KEPEKAAN (3)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, KEPEKAAN, dikurniakan Allah swt di zaman kita Umat Muhammad saw. Namun pada permulaan zaman Muhammad saw, KEPEKAAN hanya diberi kepada segelintir sahaja sehingga kembali semula Tasawuf Jalan Nabi-nabi maka inilah detik KEPEKAAN akan, Insya-Allah, disematkan di dalam mereka yg Allah swt pilih untuk diajar dan diberi kefahaman akan perjalanan Takdir dan urutannya sehingga tidak ada kejahilan lagi. Sesuai dengan Sabda Rasulullah saw bahawa apabila Allah swt menyayangi seseorang maka akan diajarNya sesuatu ilmu kpd orang itu justeru tidak ada kejahilan lagi pada orang itu.

Kalian bisa melihat kebenaran bahawa KEPEKAAN hanya diberi di zaman Nabi Muhammad saw di dalam contoh berikut:

1. Ciptaan Nabi Adam as.

Kita dilahirkan. Setelah ibu kita mengandung selama 9 bulan baru Kita dilahirkan. Justeru Kita bisa berkata bahawa Takdirku udah dituliskan sebelum ibuku mengandung 9 bulan.

Nabi Adam as tidak dilahirkan, dia diciptakan. Mengikut Nabi as (dalam Gospel of Barnabas) ia hanyalah segumpulan tanah liat atau lumpur yg berada selama 25 ribu tahun dalam Syurga Eden.

Namun mengikut Hadith, 40 tahun sebelum dia dibangkitkan bermula Takdirnya. Bererti, lumpur yg segumpal itu menjadi pula jasad Nabi Adam as yg bernyawa. Dan setelah 40 tahun jasadnya terbujur maka Allah swt memberi Jiwa kepada jasadnya lalu terciptalah dia.

Sejurus itu, mengikut Nabi Isa as, bangkitlah Nabi Adam as dan dengan itu bisa dia menghalang kuda-kuda yg datang untuk menginjak jasadnya kerana hasutan syaitan.

Kerana itu Nabi Adam as bisa berkata bahawa Takdirku udah dituliskan 40 tahun sebelum aku diciptakan.

Dari contoh di atas ini, jelas kini KEPEKAAN, hanya di beri di Zaman Rasulullah saw bukan zaman dahulu. Ini adalah kerana urutan dari Takdir terciptalah Nabi Adam as hanya terbongkar di zaman Kita ini dengan terciptanya haiwan (dan mungkin Manusia juga yg dirahsiakan) melalui proses yg dikenali sebagai “Cloning”.

Insya-Allah, anakku, akan disambung lagi di Hari muka.


Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, setiap yang berlaku (Takdir) mempunyai Hikmah, Pelajaran, Keadilan dan Kebaikan kerana perkara itu berlaku atas susunan Allah swt yg Maha Bijaksana.

Hendaklah kalian yakin dengan haqqul yakin akan fakta ini. Justeru itu, hendaklah kalian PEKA akan perkara-perkara yg berlaku di Pintu Depan supaya kalian dapat pertunjuk kerana zaman sekarang ini adalah zaman Allah swt menurunkan KEPEKAAN berbanding dengan zaman sebelumnya.

Kalian bisa saksikan Kebenaran ini di dalam contoh yang berikut:

2. Peristiwa Nabi Ibrahim as dibakar.

Nabi Ibrahim as telah mencetuskan kemarahan umat beliau dengan menghancurkan berhala-hala yg di sembah mereka. Kerana itu, beliau ditangkap serta diikat di atas himpunan kayu-kayu lalu dibakar akan kayu-kayu itu. Maka terbakarlah kayu-kayu itu dengan hebatnya sehingga umat beliau sendiri berdiri berjauhan dari api yg menyala-nyala itu. Sesudah kesemua kayu-kayu itu terbakar habis maka api pun padam. Alangkah terperanjat mereka mendapati Nabi Ibrahim as masih hidup. Bahkan bukan sahaja itu, pakaiannya pun tidak terjejas sedikitpun. Mukjizat ini sangat hebat kerana itu, mereka melepaskan Nabi Ibrahim as. Sesudah dilepaskan maka ada yg bertanya kpd beliau bagaimana api yg panas tidak membakar beliau. Maka beliau menjawab seperti difirmankan Allah swt bahawa api itu tidaklah terasa panas langsung malahan dingin.

Sehubung dengan ini, timbul pertanyaan:
1. Bagaimana bisa api yg panas menjadi sejuk.
2. Apa Hikmah atau Pelajaran yg Allah swt mahu mengajar kita disebalik kejadian ini kerana tidak ada sesuatu yg Allah swt buat adalah sia-sia sebab Dia adalah Maha Bijaksana.

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan di atas memerlukan KEPEKAAN. Namun KEPEKAAN tidak Allah swt turunkan kepada umat Nabi Ibrahim as pada masa itu. KEPEKAAN hanya diberi kepada Kita umat Muhammad.

Maka pada zaman kita inilah, barulah Kita PEKA iaitu Pelajaran disebalik peristwa itu mengajar Kita di zaman ini berkenaan AC iaitu Air Condition.


Rio : Ustadz. Saya pernah membaca sebuah hadits bahwa mendekati akhir zaman mimpi seorang mukmin nyaris selalu benar, atau tidak mengandung kebohongan. Apakah hal itu ada kaitannya dengan tema KEPEKAAN ustadz?

Kepekaan diberikan kepada ummat di masa-masa akhir (tidak banyak diberikan pada ummat di masa masa awal), berupa kemampuan membaca urutan takdir atau mimpi atau petunjuk yang benar?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, sahabatku Rio. Di masa-masa akhir KEPEKAAN, kalian, Insya-Allah, akan diberi kemampuan bukan sahaja membaca urutan tetapi juga memfirasatkan mimpi serta membenarkan Kebenaran (Pertunjuk). Ini akan diperjelaskan lagi di Hari muka Insya-Allah.

Rio : Alhamdulillah. Terimakasih ustadz


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Nuraminah says:

    Bg mn cara utk mengemukakan pertantaan?

  2. Nuraminah says:

    Bagaimana cara supaya tulisan tidak tetlalu halus kalau guna laptop?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *