Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT (4)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, sesudah kefahaman bahawa “aku tidak wujud” mantap di Minda kalian dan penampakkan Dzat meliputi di mana juga mata kalian memandang maka yang tinggal ialah ibadah sesuai dengan firmanNya,”Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.”
Maka duduklah kalian di sini (Pintu Belakang atau Base Camp) serta beribadahlah selain dari yang Fardhu membuat juga yang sunat seperti:
i. Dzikrullah sentiasa.
ii. Shalat malam seberapa yang mampu.
iii. Puasa seberapa yg mampu melainkan 5 hari yg dilarang iaitu 2 Hari Raya dan 3 Hari Tasrik.
iv. Banyak membaca al Quran.
v. Banyak bersedeqah.
vi. Bersifat kasih sayang kerana di mata kalian yg wujud hanyalah Dzat.
vii. Memegang kuat akan Syariah.
viii. Sebenar – benar takut kepada Allah swt yg Maha Ghaib namun sentiasa Melihat, Mendengar, Mengawasi dan Mengetahui.Duduklah kalian berserta ramai lagi seperti kalian di peringkat ini dan berterusan beribadah sehingga mantap. Dengan kemantapan ini, kalian udah sampai di Pintu Istana Raja ataupun di Pintu Alam Sakinah. Syeikh Abdul Qadir berkata bahawa di peringkat ini,janganlah kalian meminta-meminta dinaikkan derajat kalian. Dia juga ada berkata bahawa dijemput masuk ke dalam Istana Raja tidak memadai atau mencukupi. Nunggu sampai kalian diheret masuk ke dalam Istana Raja atau dalam Alam Sakinah.
Inilah keadaan “Fana” sesuai dengan firmanNya, “Hai Jiwa-jiwa tenteram kembali kepadaKu dengan hati yang puas lagi diredhai dan masuklah ke dalam jemaahKu”.Maka duduklah kalian berterusan beribadah di Alam Sakinah serta mengalami pelbagai keadaan Hal dan pelbagai pengalaman kerohanian (namun kalian masih belum di kenali umum) sehingga kalian diberi tugasan dan turun menjalankan tugasan ini kalian sebagai Boneka Ilahi, justeru itu barulah kalian dikenali umum.
Di sini Ayah mahu menceritakan bahawa dalam perjalanan Dakwah Ayah ini, sering berjumpa orang yg mengaku mendapat kelebihan atau keramat dari Ilahi justeru bisa kasyaf 24 jam, bisa mengubati apa jua penyakit, jiwanya bisa terus menaiki langit tinggi dan pernah lihat saya di atas, bisa mengatakan apa yg akan berlaku di Hari Muka dan sebagainya. Apa yg Ayah buat ialah temuduga mereka:
a. Ada shalat malam? Ada shalat Tahajud kalau ada berapa rakaat? Di sini mereka terdiam.
b. Ada puasa sunat? Berapa hari seminggu? Di sini juga mereka terdiam.
c. Ada baca Al Quran setiap hari dan berapakali katam seminggu? Di sini mereka terdiam.
d. Ada pengajian syariah kerana kita mesti tahu yang mana dibenarkan dan yang mana tidak benarkan dalam syarak? Di sini juga mereka terdiam.
Hasil dari temuduga ini mereka takut berjumpa Ayah lagi kerana takut ditemuduga lagi.Anakku, ramai yg menunggu di Base Camp dan di Pintu Istana Raja atau Pintu Alam Sakinah yang tidak berhenti beribadah dengan kesungguhan tanpa mengharapkan sesuatu dari Ilahi maka datang pula seseorang lalu melompat barisan (jump que) terus masuk ke Alam Sakinah atau ke dalam Istana Raja tanpa mengharungi jalan yg ramai udah dan sedang lalui. Kerana itu Ayah menolak pengakuan kelebihan atau keramat mereka.
Sekiranya mereka adalah orang yg terpilih oleh Ilahi maka akan diberi tugasan bukan main magik atau keramat atau untuk menunjukkan kelebihan mereka. Dengan ini, bukan mereka boneka tetapi Allah swt boneka mereka kerana apa juga mereka berkemahuan Allah swt mesti makbulkan.
Semoga anakku yg dikasihi sentiasa mendapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin
Anakku, apabila kamu berada di Base Camp hendaklah kamu terus menerus menjalankan ibadah Fardhu dan Sunat serta Berdzikrullah.
Anakku, semasa kalian berdzikullah di rumah, hendaklah kalian:
i. Letakkan diri kalian di atas katil.
ii. Tidurkan atau relakkan 100% jasad kalian yg berada di atas katil. Ini bererti tiada akan ada pergerakan apapun pada jasad kalian.
iii. Minda kalian sentiasa dalam Dzikrullah (tidak tidur). Jangan turun ke Pintu Depan kalau tidak kalian akan😴😴😴
Hendaklah kalian latih ini sehingga sampai kepada peringkat yg Rasulullah saw bersabda, “Mataku tidur, Hatiku tidak.”
Maknanya, Jasadku (Mataku), aku tidurkan atau relakkan 100% tetapi Hatiku aku jagakan dengan mengingati Allah swt (Dzikrullah).
Selamat berlatih anakku yg dikasihi.
Sahry Ramadhan: Yang dimaksud turun ke pintu depan apakah sama dengan hati (pendengaran, penglihatan dan minda) yang ikut jatuh dan tertarik ke bawah hati. Sehingga seringkali kita tertidur ustad ? Bagaimana tips untuk menahannya ustad?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Sentiasa dalam Dzikrullah dan duduk di atas.
Sahry Ramadhan: Terima kasih penjelasannya ustad.
Yusdeka Putra: Apa sebabnya ya pak Ustadz. Kasus saya sering begini: kalau tidur terlentang rileks, minda ingat Allah, tapi tak berapa lama tubuh saya selalu ingin bergerak miring ke kanan atau ke kiri. Setelah itu 😴😴. Saya coba tahan tubuh saya agar tidak bergerak miring, tubuh saya seperti mau memberontak. Kenapa bisa begitu ya Pak Ustadz?.😊
Ustadz Hussien Abd Latiff: Selagi Jasad kita tidak ditidurkan maka akan menjadi masalah.
Tidur makna roh yg menjelajah keseluruh jasad diturunkan kembali ke bahagian dada kita (dekat ulu hati).
Caranya, lemahkan 100% keseluruhan Jasad kita dan dengan itu, roh akan kembali ke dada. Justeru itu, kita tidak akan bermasalah lagi.
Winanto: Baik akan kami lakukan perintah Ayah, semoga Allah senantiasa menuntun dan memberi petunjuk bs melakukan dg benar. Ayah, bolehkah berdzikrullah dg duduk dan bersandar di kursi?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Bisa duduk dan bersandar apabila berdzikrullah.
Namun saya mahu kalian juga berdzikrullah dengan merihatkan Jasad kalian di atas katil kerana posisi ini lebih menyenangkan proses Wisata Jiwa (OBE)
Rio : Ustadz. Agar tidak tertidur, saat badan sudah relax. Apakah sebaiknya pakai latihan yang dulu ustadz pernah ajarkan? Yaitu matahati dibawa olahraga? Pusingkan ke kiri kanan depan belakang?
Apakah mata hati harus ditahan pada posisi di kepala, atau diperbolehkan menjelajah ke bagian bagian tubuh seperti di terapi dzikrullah ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Itu peringkat dasar, sahabatku Rio. Nah sekarang insya-Allah udah bisa Ingat Allah swt sambil relak di Pintu Belakang @ Base Camp.
Rio : Oh benar sekali ustadz. Ini posisi di basecamp. Terimakasih ustadz
Artikel Sebelumnya :
- Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT (3)
- Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT (2)
- Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR