KEPEKAAN (5)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, perjalanan Rasulullah saw (Israk dan Miraj) ada di sentuh dalam Al Quran dan Hadith.
Pandangan-pandangan yg dilihat oleh Rasulullah saw semasa peristiwa itu diterangkan maknanya oleh Jibrail as.
Dalam pandangan yg diterangkan Jibrail as itu termasuk juga pandangan kiamat, syurga dan Neraka. Pandangan ini juga ada diceritakan dalam Kitab-Kitab lama spt Taurat dan Injil.
Urutan serta natijah dari perkara-perkara yg disebutkan di atas ini, menerusi KEPEKAAN dapat pula penjelasannya dari Sains.
Maka menerusi Sains Kita dapat memahami ilmu-ilmu spt Wormholes, Black Holes, cekerawala, planet-planet dll. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa Dia akan mengajar kepada Kita ilmu yang tidak diketahui oleh Kita.
Maka meneusi Sains terbuatlah Satelit, Roket, Pesawat Terbang, Teoropong Angkasa Hubble, Mesen-mesen yg menjelajah permukaan bulan dan Mareth, Stesyen Angkasa Lepas, Laser dll. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa Dia akan memberi kelengkapan kepada Kita sesuai dengan Masa Dan keadaan kita.
Umur dunia yg dilihat oleh Rasulullah saw serta 6 Masa yg disebutkan dalam Al Quran dapat dijelaskan oleh Sains iaitu umur dunia sepenuhnya ialah 12 biliun tahun dan pada masa sekarang umurnya udah 4.6 biliun tahun. Maka 6 Masa atau Fasa menyamai 1 Masa atau Fasa ialah 2 biliun tahun.
Pandangan Kiamat di mana planet-planet akan bertembung dan meletup dapat juga diperjelaskan oleh Sains. Iaitu, pada Masa atau Fasa ke 5 (10 biliun tahun), Matahari menjadi gering dan dengan itu, tarikannya menjadi lemah justeru itu terlepaslah planet-planet dari manzilah-manzilah mereka masing-masinng maka terjadilah pertembungan di antara mereka
Anakku, semasa peristiwa Israk dan Miraj, Rasulullah saw (Hadith) melihat ahli Syurga dan Neraka. Sayugia diingat bahawa perkara ini belum terjadi kerana belum terjadi Kiamat. Justeru apa yg dilihat oleh Rasulullah saw adalah suatu gambaran.
Dari sudut Sains ada 2 pandangan berkenaan gambaran itu:
1. Gambaran itu adalah Gambar 2 dimensi. Seperti Kita lihat lakonan daripada sebuah filem. Kita saksikan seniman dan seniwati dalam filem berlakon spt menyanyi, berjoget, menangis, gembira dan sebagainya. Namun apa jua lakonan ataupun perwatakan yg dilakonkan, semuanya itu terkandung di dalam filem itu dan tidak terkeluar dari segmen masing-masing. Kerana itu ada para Saintis berkata bahawa Kita ini adalah gambaran dalam 2 dimensi iaitu tetap melekat kpd sesuatu dan tidak terlepas daripadanya. Ini sesuai dengan firman Allah swt bahawa semua udah dilakarkan (termaktub atau terlekat) di LM sebelum diciptakan (dilakonkan).
Lanjutan dari kefahaman bahawa dunia ini adalah Gambaran 2 dimensi maka ada para Saintis berpendapat bahawa dunia Kita ini leper (“Flat” seperti permukaan filem – leper).
2. Ada juga para Saintis berpendapat bahawa Kita adalah Bayangan atau “Halogram”. Seperti, wayang kulit dimana pelakonnya hanyalah Bayangan di Layar Putih.
Lanjutan dari kefahaman bahawa Kita ini adalah gambaran 2 dimensi dan tidak terkeluar dari segmen kita masing-masing maka Rasulullah saw juga tidak boleh keluar dari suatu segmen untuk pergi kepada segmen yg lain semasa baginda Miraj. Iaitu, baginda dalam Fasa ke 3 tidak boleh keluar dari Fasa itu lalu pergi ke Fasa ke 6 dan melihat ahli Syurga dan Neraka kerana jasad baginda melekat di dalam Fasa ke 3 kerana dunia ini adalah 2 dimensi (Ini pandangan diutarakan oleh Pak Djalil Makassar).
Dengan ini jelaslah bahawa baginda Miraj dengan Jiwa baginda tidak dengan jasad justeru itu bisa keluar dari Fasa ke 3 lalu pergi ke Fasa ke 6.
Anakku, melanjutkan bicara Kita berkenaan Kita ini adalah gambaran 2 dimensi, sayugia harus diingati bahawa untuk Kita wujud pada esok hari maka kewujudan Kita tidak boleh terhapus pada hari ini. Contoh, kalau seseorang itu tewas pada 31 Disember 2018 maka masuk Tahun 2019, tidak akan ada kewujudannya lagi. Seperti juga pokok, kalau dipotongnya hari ini maka hari esok ia ngak ada lagi.
Justeru, untuk seseorang itu wujud sehingga Hari Kiamat atau sampai ke Fasa ke 5, kewujudannya mesti tidak boleh pupus dalam Fasa ke 3 dan ke 4. Iaitu, kewujudannya akan berterusan berada dalam gambaran dalam Fasa ke 3 hingga Fasa ke 5. Sehubungan dengan ini maka Nabi Idris as (dalam Syurga), Nabi Isa as (di Langit), Lazarus (yg dihidupkan oleh Nabi Isa as), Iblis dan kuncu-kuncunya serta burung yg dihidupkan oleh Nabi Ibrahim as, mereka semua akan terus wujud sehingga ke Fasa 5.
Mayat yg dihidupkan oleh Nabi Musa as, hidupnya hanya untuk mengenal pasti pembunuhnya sebelum tewas semula. Begitu juga pemuda yg dihidupkan oleh Dajjal, ia hidup hanya untuk beberapa minit sahaja.
Nabi Isa as akan turun dalam Fasa ke 5 untuk membunuh Dajjal dan sesudah itu, beliau akan mentadbir umat Islam mengikuti Syariah Rasulullah saw sebelum beliau wafat.
Yang masih hidup dalam Fasa 5, apabila ditiup sangkakala maka matilah mereka dan yg udah mati maka pengsanlah mereka (termasuk roh-roh dalam Alam Bazakh).
Sesudah itu dan sesudah terhapusnya Langit dan Bumi maka terjadilah kegelapan dalam ruangan itu selama 40 tahun sebelum sangkakala ditiupkan sekali lagi maka bangkitlah Kita semua di bumi yg lain yang dipanggil Bumi atau Padang Masyar.
Anakku, mari Kita lihat contoh-contoh ini:
1. Buah-buahan – Rambutan, Duku, Pisang, Durian, Nenas, Apel, Limau, Manggis, Mangga, Chempedak, Nangka dll. Semua buah-buahan ini beraneka rupa, bentuk dan warna. Bukan mereka berkehendak begitu tetapi itulah Takdir mereka dan tiada apa yang boleh mereka buat melainkan menerimanya dan pasrah serta hidup seperti biasa. Makna hidup biasa ialah setiap buah-,buahan mengikut lumrah mereka masing-masing yg udah ditetapkan oleh Allah swt. Iaitu Rambutan hidup sebagai Rambutan, Durian sebagai Durian dan sebagainya.
Inilah KehendakNya yang Satu iaitu Pelbagaian.
Begitu juga manusia. Kita juga pelbagai rupa, bentuk dan warna. Ini Takdir Kita dan tidak boleh Kita buat apa-apa melainkan menerima, pasrah serta hidup seperti biasa. Maka Melayu hidup mengikut lumrah Melayu, Cina ikut lumrah Cina, India ikut lumrah India dan sebagainya.
Sehubungan dengan ini yang beragama Islam hidup sebagai seorang Muslim, yang bukan Islam hidup sebagai bukan Islam.
Ini juga KEHENDAKNYA yg Satu iaitu Pelbagaian.
Justeru itu, Rasulullah saw ngak bisa membikin semua Manusia beriman dan ditegur oleh AIlah swt supaya jangan berfikir begitu kerana itu adalah satu kejahilan.
2. Bintang-binatang –
Harimau, Singa, Beruang, Serigala, Ular dll hidup penuh dengan keganasan.
Lebah, Tupai, Burung-burung dll hidup dengan kerajinan bertukang, mencari makanan, menyimpan makanan, (Burung)menari-menari & menyanyi-nyanyi, dan sebagainya.
Ini juga Pelbagaian yg diKehendaki oleh Ilahi.
Begitu juga Manusia ada yg suka mengganas, ada yg rajin bekerja, ada yg suka menabung dan melabur, ada yg suka menyanyi dan menari Dan sebagainya.
Ini juga Pelbagaian yg diKehendaki oleh Ilahi.
Dalam peringkat KEPEKAAN ini kalian mesti udah faham kalian tidak boleh campurtangan sedikitpun dalam urusan Takdir ini walaupun kepada orang yg terdekat dengan kalian. Kerana itu Nabi Noah as ditegur oleh Allah swt supaya jangan jadi orang yg jahil apabila dia bertanya Allah swt tentang anaknya yg tidak dapat dia selamatkan.
Anakku, pada peringkat KEPEKAAN ini, kalian mesti melihat Sandiwara Ilahi dengan KEPEKAAN serta DIAM kerana kalian mengetahui kalian ngak bisa mengubahkannya langsung walaupun terhadap diri kalian sendiri.
Anakku, ingatlah pesanan Ayahmu iaitu Lihat dengan KEPEKAAN dan DIAM. Semoga Allah swt sentiasa merestui dan memelihara kalian sentiasa, aamin ya Rabb aamin!
Anakku, bumi Kita ini adalah sebuah planet. Namun bedanya bumi Kita dengan planet-planet yg lain spt Jupiter, Mercury,, Venus, Mareth dan lain-lain adalah bumi kita mempunyai 21% oksigen dan air dipermukaannya. Tapi ini tidak cukup menampung kehidupan kalau tiada cahaya suria yg seimbang. Kerana itu bumi Kita wujud dalam satu sistem solar. Iaitu, bumi kita bersama-bersama planet-planet yg lain berputar mengelilingi Matahari (sumber suria). Kesemua berputar mengikut manzilah-manzilah masing-masing mengikut tarikan Matahari yg berputar.
Maka di Angkasa Lepas ada beribu atau lebih, sistem solar yg dikenalpasti dengan perjumpaan beribu exo-planets. Exo-planets adalah bumi seperti Kita.
Di sini ditekankan Syurga juga adalah Satu sistem solar.
Seperti udah diterangkan dahulu, arah tujuan ummah di Hari Muka adalah menjelajah Angkasa Lepas serta menaluki bumi-bumi yg ada di seluruh Angkasa Lepas. Mengikut Saintis terkenal Michio Kaku bahawa ada 3 tahap penalukan Kita akan bumi-bumi di atas.
Tahap pertama, Kita menaluki bumi-bumi yg terdekat dan menjana tenaga dari suria Matahari dalam sistem solar bumi-bumi ini.
Tahap kedua, Kita akan menaluki bumi-bumi yg lebih jauh lagi. Pada tahap ini Kita akan menjana tenaga daripada bintang-bintang.
Tahap ketiga, Kita akan menaluki bumi-bumi di setiap penjuru Angkasa Lepas. Kali ini Kita akan menjana tenaga Galaksi yg luas.
Maka di Hari Muka, Manusia akan menaluki setiap pelusuk Angkasa Lepas Kita ini.
Manusia mungkin akan menaluki setiap pelusuk Angkasa Lepas Kita ini dalam penghujung Fasa 3 atau awal Fasa 4.
Pada akhir Fasa ke 5, Matahari gering dan dengan itu tarikannya menjadi lemah maka berlagalah planet-planet pertanda terjadinya Kiamat pertama.
Sebelum berlaku peristiwa yg disebutkan di atas ini, dalam Fasa ke 5, akan bertiup angin “sepoi-sepoi bahasa” (cool and relaxing manner) di bawah ketiak kesemua umat Manusia justeru itu matilah semua yg beriman. Maka yg tinggal dan masih hidup adalah mereka yg jahat-jahat. Tidak lama sesudah itu berperanglah di antara mereka dengan senjata-senjata perosak yg lebih menakutkan dari Nuklear atau Hidrojan yg Kita miliki sekarang ini.
Dengan peperangan yg menghancurkan serta diberatkan lagi dengan geringnya Matahari maka Kiamat pertama pun berlaku.
Rio ada bertanya kenapa hancurnya sistem solar Kita maka terjadi Kiamat?
Selain dari jawapan di atas ini (peperangan yg menakutkan Dan geringnya Matahari), udah sampai masanya, Rio.
Allah swt meletakan 7 lapis Langit dan bumi dalam 6 Fasa.
Akhir Fasa ke 5 adalah masa geringnya Matahari dan dengan peperangan yg dasyat berlaku di antara umat Manusia yg jahat-jahat maka terjadilah Kiamat pertama.
Anakku, KEPEKAAN mengajar kalian:
1. Semua berlaku mengikut KEHENDAKNYA yang Satu lagi BERHIKMAH.
2. Tidak ada sedikitpun campurtangan tangan kalian dalam apa jua yang berlaku.
3. Justeru itu, hendahklah kalian Pasrah.
4. Hendaklah kalian Diam.
5. Namun hendaklah kalian Hidup macam Biasa.
Apa yg Ayah mahu sampaikan ialah berkenaan fakta (3) hingga (5).
Fakta (3), apabila kalian mengalami masalah hendaklah kalian Pasrah. Makna Pasrah ialah Naik Serah dan Tunggu (NST).
Anakku, hendaknya kalian langsung sahaja NST. Kalau kalian tidak langsung NST, masalah itu akan terapong di dalam Minda dan akan menjadi fikiran. Justeru itu Minda kalian tidak akan tenteram.
Hendaklah kalian praktis atau berlatih Kepasrahan atau NST sentiasa sehingga menjadi, “Alah bisa tegal biasa.”
Kerana semua masalah udah kalian Naikkan dan Berserah, justeru itu ia tidak akan menjadi fikiran.
Apabila udah kalian Naik dan Berserah maka apa jua huraian yg turun yg ditunggu-tunggu oleh kalian adalah Ilham.
Maka jelaslah Fikiran adalah dari luar dimasukkan ke dalam (Minda) tetapi Ilham adalah dari dalam Minda.
Fakta (4), DIAM makna tiada sungutan atau pertanyaan tetapi dalam keadaan Siapsiaga (Eveready) untuk menjalankan perintah yg datang melalui ilham.
Fakta (5), hidup macam biasa. Maknanya, hendaklah kalian jalankan apa juga yg diilhamkan.
Contoh, Ahmad melihat anaknya yg berumur 4 tahun terlepas dari pagar rumahnya dan berlari mahu menyeberangi jalan Raya di depan rumahnya.
Kerana dia udah sentiasa NST maka dia tidak akan panik.
Malahan, masalah yg sedang berlaku itu secara spontan NST dan secara automatis juga dia terDiam menunggu perintah.
Maka turunlah Ilham menyuruh dia berlari dengan cepat mendapatkan anaknya sebelum anak itu menyeberangi jalan Raya itu. Inilah hidup macam biasa maknanya apa yg diilhamkan itulah yang kalian mesti lakukan.
Anakku, kerana Allah swt udah memasukkan 7 Lapis Langit dan bumi dalam 6 Fasa atau Masa maka (mengikut Sains) di akhir Fasa ke 5, hancurlah Langit dan bumi. Maka ditempat mereka menjadi ruangan yg gelap selama 40 tahun sebelum Hari Kebangkitan (Abu Hurairah ra ingat Rasulullah saw bersabda 40 tapi tidak Ingat sama ada Hari atau tahun atau ribuan namun Nabi Isa as bersabda dalam Gospel of Barnabas bahawa ia adalah 40 tahun).
Sesudah Kiamat pertama, Kita akan dibangkitkan di bumi yang baru. Ini selalu dipanggil “Padang Masyar”.
Berkenaan Padang Masyar ada hadith menyatakan akan turun Arasy Allah swt kepadanya sesudah Kita dibangkitkan. Ini membawa kepada 2 kesimpulan:
i. Bukan sahaja 7 Lapis Langit dan bumi binasa dalam Kiamat pertama tetapi juga Sidratul Muntaha kerana 7 Lapis Langit dan bumi adalah dibawah Sidratul Muntaha.
Kalau Sidratul Muntaha juga binasa dan ini adalah tempat pentadbiran dan pemerintahan Allah swt di Langit, namun Al Mustawa tidak musnah kerana di sinilah segala arahan Allah swt kepada Malaikat-Malaikat dituliskan oleh Pena. Sayugia diingat bahawa tidak seperti Nabi-nabi, perhubungan Allah swt dengan Malaikat-Malaikat adalah menerusi Pena yg menuliskannya di Al Mustawa. Ada kemungkinan Al Mustawa tidak binasa kerana ia mungkin adalah dalam bentuk Maya atau Virtual Reality.
Atau
ii. Bumi-bumi yg baru termasuk Syurga-syurga dijadikan (selepas Kiamat pertama) di antara Arasy dan Sidratul Muntaha di ruang di mana terletaknya air (dibawa Arasy). Bererti ruang air ini digantikan dengan tempat terjadinya bumi-bumi yg baru.
Kita tahu 7 Lapis Langit dan bumi adalah di bawah Sidratul Muntaha kerana selepas Rasulullah saw (semasa Miraj) singgah ke Langit ke 7 di mana terlihat Nabi Ibrahim as bersandar di Baitul Makmur, Jibrail as bawa baginda naik ke Sidratul Muntaha.
Seperkara lagi iaitu Rasulullah saw ada bersabda bahawa:
a. Siapa terpandang Dzat akan binasa.
b. Di Belakang Hari kita akan lihat Dzat ini seperti bulan purnama diwaktu malam.
c. Di Belakang Hari, Kita akan lihat (dari Syurga) Dzat ini tidaklah besar hanya selaput sahaja.
Ahadith (a) hingga (c ) di atas ini, semua ini menceritakan keadaan Kiamat ke 2 bukan Kiamat pertama. insya-Allah akan diperjelaskan lagi berkenaan ini disambungan yg akan datang.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR