SURATAN LAUH MAHFUDZ DAN PANDANGAN AHLI SUFI (4)

Aww. Terkait Roh-Roh Syuhada yg tetap hidup dalam *QS ali Imran:169*. Saya ada baca di Al Muwatta dan HR. Muslim, Rasulullah Saw bahwa *Roh Syuhada berada pada tembolok Burung Hijau* yang berada disyurga… dst. Bagaimana dalam pandangan ustad ttg hadits ini yang oleh beberapa ulama dinyatakan derajat Hasan.. Terima kasih Ustad, sebelumnya.

 

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Benar ini Hadith Sahih. Hadith ini yg Saya petik namun tidak keseluruhannya. Tembolok atau tekak Burung Hijau itu dari pandangan Saya, seorang Ahli Sufi, ialah sebuah Bumi yg kehijauan berbentuk seperti tembolok se-ekor burung atau, sebuah “Aircraft” yg berbentuk burung dan berwarna hijau. Saya memilih yg pertama kerana konsep kedua masih banyak tidak dapat menerimanya kerana Rijalul Ghaib adalah mereka yg Shahid dari zaman Nabi-nabi dahulu hingga ke zaman Nabi Kita Muhammad saw maka tidak cukup sebuah “Aircraft” menampung mereka semua. Wallahu Al’am Bishawab

Ada Hadith yg lain menyatakan para Shahid ini berada dalam perut burung hijau ini.

Sahry Ramadhan: Terima kasih ustads atas pandangan dan pencerahannya. Diriwayat yang lain, menyebut *semua roh2 syuhada dalam perut/hati burung hijau*, selalu mendapatkan kenikmatan terus menerus tak terhingga, dan burung tersebut meminum dari telaga surga serta bertengger dilentera2 dibawah arasy, seraya bermohon agar dapat dipertemukan lagi dengan jasadnya, dan ingin kembali ikut berjuang/jihad dijalan Allah swt, dan terbunuh sekali lagi….sebgmana diriwayatkan Ibnu Ishaq dari Ibnu Abbas Ra….. terima kasih sekali lagi penjelasannya ustad.

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Dalam Syurga itu ada juga seperti Dunia Kita ini ada langit, bumi, sungai, laut, matahari, buah-buahan, pokok-pokok dll seperti di Dunia ini. Justeru itu, tidaklah ia terlalu kehijauan.

Bayu Teguh Prakoso: Apakah dalam konteks jaman sekarang masih ada orang orang tergolong pada kategori syuhada , Ayah?

Jika ada orang orang seperti apakah mereka??

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Allah swt berfirman bahawa orang yg bertakwa kepadaNya akan di beri jalan keluar dari kesusahannya dan rezki yg tidak disangka datangnya.

Dari pandangan seorang Ahli Sufi, firman ini bisa ditakwilkan (bukan ditafsirkan) sebegini:

1. Orang bertakwa. Inilah mereka yg sentiasa rujuk kepada Allah swt apa jua masalah mereka hadapi. (NST).

2. Mereka mendapat jalan keluar dan rezki hasil dari NST.

3. Dari sudut yg tidak disangkakannya. Sama ada, mendapat (i) pertolongan dari orang yg tidak mereka kenali seperti kewangan, bantuan, nasihat, pertunjuk, ilmu dll.
(ii) Bisikan atau teriakkan yg menyelamatkan
(iii) Herdikkan yg membawa kepada Kesedaran yg jati lalu membawa kepada perubahan pada diri mereka lalu kenallah mereka akan Tuhan.

Mereka dalam bahagian (iii) inilah yg Allah swt berfirman bahawa mereka tidak mati malahan hidup (dikalangan. Kita) tetapi Kita tidak menyedarinya.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *