HATI YANG BERCAHAYA (3)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, semasa kalian mengalami keadaan Hati Bercahaya, akan datang perubahan sepenuhnya (total change) pada diri kalian seolah-olah kalian dilahirkan semula dan berkeadaan seperti seorang bayi. Seperti:

1. Hati kalian menjadi suci dan hanya Ingatan Allah swt sahaja bermastautin di Minda Kalian. Seperti bayi yg lahir hanya ingatan Allah swt sahaja dalam Mindanya kerana ia udah dapat pengenalan dalam Alam Azali dan kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa semua bayi anak Adam dilahirkan Islam.

2. Hati kalian menjadi suci justeru itu tidak ada lagi dalam peribadi kalian hasat dengki, kianat, dendam, tamah haloba, benci membenci dan lain-lain perangai yang jelek. Seperti bayi yg baru lahir ngak ada kelakuan atau perangai yang jelek seperti yg di sebutkan.

3. Hati kalian menjadi suci dan dapat menerima Takdir keseluruhan tanpa keluhan. Justeru apa jua berlaku kalian bisa terima dan dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru. Seperti bayi yg baru lahir bisa menerima apa jua keadaan tanpa rungutan dan bisa menyeyuaikan dirinya dengan keadaan yg ada. Contoh, menerima apa jua takdir tanpa rungutan seperti dilahirkan menjadi anak yatim, miskin, cacat, anak angkat, anak luar nikah, dibuang, difitnah, dibunuh dll.

4. Hati kalian yg suci hanya berpaut kepada Allah swt sahaja. Pasrah serta tidak mengerti untuk bertindak-balas.
Pada masa kalian dilahirkan hanya Allah swt sahaja yg kalian kenali dan seperti dikatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jilani bahawa Allah swt yg memelihara kalian semasa berada di dalam rahim ibu kalian. Justeru itu, apa jua berlaku keatas diri kalian pada masa itu dan apabila dilahirkan hanya kepada Allah swt sahaja tempat kalian bergantung dan memohon pertolongan seperti apabila disiksa, dianiaya, kelaparan, kehausan, sakit dll. Dilihat tangisan dari kalian namun itulah bahasa kalian memohon pertolongan dari Ilahi dan Allah swt menolong kalian dengan mengerakkan hati ibu atau bapa atau adik-beradik atau saudara-mara atau orang luar menolong kalian.
Pergantungan kalian hanya kepada Allah swt sahaja seperti Nabi Ayub as hanya kepada Allah swt sahaja dia merujuk atau Nabi Yakub as hanya kepada Allah swt sahaja dia mengadu atau memohon pertolongan.

5. Kerana pertukaran sepenuhnya atas peribadi kalian seperti disebutkan di atas ini maka kalian disenangi dan disayangi oleh ramai.

6. Inilah proses atau laluan yg kalian mesti harungi (travel) untuk mejadi Boneka atau Alat Perkakas Ilahi selain daripada ibadah.

Harap anakku yg dirindui lagi dikasihi mendapat pencerahan pagi ini, aamin ya Rabb aamin!


Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, sesudah kalian menjadi sesuci bayi dengan fitrah yg bersih lagi suci seperti kain putih, kalian akan dicorakkan oleh Ilahi. Kerana itu Khidir berkata bahawa dia berbuat sesuatu itu bukan dengan kemahuannya. Kerana itu Syeikh Abdul Qair Al Jilani berkata bahawa apabila ombak Takdir memukul kalian ke sana dan ke sini hendaklah kalian berkelakuan pasif iaitu kepasrahan sepenuhnya (Total). Maksudnya, ikutkan sahaja. Ini yg dimaksudkan oleh Rasulullah saw bahawa hendaklah kita hidup macam biasa.
Pengertian akan sesuatu perkara itu adalah dengan Allah swt bukan dengan kalian. Kerana itu Khidir berkata kpd Musa (as) supaya jangan bertanya kenapa Khidir melakukan sesuatu sehingga Khidir sendiri beritahunya (sesudah pengertian diberi Allah swt kepadanya). Ini sesuai dengan firman Allah swt bahawa Dia tidak ditanya. Kerana itu apabila Nabi Nuh (as) dan Rasulullah saw terlupa akan fakta ini dan bertanya maka Allah swt berfirman maksudnya,”Jangan kamu jadi orang yang jahil.”

Begitulah anakku, keadaan Boneka atau Alat Perkakas Ilahi. Dan dari mereka terbitlah Af’al Ilahi seperti mukjizat, wahyu, ilmu dan sebagainya.

Untuk memahami konsep ini maka amat perlulah tersemat dalam diri kalian bahawa “Aku tidak wujud,” barulah kalian tidak buta lagi dan matahati kalian menjadi tajam bisa melihat sandiwara ilahi. Sehubungan dengan ini Imam Ghazali berkata bahawa apabila kita mengenal akan Tuhan kita dan mengenal akan diri kita maka kita tahu kita tidak wujud.

Maka kalau tidak wujud apa bikin tanya? Benar ngak anakku?
Faham anakku?
Ada masalah?
Kalau kalian jawab kepada satu atau lebih soalan di atas ini bererti kalian masih ngak faham lagi dan tidak mendapat pencerahan.

Hehehe “tricky” atau “pusing”… 🤐😤😇

 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *