masih kelihatan, yakni yang segala lainnya tidak disandarkan kepada yang Maha Pencipta. Sedar atau tidak, terdapat beratus ribu kelompok maya yang labelnya ‘Ilmu Makrifat’ diluar sana namun tidak pada hakikatnya, hingga saya teringat satu tulisan yang mengatakan nilai Agama itu rosak pada dua tempat iaitu ‘Pengamalan’ nya atau ‘Tempat’ nya, dalam sebuah firman juga mengingatkan yang mana setiap kekata itu harus diletakkan pada tempatnya. Mungkin dengan itu ada taufik dan ilmu itu bukan sekadar difahami atau ibarat kata-kata yang indah hanya pada rangkapnya tetapi juga akan terus hidup dan tumbuh dengan nikmat rasa, yang mana rasa itu hasil buah dari pokoknya yang tumbuh. Allah telah menetapkan pilihannya untuk menjadi kesaksian kepada ilmu yang ustaz telah sampaikan, dan moga doa antara kita itu telah menjadi asbab kepada rahmatnya yang mendahului. Tanpa segan silu.. marilah kita teruskan sandiwara ini masing-masing dan manafaatkan nikmat penglihatan yang telah diberikan bagi menonton drama yang lebih sensasi dihadapan.

  6. Restu Andi says:

    Alhamdulillah… awan gelap yang menyelimuti pemahaman mulai memudar dan sudah nampak matahari bersinar menerangi… terima kasih.

  7. Nor Fariza Shamsudin says:

    Alhamdulillah.. Jzkk!
    Halalkan ilmunya..

Leave a Reply to HAKIYEM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *