AGAR MENANGIS DALAM KESYUKURAN

 Ustadz Hussien Abd Latiff:

Ayah: Anakku kalian selalu mengadu tidak dapat merasakan gegaran seperti baru-baru memperolehi ilmu ini.

Mahukah Ayah bantu untuk mendapat kembali gegaran ini?

Ayah: Anakku, baru-baru kamu memperolehi ilmu makrifat ini, kamu merasakan KebesaranNya dengan nyata maka bergegarlah kamu. Lama kelamaan rasa ini berkurangan dan gegarannya pun berhenti.

Maka perlulah kamu kembalikan Rasa KebesaranNya ini.

Untuk mengembalikan Rasa KebesaranNya ini maka hendaklah kamu berbuat sebegini:

1. ROC sambil dzikrullah.

2. Dzikrullah dan ingatkan makanan yg kamu suap ke mulutmu atau air yang kamu minum, adakah kamu Rasa Bahagia menerimanya. Seperti apabila orang memberi kamu hadiah, kamu akan merasa bahagia teramat sangat.

Maka adakah kamu Merasa Bahagia atas setiap rezeki yang diberikan Allah swt kepada kamu kalau tidak, kamu udah memandang remeh atas pemberianNya itu kerana itu Allah swt ada berfirman, “Apakah nikmatku kau nafikan? “

Tafakurkan lagi udara yg kamu sedut untuk hidup, kesihatan dan tenaga yang diberi untuk mengurus hidup kamu dan lain-lain lagi pemberianNya adakah kamu Rasa Bahagia atas pemberianNya ini kalau tidak, kamu udah memandang remeh akan pemberianNya ini .

Walaupun mulut berkata, “Alhamdulillah” tetapi tidak disertakan dengan Rasa Bahagia maka seperti menerima tetapi tidak disukai atau tidak dihargai.

Ingatlah anakku, insya-Allah, setiapkali kamu Merasa Bahagia apabila mengenang atau menerima nikmatNya ini, kamu akan Merasa Bersyukur dan akhirnya Bersyukur dalam tangisan sesuai dengan firmanNya bahawa apabila melihat akan Kebenaran maka akan berlinangan air matanya ke pipinya. Justeru itu kamu akan Merasa KebesaranNya.

Praktikkan amalan untuk Merasa Bahagia atas setiap pemberianNya semoga kamu akan menangis dalam kesyukuran dan akhirnya kepada kegegaran.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *