KEPEKAAN (6)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Alhamdulillah dan insya-Allah, Ayah akan sambung pencerahan berkenaan Kiamat ke 2. Pencerahan berkenaan tajuk ini membabitkan 2 fakta yg mesti kalian amati:

1. Kenapa mesti ada Kiamat ke 2.

2. Unsur ciptaan.

1. Kenapa mesti ada Kiamat ke 2:

Kesemua ciptaan ada awal dan akhir tetapi Allah swt tidak berawal Dan tidak berakhir. Justeru itu, kalau kita masuk ke Syurga kekal abadi maka ini bererti Kita berawal tetapi tidak berakhir. Kerana itu, kesemua ciptaan mesti berakhir dan inilah dikatakan mesti ada Kiamat ke 2. Justeru itu, yg tinggal hanya Allah swt yg Tunggal. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa tinggallah kamu dalam Syurga ini selagi ada langit dan bumi Syurga ini. Jelaslah bahawa apabila langit dan bumi Syurga musnah maka musnahlah Kita sekali yg menjadi penghuni Syurga itu.

2. Unsur ciptaan:

Apabila Allah swt berfirman, “Kun” beberapa perkara terjadi:

i. Sedikit DiriNya menjadi Bekas (Lobang yg tidak tembus) seperti tertara dalam Surah An Nur.
Contoh:
Bekas itu ibarat sebuah Piring.

ii. Dalam Bekas ini terzahir Dzat.
Contoh:
Di dalam Piring itu terkandung belerang panas (Molten Lava).

iii. Sebahagian Dzat ini menjadi Loh Mahfuz.
Contoh:
SEBAHAGIAN TENGAH dari belerang panas dalam Piring itu menyejuk dan menjadi Cawan yg berterlungkup.

Maka kalau belerang yg panas itu adalah Dzat dan Cawan yg terlungkup itu adalah LM maka jelaslah tidak kesemua Dzat dalam Bekas itu terzahir menjadi LM. Ini bererti di luar LM (tetapi masih dalam Bekas) ada Dzat lagi.

Untuk melindungi LM dari kuasa Dzat yg masih ada dalam Bekas itu, Allah swt jadikan 70 Tirai Nur menutupinya. Ini yg Rasulullah saw bersabda bahawa sekiranya terangkat Tirai Nur maka siapa terpandang akan Dzat yg.di luar pasti binasa. Jibrail as pula berkata bahawa ada 70 Tirai Nur dan kalau dia mendekati Tirai yg pertama, dia akan binasa.

Maka susunan LM dibawah Tirai Nur sesudah Kiamat pertama seperti berikut:

a. Arasy.

b. Syurga-syurga.

Di sini kalian ingat kembali bahawa Rasulullah saw ada bersabda:

i. Siapa terpandang Dzat pasti binasa.

ii. Dzat kelihatan seperti bulan mengambang di waktu malam yg gelap.

iii. Kelihatan dari Syurga, Dzat itu hanya selaput sahaja.

Maka di Hari Kemudian semasa berada di dalam Syurga, kita meminta-minta mahu melihat Allah swt justeru ini terjadi:

a. Tirai Nur terbuka.

b. Dzat di luar LM kelihatan.

c. Cahaya Dzat memusnahkan Arasy.

d. Cahaya Dzat terus mendatangi Syurga-syurga. Namun sebelum Syurga-syurga dimusnahkan, Kita dapat melihat cahaya Dzat (sesudah memusnahkan Arasy) yg mendatangi Kita dalam Syurga (berlatar belakang DiriNya yg gelap dan tidak kelihatan seperti malam yg gelap) seperti bulan mengambang di malam yg gelap kecil sahaja dan hanya selaput besarnya. Rasulullah saw menambah bahawa Allah swt adalah lebih besar dari itu.

Maka jelaslah, Dzat yg menjadi unsur kesemua ciptaan adalah selaput sahaja dan tidak besar dari bulan mengambang di waktu malam yg gelap. Namun Allah swt tetap Maha Besar.

Maka Nabi Isa as bersabda bahawa sedikit DirNya tidak sebesar dari sebutir pasir menjadi unsur kesemua ciptaan. Rasulullah saw pula menunjukkan bahawa hanya selaput DiriNya (tidak besar dari bulan mengambang di waktu yg gelap – boleh ditutup dengan jari) menjadi unsur kesemua ciptaan.

Nabi Isa as menerangkan unsur dari sudut permulaan ciptaan. Rasulullah saw pula menceritakan unsur dari sudut akhirnya ciptaan.


Anakku, KEPEKAAN Ada beberapa peringkat. Secara ringkasan dahulu seperti berikut:

A. Peringkat Pertama –
Dunia bersatu dan Agama dunia adalah Agama Islam. Maka KEPEKAAN yg perlu kpd kalian:

a. Arah tujuan Ummah:

i. Kesatuan Ummah.
ii. Kesatuan Agama iaitu Islam.

b. Penurunan ilmu yg memperkasakan pengetahuan berkenaan penalukan Angkasa Lepas.

c. Kelengkapan yg canggih-canggih untuk memfasilitaskan penerokaan Angkasa Lepas.

d. Udah bersedia anak-anak muda Bani Tamim yg memegang panji-panji hitam (untuk membantu Imam Mahadi) yg berada di sebelah Timur (iaitu Indonesia).
Tamim dalam Bahasa Arab maknanya Kuat lagi gagah serta juga sempurna (Imannya).

e. Khidir as mulai keluar dan dikenali.

f. Munculnya Imam Mahdi yg bernama Muhammad Bin Abdullah.


Anakku, Ayah akan sambung berkenaan Peringkat KEPEKAAN.

B. Peringkat Kedua – Penerokaan Dan penalukan bumi-bumi di Angkasa Lepas terdekat.

1. Di bawah kepimpinan Imam Mahdi disertai dengan kesatuan umat sedunia dalam Satu agama iaitu Agama Islam bermulailah penerokaan dan penalukan bumi-bumi di atas.

2.Terjadilah penalukan dan penjajahan umat-umat yg terdapat di bumi-bumi di atas.

3. Sistem Pentadbiran dan Pemerintahan ala dunia diperkenalkan di bumi-bumi yg ditakluk seperti sistem politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pelajaran dll. Namun semua ini berhubungkait dengan Islam.

4. Kuasa solar yg terdapat di bumi-bumi ini akan dimemfaatkan untuk keperluan tenaga.

5. Terbentuk Satu masyarakat majmuk bersama umat-umat di bumi-bumi di atas ini yg kebanyakan adalah kuturunan syaitan-syaitan.

6. Umat-umat di bumi-bumi di atas ini akan di bimbing untuk menerapi kebudayaan serta keagamaan Kita. Contoh, orang Putih dan orang Hitam di Amerika Syarikat. Orang Hitam asalnya adalah hamba kpd orang Putih.

Pendek kata, bumi-bumi di atas ini tidaklah jauh beza dengan dunia Kita.

7. Perkembangan Sains begitu hebat terutama dalam Nano Teknoloji sehingga Kita bisa, dengan izin Allah swt, ubahkan rupa syaitan-syaitan menjadi lebih baik. Justeru itu, akan terdapat pernikahan mereka dengan Kita.

8. Mengikut Rasulullah saw nisbah (ratio) mereka adalah 9:1. Bererti kalau Kita semua diletakkan dalam 1 bumi maka bagi mereka memerlukan 9 bumi. Namun setahu Kita ada lebih dari 3000 bumi-bumi di Angkasa Lepas yg terdekat dan Kita masih lagi menghitung kerana ada bumi-bumi yg masih dijumpai dari masa ke masa. Maka boleh dikatakan banyak bumi-bumi di atas masih belum diekplotasi lagi. Dengan ini, bahan semulajadi serta sumber dan hasil di bumi-bumi ini masih utuh. Memandangkan ilmu dan perlengkapan mereka adalah primitif (kuno) maka hasil di bumi-bumi masih kebanyakan belum terusik. Maka dengan penalukan mereka akan membawa kepada kekayaan yg tidak ternilai kpd Kita.

9. Ilmu dan perlengkapan maritim, penerbangan, hasil bumi dll akan lebih hebat dan canggih bersesuaian dengan keadaan yg terdapat di bumi-bumi di atas ini.

10. Pusat Pentadbiran dan Pemerintahan Kita adalah di Makkah dan Madinah.

Semua ini insya-Allah akan terjadi di akhir Fasa ke 3 dan awal Fasa ke 4.


Anakku, kalau diamati tajuk KEPEKAAN maka kalian akan faham bahawa tajuk ini adalah amat luas lagi mendalam. Sesuai dengan firmanNya yg bermaksud bahawa Tanda-tandaNya ada di segenap pelusuk dan juga pada diri kalian.

Hendaklah kalian apabila ada masalah NST. Natijahnya:

i. Kalian Berserah dan menunggu jawapan.

ii. Justeru kalian tidak berfikir dan menjadi runsing.

iii. Hati kalian menjadi tenteram.

iv. Jawapan atau balasan yg turun yg ditunggu-tunggu itu adalah sebuah ilham.

v. Namun kalau ngak ada ilham turun hingga melepasi masa yg diharapkan maka ketahuilah bahawa ada Hikmah disebalik tidak terkabulnya doa kalian. Allah swt. Maha Mengetahui lagi Bijaksana maka kalau dikabulkan doa kalian itu akan membawa bencana atau kerugian maka tidak akan Allah swt memakbulkan doa kalian.

Anakku, di sini yg Ayah mahu sentuh tentang KEPEKAAN pada diri kalian.

Hendaklah kalian PEKA bahawa apabila kalian NST tetapi tidak terkabul akan permintaan kalian, ini bukan soal kabul atau tidak terkabul. Kalian mesti sedar doa kalian dan jawapannya udah termaktub di Loh Mahfuz apabila Allah swt berfirman, “Kun!”. Maka doa kalian sama ada kabul atau tidak terkabul udah ada dalam jalan cerita atau Skrip. Sehubungan dengan ini, kalian akan sedar bahawa kabul atau tidak terkabulnya doa kalian BUKANLAH PERKARA BARU.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata bahawa doa kita itu udah tersedia di Alam Azali lagi.

Maka sama ada doa kalian terkabul atau tidak terkabul adalah satu segmen atau sebahagian dari Skrip kalian yang bersambung dengan segmen atau bahagian di Hari Muka.

Maka fahamkanlah bahawa kabul atau tidak terkabulnya doa kalian adalah jalan cerita atau udah ada dalam Skrip kalian.

Justeru itu, apa jua natijah doa kalian hendaklah kalian jangan kerisauan ketahuilah itu adalah jalan cerita ataupun Skrip. Maka teruskan hidup kalian seperti biasa dan yakin dengan haqqul yakin bahawa apa jua ketetapan dalam Skrip kalian berhikmah kerana dimaktubkan oleh Allah swt yang Bijaksana.

Dahulu Ayah ada beri contoh di mana seseorang itu melihat anak kecilnya terlepas dari pagar rumahnya dan mahu lari ke jalan raya maka dia pun bergegas mendapatkan anak kecilnya supaya tidak melintas ke jalan raya itu dan dengan itu, anak itu terselamat.

Anakku, kalau diamati contoh di atas ini reaksi orang itu untuk menyelamatkan anak kecilnya adalah sesuatu perbuatan yg secara langsung (spontaneity). Kenapa begitu kerana itulah Skripnya atau jalan cerita.


Anakku, kembali kepada bicara Kita berkenaan KEPEKAAN terhadap diri sendiri.

Kalau kalian bisa menerima bahawa kabul atau tidak terkabulnya doa kalian adalah sebahagian dari Skrip atau Jalan Cerita Hidup kalian maka kalian bisa menerima apa jua pahit maung dalam hidup kalian adalah juga terdapat dalam segmen-segmen atau bahagian-bahagian Skrip atau Jalan Cerita Hidup kalian.

Justeru itu, seseorang bisa hari ini kaya datang esok ia jadi papa. Ada juga hari ini berada dalam kesedihan, datang esok dia bahagia. Ada yg fanatik dalam Agama, datang esok ia jadi murtad Dan sebagainya.

Semua peristiwa yg disebutkan udah berada dalam segmen-segmen atau bahagian-bahagian Skrip atau Jalan Cerita Hidup kalian yang mesti kalian lalui. Sesuai dengan firmanNya bahawa tidak satupun Dia lupakan. Juga firmanNya bahawa semua udah tertera dalam Kitab Induk Loh Mahfuz sebelum ia menjadi kenyataan. Maka esok (dalam Kitab Loh Mahfuz) menjadi kenyataan iaitu hari ini.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata bahawa kita tidak ada pilihan tetapi mesti melalui gelombang hidup kita ini. Inilah yg dikatakan Jalan Cerita Hidup Kita atau Skrip atau Takdir.

Berhubungkait dengan ini Rasulullah saw ada bersabda bahawa sesiapa yg tidak menerima akan Takdir maka dia masih belum beriman. Sayugia diingatkan bahawa penerimaan Takdir adalah Rukun Iman yg ke 6.

Hendaklah diingat, segmen-segmen hidup kita ini berlalu dengan cepat sekali. Esok menjadi hari ini dan hari ini menjadi semalam dan seterusnya. Tutup mata buka mata, kita udah menjadi Tua, mendapat menantu, mendapat cucu dan sebagainya. Duluan Casanova sekarang Kasar-udah.

Cepatnya perjalanan Masa dapat dilihat dengan amat jelas di Angkasa Lepas, di mana Teleskop Hubble dapat merakamkan kelajuan Masa meninggalkan kita.

Maka anakku, kalian tiada pilihan melainkan mesti mengharungi hidup kalian dari segmen ke segmen dari awal sehingga akhir hidup kalian. Segmen-segmen hidup yg penuh dengan pahit maung yg kalian mesti lalui tanpa pilihan. Oleh itu, hendaklah kalian:

1. Apa juga masalah NST.

2. Redha akan ketentuanNya.

3. Menerima bahawa segmen-segmen hidup kalian tetap berjalan.

4. Kalian tidak ada pilihan.

5. Kalian mesti lalui pahit maung yg udah ditentukan dalam segmen-segmen hidup kalian.

Maka sekali lagi Ayah tekankan apa jua peristiwa yg berlaku dalam Hidupmu BUKANLAH satu perkara yg baru terlakar malahan ia udah dilakarkan oleh Allah swt semasa Dia berfirman, “Kun!”


Anakku, kembali kita kpd topik bicara kita berkenaan KEPEKAAN kepada diri sendiri.

Apabila kalian udah bisa menerima fakta bahawa pahit maung dalam hidup kalian bukanlah perkara-perkara yang baru termaktub tetapi udah termaktub semasa Allah swt berfirman, “Kun!”. Justeru itu, maka mengatakan bahawa Allah swt Maha Mengetahui atau Maha Tahu segala-galanya adalah “Under-statement” ataupun satu kenyataan yg mengecilkan atau tidak masuk di akal samasekali. Untuk mencerahkan “Under-statement” ini, Ayah akan buat rujukan kepada Buku Komik.

Buku Komik SEBELUM dicetak (publish) lagi Perekanya (Pelukis dan juga Penulis) udah melakarkan kesemua yg dia mahu lakarkan.

Lakaran itu bermula dalam bentuk sebuah pelan lukisan.

Sesudah Perekanya puas hati bahawa semua lakaran yang mesti ada di dalam pelan itu udah ada barulah pelan itu dicetak menjadi sebuah Buku Komik. Ini bererti, tidak akan ada sesuatu pun yg dialpakan kalau tidak cerita di dalam Buku Komik itu akan menjadi sonsang.

Ini juga bererti bahawa sesudah dipastikan bahawa semua lakaran dalam pelan itu udah sempurna barulah pelan itu dicetak menjadi Buku Komik.

Dengan ini, apa jua yang dilakarkan dalam Buku Komik dibuat dengan pengetahuan perekanya. Kerana itu, menyatakan bahawa pereka Buku Komik itu tahu apa jua lakaran dalam Buku Komik itu adalah satu “Under-statement”. Kerana Buku Komik itu dicetak BERSANDARKAN pengetahuan perekanya itu. Ataupun pengetahuan perekanya menjadi “Base” atau asas Buku Komik itu.

Begitu juga anakku mengatakan Allah swt Maha Mengetahui segala-galanya adalah juga “Under-statement.” Namun kefahaman ini hanya terbuka bagi mereka yang tahu sesuai dengan firman Allah swt bahawa tidak sama orang yg tahu dengan yg tidak dan tidaklah sama orang yg melihat dengan yg tidak.

Maka anakku, apabila kalian mendengar orang berkata bahawa Allah swt Maha Mengetahui maka hendaklah kalian senyum makrifat dan “make don’t know”. Taada kerja jangan cari kerja. Serupa juga bila kalian mendengar orang berkata bahawa manusia membuat dosa kerana digoda oleh iblis, hendaklah kalian senyum makrifat dan “make don’t know” jangan menambah maka sebelum Iblis jadi Iblis siapa goda Iblis, itu bermakna kalian udah mencari kerja. Faham anakku!.

Semoga anakku faham serta mendapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin!


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *