ASAS PERJALANAN TASAWUF JALAN NABI-NABI

 Ustadz Hussien Abdull Latiff :

Ayah: Anakku dalam perjalanan kita ini iaitu Tasawuf Jalan Nabi-nabi, prihatinkan 4 perkara asas ini:

1. Allah swt menciptakan kita hanya untuk beribadah kepadaNya. Untuk ini, imam Ghazali berkata wajib kita mengenaliNya sebelum menyembahNya. Kerana itu, ibnu Abbas & Syeikh Abdul Qadir Al Jailani menekankan ayat Allah swt mencipta kita hanya untuk menyembahNya sebagai untuk BERMAKRIFAT kepadaNya. Kerana itu juga Rasulullah saw berpesan kpd para sahabat untuk mengenalkan kaum yahudi (yg mahu beriman) kpd Allah swt dahulu, sesudah mereka bermakrifat baru beritahu shalat 5 waktu wajib.

Justeru itu, ulama khalaf (baru) dan salaf (lama) menekan awaluddin makrifatullah.
Ini menjadi asas perjalanan Tasawuf Jalan Nabi-nabi.

2. Apabila kita sudah bermakrifat maka kita mengetahui bahawa Allah swt tidak boleh di rupakan dengan apa jua bentuk dan tidak boleh diumpamakan dengan apa jua fahaman. Allah swt adalah Maha Ghaib.
Justeru itu, apabila kita dzikrullah (ingat Allah swt) kita langsung tidak membayangkan apa-apa pun dalam Minda kita. Ini kita praktikkan dalam shalat, selepas shalat dalam hidup keseharian. Maka dalam perjalanan hidup kita, kita sentiasa berzikir dalam diam tanpa memegang tasbih kerana itu tiada orang yg tahu meliankan Allah swt dan Malaikat – malaikat.
Ini juga menjadi asas perjalanan Tasawuf Jalan Nabi – nabi.

3. Allah swt berfirman bahawa apabila kita ingat Dia, Dia akan ingat kita. Kerana Minda kita sentiasa mengingatiNya justeru itu kita sentiasa berhubungan denganNya. Dengan itu, kita sentiasa dapat NST kepadaNya apabila kita ada sesuatu masalah atau apabila tiada apa-apa masalah kita boleh ROC denganNya. Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jailani berkata bahawa kita berkhalwat denganNya. Ini juga dikatakan masuk Pintu Belakang.
Ini juga menjadi asas perjalanan Tasawuf Jalan Nabi-nabi.

4. Apabila kita sentiasa NST maka hidup kita akan, insya-Allah, dipandu oleh ilham dariNya. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa Rasulullah saw tidak mengikut hawa nafsunya sendiri apabila berbuat sesuatu. Begitu juga, Allah swt berfirman bahawa Nabi Ayub as sentiasa rujuk kepadaNya. Juga ada firman bahawa Khidir as membuat sesuatu bukan dengan kehendaknya sendiri.

Maka hendaklah kalian sentiasa NST sebelum berbuat sesuatu dan tunggu ilham yg turun sebelum melakukannya. Insya-Allah, di suatu ketika kalian bisa hidup bersandarkan ilham kerana inilah kehidupan orang-orang Allah swt.
Sama ada kalian sedari ataupun tidak, segala perbuatan kalian sampai sekarang ini adalah hasil dari ilham.
Maka NST dan hidup bersandarkan ilham Ilahi adalah asas perjalanan Tasawuf Jalan Nabi-nabi.
Semoga anakku jelas berkenaan beberapa asas dalam perjalanan Tasawuf Jalan Nabi-nabi.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *