Q&A: KEBIJAKSANAAN-NYA (TAKDIR) 2

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, berpaut kepada Allah swt ataupun TakdirNya menjana tidak memikir serta tidak menetapkan dan keyakinan yg tertinggi iaitu Haqqul Yakin.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata hendaklah Kita tutup Minda Kita di setiap segi atau sudut. Ibarat memandu Mobil (Diri) di atas Lebur Raya (Loh Mahfuz) dengan kesemua Tingkap (Minda) Mobil tertutup (tutup setiap segi). Jangan membenarkan angin-angin di luar dapat masuk menerusi Tingkap yang terbuka.

Seperti di dalam Mobil hanya ada Dirimu sahaja begitu juga hanya ada satu penghuni sahaja yg ada di dalam Minda Kalian iaitu (Ingatan) Allah swt.

Angin-angin yang memukul Mobil Kalian adalah seperti gelombang-gelombang dari Pusat Pancaran syaitan yg Kalian ngak bisa melihatnya. Gelombang-gelombang ini yg cuba masuk ke dalam Diri kalian menerusi “Pintu” Takut, Bimbang, Runsing, Kesedihan, Kehibaan, Masalah, Maksiat dan sebagainya. Apabila Pintu ini terbuka maka tersambunglah Pintu ini dengan gelombang-gelombang syaitan yg sentiasa menunggu. Justeru, mereka akan menggoda Kalian dengan membuat Kalian lebih tertekan sehingga hilang selera, kurus kering badan, sakit-sakit selalu, selalu meletop (marah), murong, sakit mental dan lain-lain lagi.

Anakku yg disayangi, Janganlah Kalian jatuh dalam perangkap syaitan menerusi gelombang-gelombang pancaran mereka. Jangan sekali-kali kamu lupa bahawa:

1. Apa yg terjadi pada Kalian adalah Takdir Ilahi. Ingatlah nasihat Rasulullah saw bahawa apa jua terjadi hendaklah dikatakan ini udah ditakdirkan supaya tidak menjemput syaitan menggoda Kita.

2. Takdir itu adalah dibuat oleh Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana.

3. Kerana Takdir itu dibuat oleh Tuhan yg Maha Bijaksana tentulah ia penuh dengan Hikmah dan tidak sama sekali sia-sia. Seiring dengan firmanNya bahawa tidaklah Dia buat semua ini sia-sia.

Sesudah Kalian, anakku, terapkan ketiga-tiga prinsip ini dalam diri Kalian maka berpautlah kepadaNya dan pedulikan kesemua gelombang godaan syaitan yg datang walaupun Kalian merasa begitu tertekan. Terus memandu Mobil Kalian di atas Lebur Raya dengan kesemua Tingkap tertutup rapat serta jangan membenarkan angin-angin yg meniup keras masuk ke dalam Mobil Kalian.

Terus memandu Mobil di atas Lebur Raya itu sehingga sampai kepada destinasi yg diidamkan.

Begitulah anakku, berpautlah kepada Takdir Ilahi dan kenallah akan gelombang godaan syaitan itu lalu jangan diambil peduli samasekali akannya. Inilah yang dikatakan oleh Syaitan bahawa dia hanya boleh menggoda mereka yg udah ditetapkan untuknya.

Semoga anakku yg dirindui mendapat pelajaran dari tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!


Anakku yg disayangi lagi disenangi.

Apabila memandu Mobil Kalian di Lebur Raya dengan kesemua Tingkap mobilnya tertutup rapat maka sekira datang badai (angin kuat) memukul-mukul Mobil Kalian, janganlah Kalian ambil peduli. Terus memandu dan yakin dengan Haqqul Yakin Lebur Raya itu akan bawah Kalian ke tempat yg selamat lagi istimewa akhirnya.

Begitu jugalah Kehidupan Kalian, kadangkali udah jatuh ditimpa tangga. Semasa ditimpa tangga itu, Kalian MESTI berpaut terus kepada Allah swt serta Yakin dengan Haqqul Yakin bahawa Takdir Kalian itu adalah terbaik bagi Kalian. Ingatlah Allah swt tidak membuat sesuatu sia-sia.

Contoh, sesudah berkerja bertahun-tahun akhirnya syarikat Kalian “bungkus tikar” (tutup). Justeru Kalian ngak ada pekerjaan serta sumber kewangan (gajian bulanan) yg lumaian untuk menanggong Nafkah 3 orang anak yg masih bersekolah serta isteri yg tidak bekerja dan bayaran bulanan gadaian rumah (Mortgage). Ini diberatkan lagi dengan isteri udah 5 bulan mengandung.

