FASE KEILMUAN
Ustadz Hussein Abdul Latiff:
Anakku yg dirindui. Maka fasa pada masa ini adalah fasa keilmuan sebelum ini adalah fasa ugutan (Neraka dan Syurga) dan sesudah ini fasa kasih sayang. Begitulah pendekatan Allah swt mengajar kita umat manusia.
Maka pada fasa ugutan, Allah swt mengugut manusia dengan ugutan Neraka serta memgumpan manusia dengan Syurga kerana pada masa itu umat manusia kebanyakan tidak berpelajaran lebih kepada nafsu nafsi.
Pada masa ini, inilah fasa menekan kepada keilmuan. Maka manusia merantau keseluruh dunia mencari ilmu. Maka tidak hairan banyak di antara Kita mendapat pendidikan di negara asing dalam pelbagai kemahiran dan jurusan. Yang ramai yg masih tertinggal dalam pelajaran, Allah swt menghantar mereka sebagai pelarian Islam ke negara-negara barat Prihatin, Allah swt tidak hantar biliun pelarian Islam ke negara Islam terutama ke Timur Tengah.Justeru dalam fasa ini telah sangat berkurangan kedhaifan (ilmu) di antara ummah.
Makin manusia berilmu maka timbullah Kesedaran kalau Kita berusaha dengan gigih Kita bisa.mencapai kekajaan. Taada apa yang tidak bisa tercapai kalau Kita benar-benar berusaha. Seperti kekata,”Tepuk dada tanya selera!”. Sehubungan dengan ini, tumbullah Kesedaran Kita mempunyai kebebasan memilih. Manusia mempunyai akal untuk memikirkan apa baik bagi dirinya. Dari sini, timbul konsep hak asasi manusia. Konsep ini membuahkan pertubuhan-pertubuhan Hak Asasi Manusia seluruh dunia.
Dengan tertubuhnya Pertubuhan-pertubuhan Hak Asasi manusia maka mereka:
1. Menyoalkan tidak kesama tarafan kaum Hawa dan kaum Adam dalam semua urusan. Justeru itu, kaum Hawa kini mendapat layanan setaraf dengan kaum Adam. Maka kedudukan isteri sekarang lebih sebagai pekongsi yg setaraf dengan Suami yang juga pekongsi. Maka tidaklah bisa kaum Adam menganggap isteri sebagai hak kita atau menjalankan perintah Kita.
2. Menyoalkan hak Manusia untuk hidup gaya mana yang mereka ingini tanpa tindasan atau penolakan. Maka timbullah gaya hidup banci (pondan), lesbi, biseksual (seseorang yg bernafsu kepada lelaki & perempuan) dan transgender (tukar kelamin). Kumpulan ini yg diberi gelaran “LGBT”. Pada masa ini ada negara yg membenar perkahwinan di antara banci, lesbi dan transgender.
3. Menyoalkan tentang Tuhan:
a. Kenapa mesti ada Takdir?
b. Kenapa tiada pilihan? Dilahirkan kafir, ditakdirkan hidup sebagai seorang kafir dan mati sebagai seorang kafir dan akhir sekali masuk negara. Justeru mana keadilan sekiranya seseorang itu ditakdirkan menjadi orang kafir tetapi yang lain ditakdir menjadi orang beriman. Juga ada yg ditakdirkan kaya raya dan ada miskin papa?
c. Kenapi mesti ada Tsunami, Gempa Bumi, Bah, Kebakaran dan lain-lain musibah yg meragut bermiliun nyawa kalau Tuhan itu Maha Pengasih lagi Penyayang?
d. Mengapa mesti ada kanker, lukaemia, kecacatan mental dan fisikal?
e. Mengapa mesti manusia disiksa di dalam Neraka kalau kesemua perbuatan mereka mengikut Takdir yg tetap dan tidak bisa diubah?
Anakku, persoalan-persoalan yg tersebut di atas ini udah timbul dalam internet dan buku-buku. Namun disuatu hari nanti persoalan-persoalan ini akan dipertengahkan dan di war-warkan serta diminta jawapan sebagaimana dengan persoalan Kesama tarafan wanita & lelaki dan LGBT yang kini diwar-warkan keseluruh dunia.
Inilah fitnah besar yang akan timbul dalam fasa keilmuan yang membutuhkan Jawapan yang jelas lagi bisa diterima oleh Dunia.
Semoga anakku yg disayangi mendapat pencerahan dari tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!
Anakku yg disayangi. Untuk Kita dapat mengatasi masalah atau fitnah yg besar seperti yg disebutkan dahulu yg akan melanda umat Islam di hari muka maka Kita perlu kpd penjelasan yg jelas lagi yg bisa diterima ramai. Dengan itu dapatlah kita menyatukan umat manusia menjadi ummah yg satu dan yg menyembah Tuhan yg satu.
Untuk mencapai matlamat ini, pertama-tama mestilah kita memperbetulkan dakwah Kita dahulu yg udah tersalah landasan.
124,000 nabi-nabi (termasuk rasul-rasul) dihantar untuk memperkenalkan Tuhan kepada umat manusia. Inilah tujuan yg satu daripada satu Nabi kepada yg lain sehingga kpd Rasulullah saw, nabi yg terakhir. Justeru Rasulullah saw bersabda bahawa sekiranya kaum yahudi itu setuju beriman maka kenalkan mereka kpd Allah swt sebelum beritahu shalat 5 waktu itu wajib. Maka kalau Kita peka maka Kita akan sedar tujuan dakwah yg utama dan sebenarnya ialah mengenalkan Allah swt. Inilah topik atau perkara yg tidak asing kepada agama-agama yg lain. Kerana ini juga adalah dakwah nabi-nabi mereka. Nabi Isa as juga ada bersabda kalau Kitab Taurat tidak dikorupsi, tidak Tuhan beri Kitab Zabur kpd Daud dan kalau Kitab Zabur tidak dikorupsi maka Tuhan tidak akan beri Kitab Injil kpdnya kerana yg hendak disampaikan hanyalah satu amanat Iaitu memperkenalkan Tuhan yg satu.
Namun perjalanan dakwah Kita hari ini ialah lebih kpd memperkenalkan dan mengembangkan Agama Islam. Justeru orang yg mahu beriman prosedurnya:
i. Baca syahadah.
ii. Diajar rukun Islam dan rukun iman.
iii. Diajar shalat dan ayat-ayat alQuran yg perlu dibacai dalam shalat.
Namun tidak diajari kepada pengenalan kpd Allah swt, dakwah yg paling utama. Justeru yang menjadi popular ialah Agama Islam bukan Allah swt. Sayangnya, natijah yg terjadi dari dakwah ini adalah disebaliknya. Agama Islam menjadi Agama Islam yg ditakuti Dan dibenci ramai (Islamophobia) dan orang Islam kita tidak dapat diterima oleh banyak negara terutama Eropah, England (UK), Amerika Syarikat, China dll.
Sekiranya dakwah Kita adalah berkenaan Tuhan maka ini tidak akan ditolak kerana perkara ini juga adalah juga perkara utama dalam agama-agama sebelum Kita. Tetapi kalau dakwah Kita memperomosikan agama Islam maka ini adalah bukan sahaja perkara yg baru tetapi juga tidak pernah mereka dengari. Ingatlah Allah swt hanya menamakan Agama yg Kita anuti sebagai Islam diakhir-akhir dakwah Rasulullah saw bila turun firman menamakan Agama itu Islam. Sebelum itu Agama dikenali sebagai Agama Ibrahim, Musa, Isa dll. Maka “Islam” adalah sesuatu perkara yg baru yg tidak ada pekongsian bersama (common denomination) samasekali dengan agama-agama terdahulu.
Anakku, inilah tapak atau pijakan (step) pertama yg perlu Kita memperbetulkan untuk mengatasi fitnah yg besar yg akan melanda Umat Islam di hari muka. Justeru itu Kita bisa, insya-Allah, menyatukan umat Dunia menjadi satu.
Semoga anakku mendapat pencerahan dari tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!
KOMENTAR