DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI
02/11/20 15.29 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yg dirindui.
Ayat” *Inna Lilahi Winna Ilaihi Rajiun”* makna, dari Allah swt kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Walaupun Ayat ini disuruh baca apabila menghadapi kecelakaan namun erti Ayat ini merangkumi lebih dari itu.
1. Ia mengesakan bahawa pada permulaan Allah swt Firman”Kun” kepada DiriNya sendiri kerana pada permulaan tiada kewujudan yg ada selain dari DiriNya. Justeru kita datang daripadaNya.
2. Ia juga mengesahkan bahawa kesemua ciptaan terzahir daripadaNya. Justeru Dia Yang Zahir.
Harap diingati, apabila Dia Firman,”Kun” Dia tidak mewajahkan DiriNya Yang Maha Besar tetapi Dia mewajahkan DiriNya Yang Maha Halus. Justeru pandangan Wahdatul Wujud tertolak.
3. Ia juga mengesahkan bahawa Allah-lah Yang Awal kerana kita datang daripada Dia.
4. Ia mengesahkan juga bahawa ciptaan tidak kekal kerana akan kembali kepadaNya. Kerana itu kita katakan akan ada kiamat kedua dan kita tidak akan hidup berkekalan di Syurga. Kalau tidak, Ayat ini menjadi songsang kerana ada datang tetapi taada kembali.
Namun kalau Ahli Syariah tidak mahu menerima pandangan Kita, Ahli Sufi, terpulang kepada mereka.
5. Ia juga mengesahkan bahawa Allah-lah Yang Akhir kerana kita kembali kepadaNya seperti kekata,”Walhasil balik Asal”.
Kesimpulannya, ciptaan hanyalah suatu penzahiran yang tiada kewujudan mutlak. Maka Imam Ghazali berkata bahawa sekira kau kenal Tuhan kau dan kau kenal diri kau maka kau tahu kau tidak wujud.
Semoga anakku mendapat manfaat Dari Ringkasan ini, aamin Ya Rabbil alamin!
KOMENTAR