Dalam senario di atas ini, fahamkanlah bahawa Kalian sedang merintas perjalanan Takdir yg baru iaitu kehilangan pekerjaan.

Pada masa-masa ini maka datanglah bermacam dugaan serta fikiran dikirimkan kepada Kalian oleh syaitan. Kalau dilayankan, Kalian akan merasa runsing, bimbang, sedih dan tertanya-tanya kenapa ini berlaku kepada Kalian serta rasa tidak ada keadilan. Justeru itu, Kalian dari seorang bapa dan Suami yg baik lagi penyayang menjadi pemarah dan tidak Aman..

Jangan begitu dong! Ingat Takdir itu adalah terbaik bagi Kalian kerana dibuat oleh Allah, Tuhan yg Maha Bijaksana. Maka hendaklah Minda Kalian berpaut kepadaNya (Pintu Belakang) dengan Haqqul Yakin serta jangan samasekali bersungut. Sesudah itu, turun lah Kalian (Pintu Depan) mencari pekerjaan atau Nafkah untuk keluarga Kalian. Singkatnya, berusaha di Pintu Depan tetapi Berserah Sepenuhnya di Pintu Belakang.
Inilah nasihat Rasulullah saw iaitu supaya Kita tidak berpeluh tubuh tetapi hendaklah Kita hidup macam biasa. Dalam Hal ehwal Kalian, sesudah hilang pekerjaan lama (jangan berpeluh tubuh) tetapi carilah pekerjaan yg baru. Serta Yakin dengan Haqqul Yakin dihujung perjalanan Takdir itu ada sesuatu yg baik. Inilah yg dimaksudkan firman Allah swt bahawa Allah swt tidak menolong seseorang itu selagi dia tidak menolong dirinya sendiri.

Kesimpulannya, Yakin Takdir itu adalah terbaik bagi Kalian sambil berusaha. Siapa tahu seperti sebuah lagu Indonesia,”Dulu miskin sekarang taukeh!” Untuk Kalian berjalan atas landasan ini, hendaklah Kalian kenal akan gelombang-gelombang yg dikirimkan oleh Syaitan lalu hendaklah kalian ketepikannya serta jangan diambil peduli.

Semoga anakku yg dirindui mendapat pencerahan dari tazkirah Ayahmu di pagi ini, aamin Ya Rabbil alamin!


Anakku yg dirindui. Apa jua berlaku adalah Drama Ilahi dan Kalian sedang dan sentiasa menyaksikan Drama ini dipamerkan sentiasa di Bioskop Ilahi yang meliputi semua termasuk diri kalian sendiri (Divine Omni Theatre). Inilah satu-satu ilmu yg Kalian dapat serta memahami menerusi Pintu Makrifat diajarin oleh Allah swt. Namun ramai lagi yg belum menyedari akan Kesedaran mutlak ini yang bisa membawa kepada keamanan dan keharmonian di antara manusia, kaum, masyarakat negara dan akhirnya Seluruh Dunia. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dia jadikan Kita bersuku-suku dan berpuak-puak supaya dapat kenal mengenali di antara Kita.

Anakku yg disayangi. Dunia tidak dapat elak dan akan lambat laun menyedari bahawa semua ini adalah Drama Ilahi yg Manusia tidak ada sedikit campur tangan dalam urusannya. Kita hanya pelakon mengikut skrip yg udah tertera di Loh Mahfuz apabila Dia berfirman,
“Kun!

Sesudah mencapai Kesedaran mutlak yg diterangkan di atas ini maka Dunia akan mulai bisa mencintai sesama sendiri. Dengan sifat ini juga, kalian bisa berdakwah kepada syaitan-syaitan dan kembalikan mereka beriman kepada Allah swt

Kerana itu Allah swt berfirman bahawa:
1. tidak sama orang yg mengetahui dan yang tidak.
2. tidak sama mereka yg berada dalam kegelapan dan mereka yg berada dalam cahaya.
3. Hanya orang yg berilmu yg (sebenar-benar) takut kepada Allah swt.

Maka anakku mengejar dan menuntut ilmu adalah satu perkara yg utama sehingga Allah swt berfirman Ayat yg pertama yg diturunkan di dalam Al Quran “Iqra!”

Semoga anakku mendapat pencerahan dalam tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *