KEPEKAAN (4)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Kita teruskan lagi pencerahan berkenaan KEPEKAAN yg Allah swt kurniakan di zaman umat Muhammad bukan umat-umat dahulu:

3. Peristiwa Nabi Yunus as ditelan Ikan Nun.

Nabi Yunus as dengan marah meninggal kaumnya kerana mereka menolak akan dakwahnya. Lalu beliau menaiki kapal meninggalkan kaumnya. Namun kapal itu dipukul badai yg kuat sehingga berlakunya peristiwa beliau dibuang ke laut lalu ditelan oleh Ikan Nun. Maka diamilah Nabi Yunus as seberapa ketika di dalam perut Ikan Nun dan di dalam laut. Sesudah berapa lama maka beliau dimuntahkan Ikan itu ke darat semula.

Fakta Manusia bisa hidup di dalam perut Ikan di dalam laut membawa kepada konsep Kapal Selam (Submarine). KEPEKAAN ini terhasil dalam Zaman Kita ini.

4. Nabi Musa as membelah laut.

Nabi Musa as membawa kaumnya lari dari Firaun sehingga ketemu dengan Laut Merah. Di sini perjalanan mereka terhenti namun tidak dengan Firaun dan tenteranya yg semakin mampir untuk menewaskan mereka. Dalam saat genting itu, Nabi Musa as memikul air Laut itu dengan tongkatnya lalu terbelahlah air Laut justeru beliau dapat membawa kaumnya menyeberangi Laut itu. Melihat kaum Nabi Musa as udah sampai ke tebing Sana, Firaun dan askarnya turun ke tambak di antara 2 empangan laut itu untuk mengejar mereka. Namun belum sempat mereka sampai ke tebing Sana, air lautan kembali semula dan menewaskan mereka semua.

Mukjizat Nabi Musa as membelah Laut Merah membawa kepada konsep “Membelah Laut” dalam pembinaan jembatan, empangan, saluran pipe, terowong dll. dalam Zaman Kita ini.

Anakku, konsep “Membelah Laut” digunakan untuk membina Terowong di bawah sungai untuk Kereta Api (MRT) dan Empangan di Muara untuk dijadikan kolam air di Singapur serta untuk bina Tiang Penguat (Pillars) untuk Jembatan Pulau Pinang di Malaysia.

Ada lagi peristiwa (Takdir) yg berlaku di zaman dahulu dan KEPEKAAN nya masih belum tercapai pada masa kini namun di masa hadapan akan bisa tercapai. Peristiwa ini ialah:

5. Nabi Musa as menghidupkan orang yg udah wassalam (mati).

KEPEKAAN yang diperlukan ialah menghayati serta memahami perkara-perkara berikut dalam peristiwa itu:

1. Sapi betina.
2. Tidak tua dan tidak muda.
3. Warna kuning tua.
4. Tidak ada belang.
5. Belum digunakan membajak atau mengairkan tanaman.
6. Disembelih.
7. Sebahagian dari jasadnya digunakan untuk memikul mayat itu.

Ada yg berpendapat sebahagian jasad sapi itu adalah Lidahnya; ada pula berpendapat betisnya dan adalah mengatakan pehanya.

Pada masa kini tidak ada yg PEKA akan “Tips” atau Hikmah disebalik perkara-perkara yg disebutkan di atas ini. Justeru itu, ngak ada yg bisa pada masa kini menghidupkan orang yg udah wassalam.

Namun di Hari Muka ini akan tercapai kerana mengikut Hadith, Dajjal bisa menghidupkan seorang anak muda yg udah mati setelah badannya dibelah dua dengan pedang.


Anakku, apabila kalian bertambah PEKA, kalian akan menjadi sensitif kpd tanda-tanda di rupa atau muka seseorang itu seperti tanda kejernihan dan juga kemaslahan. Dan ada di antara tanda kemaslahan yg kalian lihat itu, akan membuat kalian merasa waspada atau mahu menjauhkan diri dari orang itu.

Anakku, itulah tanda sifat kebencian yang tercermin di muka orang itu. Kalau seseorang itu ada sifat kebencian di dalam dirinya ini akan tercermin di mukanya. Makin tinggi atau mendalam kebenciannya maka makin terlukis jelas di mukanya. Seperti kekata, ” Muka kita mencerminkan Hati Kita.” Sehubung dengan ini, kalian akan merasa mahu menjauhkan diri daripadanya (kerana KEPEKAAN yg ada pada kalian).

Anakku, hendaklah kalian buang sifat benci ini keseluruhannya dari diri kalian terhadap sesiapa juga kerana Allah swt tidak samasekali membenci kesemua ciptaanNya.

Fahamkanlah sifat benci berhubungrapat dengan:

1. Permusuhan.
2. Keganasan.
3. Penganiayaan.
4. Fitnah.
5. Mendendam.
6. Tidak keadilan.
7. Tidak berperasaan kemanusiaan.
8. Dibelenggu oleh nafsu amarah.

Selalunya mereka yg ada sifat benci ini akan melakukan sesuatu perkara tanpa kewarasan fikiran. Niatnya hanya untuk melepaskan bencinya kpd mangsanya tidak menghiraukan natijah perbuatannya itu.

Anakku, kalau kamu disalahi oleh seseorang, ingatlah:

i. Ini adalah Takdir.
ii. Jauhkan diri dari orang itu kalau tidak ingin perkara itu berulang.
iii. Pasrah terus kpd Allah swt.
iv. Padamkan (delete) dari memori kalian perbuatan yg tidak diingini itu.
v. Padamkan dari memori kalian rupa pembuatnya.
vi. Sentiasa kosongkan minda dengan Dzikrullah.

Apabila kalian berbuat seperti yg disyorkan di atas ini maka kalian akan merasa tenteram dan aman.

Kerana kepasrahan kalian kpd Allah swt dengan tidak bertindak balas maka kalian akan saksikan hukuman Allah swt kpd pembuatnya.

Ramai akan berkata udah maafkan dan lupakan. Sememangnya kalian maafkan dan melupakannya kerana udah di delete perkara itu dan rupa pembuatnya dari sistem kalian. Namun apa yg mereka tidak sedari segala perbuatan jahat ada pembalasan. Dan kerana kalian tidak membalas perbuatan mereka maka Allah swt akan menjalankan hukuman demi Maha KeadilanNya.

Anakku, terimalah hakikat ini supaya kamu sentiasa aman dan tenteram.

Semoga anakku mendapat pencerahan, Insya-Allah, aamin ya Rabbil alamin!


Anakku, udah dijelaskan bagaimana Nabi Musa as dengan memukul mayat dengan sebahagian daging sapi bisa menghidupkan mayat itu. Namun KEPEKAAN berhubungkait dengan ini hanya dapat dicapai di Hari Muka kelak.

Sekarang Kita sampai kepada peristiwa yang berlaku di dalam zaman Kita serta KEPEKAAN juga tercapai dalam zaman Kita. Ini bisa Kita saksikan dalam peristiwa yg berikut:

6. Israk dan Miraj.

Dalam peristiwa Israk dan Miraj, Rasulullah saw mengalami beberapa pengalaman:

1. Dibelah dan dibersih serta disucikan Dada baginda. Ini Kali kedua, Dada baginda dibelah.

Yang pertama, bila baginda berumur dalam anggaran 9 Tahun. Dan diriwayatkan bahawa sesudah itu, baginda tidak pernah jatuh sakit di DUNIA ini.

Yang kedua, Dada baginda dibelah sebelum perjalanan Israk dan Miraj. Sehubung dengan ini, kini Kita tahu di angkasa ada penyakit seperti SARS, Birth Flu atau H1N1 dan sebagainya. Sesudah dibersihkan Dada baginda, baginda melaksanakan Israk dan Miraj tanpa dihinggapi apa jua penyakit di LANGIT.

Maka pada Masa kini, semua Astronot disuntik dengan ubatan sebelum berlepas ke angkasa lepas supaya tidak diganggu oleh penyakit di LANGIT.

2. Dijalankan menaiki Buraq ke Masjidi Aqsa dalam Satu malam.

Di sini “Buraq” melambangkan “Pengangkutan yg bisa terbang”. Maka pada Masa kini Kita dapat menghasilkan Roket, Pesawat, Halikopter, Drone dll.

3. Dibawa oleh Malaikat Jibrail as ke Langit.

Ini menunjukkan Manusia bisa Naik ke Langit. Maka sekarang, Manusia udah pun Naik ke Langit.

4. Melihat ahli syurga dan nereka.

Kalian mesti sedar perkara tersebut belum terjadi lagi. Justeru itu, apa yg Rasulullah saw saksikan adalah suatu gambaran.

Kini Saintis berpendapat bahawa kesemua ciptaan adalah Halogram. Ada juga mengatakan Kita adalah lukisan 2 dimensi. Kerana itu, mereka mengatakan dunia ini leper atau rata (Flat) seperti Layar Putih di Bioskop.

5. Melihat gambaran Masjidil Aqsa semasa baginda disoal berkenaan kesahihan perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam.

Sekarang Kita bisa menghasilkan TV, Internet, Virtual Really dll.

Insya-Allah anakku, akan disambung lagi di lain Masa.


Anakku, di antara Peristiwa yg paling utama lagi istimewa yg pernah berlaku dalam zaman Rasulullah saw adalah Peristiwa Israk dan Miraj.

Sehubungan dengan Peristiwa ini ialah firman Allah swt yang memerintah kita supaya naik ke Langit (Dunia) kerana Langit itu adalah bumbung Kita.

Anakku, peristiwa Israk dan Miraj dan firman yg disebutkan di atas ini menunjukkan bahawa haluan manusia (dan dunia ini) di Hari Muka adalah meneroka serta mendiami bumi-bumi (exo-planets) yang berada di seluruh angkasa lepas Kita.

Anakku, apabila kalian bisa menerima bahawa Tujuan Kita di Hari Muka ialah meneroka dan mendiami bumi-bumi yg berada di angkasa lepas Kita maka berhubungkait dengan penerimaan kalian ini ialah KEPEKAAN.

Anakku, Tujuan yg disebutkan itu udah termaktub semasa Allah swt berfirman, “Kun”. Justeru anakku, urutan dari Tujuan itu udah terdapat dalam rujukan kepada Rukun Iman (1) hingga (6).

Dalam rujukan (1) – (6) terdapat Tanda-tandaNya yg merujuk kepada Tujuan yg udah dikatakan di atas ini.

Walaupun rujukan (1) hingga (6) mempunyai tanda-tanda yg berhubungkait dengan Tujuan (yg disebutkan) namun rujukan (1) hingga (5) adalah rujukan yg beku (static) berbanding dengan rujukan (6) yg proaktif. Dengan itu, rujukan (6) memerlukan KEPEKAAN proaktif jua. Maksudnya, apa jua berlaku di Pintu Depan, kalian mesti PEKA akan Hikmah, Pelajaran, Pertunjuk, Keadilan, Kebaikan dll disebaliknya yg bersangkutpaut dengan Tujuan (yg disebutkan). Kerana Tujuan ini adalah Tujuan yg satu dan tidak ada Tujuan yg lain melainkan Tujuan ini.

Tujuan ini juga melambangkan KEHENDAKNYA yang Satu.

Insya-Allah di Hari Muka Kita akan memeriksa dengan segala KEPEKAAN, Hikmah, Pelajaran Pertunjuk, Keadilan, Kebaikan dll disebalik rujukan (1) hingga (6).


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Sulaeman says:

    Alhamdulillah…
    Allah mentakdirkan saya mengenal Ustadz Hussien Abdul Latiff dan menerima ilmu yang disampaikannya.
    Terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *