MAKRIFATULLAH (MENGENAL ALLAH SWT) 6

PINTU MAKRIFATULLAH – FAHAMAN DZATIYAH

Penerimaan bahawa sedikit daripada DzatNya adalah unsur kesemua ciptaan merupakan “Pintu Makrifatullah” yang dicari-cari yang membawa kepada kefahaman yang jitu berhubungkait dengan Allah swt.

Dilenyapkan daripadanya mati hati dan digantikannya dengan kefahaman yang jitu. Saiyid Ahmad Ar Rifai,Benteng Diri Ahli Hakikat 42 (1994).

“Pintu Makrifatullah”  ini membawa kepada pengenalan kepada Allah swt:

1.              DzatNya adalah Wajibul Wujud (Wujud yang wajib) untuk kesemua ciptaan. Iaitu, tanpa DzatNya tidak akan Wujud kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa. Contoh, tanpa air tidak akan ada air-batu maka air adalah wujud yang wajib kepada air-batu.

Kesimpulannya bahawa segala sesuatu yang maujud pasti bergantung dan bersandar pada zat yang Wajibul Wujud. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 117 (1996).

2.              Kerana tanpa DzatNya ciptaan tidak akan wujud maka DzatNya adalah permulaan bagi kesemua citpaan.

Dia-lah Yang Awal Al Hadid (57):3.

3.              Kerana DzatNya adalah permulaan kepada kesemua ciptaan, ini bererti kesemua ciptaan terjadi ataupun terzahir  daripada DzatNya. Contoh, air-batu terjadi ataupun terzahir daripada air.

Dia-lah Yang Zahir Al Hadid (57):3.

4.              Sesudah terzahir menjadi ciptaan, DzatNya tersembunyi di sebalik penzahiran dan menjadi batin ciptaanNya itu. Contoh, sesudah air terzahir menjadi air-batu, air tersembunyi menjadi batin air-batu itu.

Dia-lah Yang Batin. Al Hadid (57):3.

5.              Kerana DzatNya adalah permulaan dan penzahiran bagi kesemua ciptaan maka apabila ciptaan binasa yang tinggal adalah DzatNya. Contoh, apabila air-batu cair, yang tinggal adalah air.

Dzat yang mengakhirkan. Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk. 5, 342 (1993).

Dia-lah Yang Akhir. Al Hadid (57):3.

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan kekallah Dzat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Ar Rahman (55):26-27 (Tafsir Al Quran, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1985).

Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan Dzat Allah. Al Qashash (28):88( Tafsir Al Quran, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1985).

Namun begitu, Allah swt tidak berawal dan berakhir. Contoh,  sama ada air-batu di atas Lautan itu ada ataupun tidak Lautan begitu juga. Nabi Isa (as) ada bersabda yang bermaksud:

Dia tidak berawal dan berakhir tetapi kepada kesemua Dia berikan awal dan akhir. Gospel of Barnabas, 17, 105 (?)

6.              Kerana DzatNya adalah penzahiran dan batin kesemua ciptaan maka ini bererti DzatNya meliputi kesemua ciptaan. Contoh, air meliputi kesemua air-batu.

Allah Maha Meliputi segala sesuatu. An Nisa (4):126.

Segala hakikat di alam semesta yang anda lihat dan anda saksikan kesemuanya adalah limpahan daripada satu hakikat teragung iaitu hakikat Dzat Azza Wajalla. Muhammad Said Ramadhan Al Buti,Keyakinan Hakiki, 67 (1996).

Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 67 (1996).

7.              Kerana DzatNya meliputi kesemua ciptaan maka di mana ada ciptaan di situ ada DzatNya.

Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Al Hadid (57):4.

Kami lebih dekat kepadanya dari urat nyawanya. Qaaf (50):16.

8.              Kerana di mana ada ciptaan di situ ada DzatNya (Yang Wajibul Wujud) maka dengan itu, Dia Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Mengawasi segala lakuan ciptaan yang dizahirkan ataupun tidak.

Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Al Mukmin (40):56.

Dia-lah… Maha Mengetahui. Al Hijr (15):25.

Allah Maha Mengawasi segala sesuatu. Al Mujadilah (58):7.

Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Yunus (10):61.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Lukman (31):23.

9.              Kerana hanya sedikit DzatNya yang menjadi unsur  kesemua ciptaan maka Allah swt tentulah Maha Besar, Maha Luas lagi Maha Tinggi.

(Allah) yang Maha Besar. Ar Rad (13):9; Al Hajj (22):62; Al Mukmin (40):12

Allah Maha Luas. Ali Imran (3):73.

(Allah) Maha Tinggi. Ar Rad (13):9; An Nisa (4)::34; Al Hajj (22):62; Al Mukmin (40):12

10.              Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka tidak menjadi satu masalah bagi Allah swt  mengizin sesuatu berlaku:

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. Al Baqarah (2):65

[Di sini DzatNya yang ada di orang-orang yang dimurkai memainkan peranan]

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.: Asy Syuaraa (26):44-47.

[ Di sini DzatNya yang di laut memainkan peranan]

Hai kaumku inilah unta betina daripada Allah sebagai mukjizat kebenaran untukmu: Hud (11):64. [Di sini DzatNya di batu itu memainkan peranan]

Dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah: Ali Imran (3):49 [Di sini DzatNya di jasad mayat itu memainkan peranan]

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *