HATI YANG BERCAHAYA (4)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, dalam keadaan sesuci bayi, kalian hanya berpaut dan pasrah kpd Allah swt sahaja. Itulah yg difirmankan kpd Rasulullah saw supaya.menjadi orang yg pertama-tama menyerah sepenuhnya (berpaut dan pasrah) kepadaNya.

Dalam pada masa yg sama, kalian redha akan ketentuanNya tanpa rungutan. Sesuai dengan firmanNya memerintah Jiwa yg tenteram.kembali kepadaNya dengan rasa puas lagi diredhaiNya.

Beginilah keadaan kalian Di Luar Alam Sakinah yg kalian tidak dapat naik lagi kerana kuatnya sinaran di dalamnya (Ambient Light).

Dalam keadaan kalian sebegini, dzikrullah kalian sentiasa “on” (berterusan). Namun ada-ada masa keadaan suci kalian membuat dzikrullah kalian bergegar hebat natijah dari ini maka terbukalah mata ketiga kalian.

Firman Allah swt ada menyebut bahawa semasa kalian tidur dipegangnya Jiwa kalian. Bagi yg hidup, dilepaskan Jiwa mereka apabila bangun dari tidur, iaitu roh dan hati, kembali ketempat masing-masing.

(Perjalanan Jiwa kalian kembali ke kepala kalian itulah perjalanan yg kalian selalu amalkan dan dikenal sebagai “Naik”.)

Namun bagi mereka yg udah sampai ajal mereka sesuai dengan firman Allah swt, roh mereka dihantar ke kerongkong mereka.

Inilah juga perjalanan terbukanya mata ketiga. Perjalanan ini yg bermula dari bahagian ulu hati hingga ke kerongkong adalah perjalanan yg terasa sejuk.

Sementara itu, hati udah kembali ketempatnya.

Dari kerongkong, roh naik melintasi kedua mata membuatnya terbalik iaitu mata hitam termasuk kebelakang dan hanya mata putih kelihatan di kelopak mata. Dari situ, roh masuk ke dalam Otak lalu pergi kebelakang Otak sebelum membuat pusingan kembali (U turn) menuju ke depan Otak. Sesuai dengan firman Allah swt iaitu masa mata dan hati terbalik.

Sesampai ke depan Otak di antara kedua kening maka terbunyi “plop” maka terbukalah ruang di antara kedua kening itu laksana tingkap terbuka. Lalu roh (dalam bentuk yg sangat kecil) itu tertolak keluar dari tingkap itu. Inilah keadaan terbukanya mata ketiga.

Bagi mereka yg udah sampai ajalnya maka akan bermulalah gelombang sakaratul maut menolak roh mereka ke pintu Alam Bazakh. Bagi mereka yg belum sampai ajal mereka, roh mereka bisa kembali masuk ke jasad mereka melalui tingkap yg disebutkan tadi.

Di sini sahaja pencerahan pagi ini anakku yg dirindui lagi dikasihi, semoga berjumpa lagi di AP ini di hari yg lain untuk kita teruskan tazkirah ini, insya-Allah.


Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, semasa di Alam Sakinah, kalian akan diajarin ilmu yang jati yg akan menjadi dasar atau asas tugasan kalian dan dengan ilmu ini kalian tidak akan menjadi jahil lagi akannya. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dia mengajar manusia ilmu yang tidak diketahui mereka. Juga sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa apabila Allah swt menyayangi seorang, Dia akan memberi orang itu kefahaman dalam agama.

Apabila Alam Sakinah bercahaya maka kalian diturunkan justeru tu, ruang Minda kalian menjadi wadah ilmu ataupun menjadi Madrasah di mana turunnya ilmu dari sisi Allah swt serta di Madrasah ini juga kalian diberi latihan Rohani seperti OBE, Wisata Bertujuan, Kasyaf, Mata Ketiga dan sebagainya demi untuk menyiapkan kalian untuk tungasan yang akan kalian terima.

Justeru itu, apabila kalian mendapat tugasan seperti mengajar maka setiap kenyataan ataupun pelajaran yg diucapkan atau diajarin oleh kalian adalah sesuatu ilmu yg kalian udah mantap. Justeru itu, apabila ilmu itu disampaikan atau ajarin maka ia menjadi mudah, senang difahami, tersusun, dibantu oleh rujukan-rujukan spt al Quran, Ahadith, kitab-kitab yg mutakbar dll, dibantu juga oleh ilmu-ilmu seperti Sains, Astronomy, Engineering dll, dibantu oleh ilustrasi, gambaran, video dll dan akhir sekali senantiasa dibantu oleh ilham-ilham yg turun ke Minda kalian.

Kerana itu Syeikh Abdul Qadir al Jelani berkata bahawa kalian menjadi gedung ilmu ilahi dan ilmu yang pelik-pelik akan turun kpd kalian.

Sampai sini sahaja anakku tazkirah malam ini, insya-Allah, akan kita ketemu lagi di lain masa.

 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *