SURATAN LAUH MAHFUDZ DAN PANDANGAN AHLI SUFI (3)
Anakku, memori ataupun peringatan adalah ciptaan dan dengan itu terkawal oleh Loh Mahfuz seperti difirmankan oleh Allah swt bahawa segala sesuatu udah Allah swt tetapkan dalam Kitab Induk (Loh Mahfuz).
Allah swt juga berfirman bahawa apa jua berlaku udah ditetapkan di LM sebelum ia berlaku. Justeru itu, Hari ini sebenarnya terjadi dari Hari Esok.
Memori yg pertama yg diturunkan kepada Kita dari LM dan menjadi rangka hidup kesemua manusia adalah 4 perkara:
1. Umur (Masa kelahiran dan kematian) Kita.
2. Perjalanan Hidup Kita (Amal perbuatan Kita) semasa hayat hidup Kita.
3. Rezki Kita sepanjang hayat hidup Kita.
4. Corak atau ragam Kehidupan Kita sepanjang hayat Kita iaitu kebahagian atau kesengsaraan dan sebagainya.
Sesudah itu maka turunlah ketetapan-ketetapan yg lain dari LM mengisi rangka hidup Kita itu.
Apabila setiap perincian rangka hidup Kita dipenuhi maka tamatlah perjalanan hidup Kita dan Masa hidup Kita justeru tidak akan turun lagi dari LM ketetapan
-ketetapan dan dengan itu tertutuplah buku Kehidupan atau Kitab Takdir Kita.
Maka terlepaslah Jiwa Kita dari perlu berlakon mengikut Kitab Takdir Kita serta kembali menjadi 33 umurnya. Lalu masuklah ia ke Alam Bazakh.
Di sini prihatin anakku, memori itu tertinggal dalam Kitab Takdir Kita disimpan dalam LM.
Fahamkanlah anakku, di antara memori-memori ialah Masa makan, tidur, mandi, berpakaian, permergian ke Kantor atau persekolahan dan balik dari Kantor atau Sekolah.
Memori mengemas rumah, memasak, .membelai anak-anak dan cucu-cucu, binatang ternakan seperti kucing , kambing, burung dll.
Juga memori masa-masa mahu ke tandas, kelaparan mahu makan, kehausan mahu minum, keletihan mahu berihat.
Juga memori berkeluarga seperti Ibu, bapa, anak, cucu, atok, nenek, saudara mara dll.
Juga ada memori rupa keluarga Kita, teman-teman, haiwan, pokok, gunung, bukit, awan, Langit dll.
Maka anakku, bermacam dan pelbagai memori turun dari LM yg memenuhi sepanjang hayat hidup Kita di Dunia ini. Pendek kata melibihi biliun memori untuk Kita menjalani Kehidupan hidup Kita di Dunia ini.
Namun perlukah memori-memori ini di Alam Bazakh? Jawapannya udah tentu tidak perlu kerana memori ini hanya perlu untuk Kehidupan di Dunia ini. Suasana Alam Bazakh dan Dunia ini tidak sama. Juga Jiwa Kita tidak sama dengan Jasad Kita di Dunia. Keperluan Kita di Alam Bazakh juga berbeda. Di Alam Bazakh Kita tidak perlu makan, minum, tidur, rihat dan sebagainya kerana kita tidak berjasad. Pendek kata apa yg diperlukan di Dunia tidak diperlukan di Alam Bazakh. Ini adalah keadaan diri Kita dan keadaan Dunia Alam Bazakh. Bisa diertikan Alam Bazakh itu seperti Dunia Alam Maya.
Maka Jiwa yg masuk ke Alam Bazakh langsung tidak membawa memori apa jua kerana semua itu tertinggal di Kitab Takdir Kita (yg diperlukan untuk memenuhi hayat hidup Kita di Dunia).
Maka adakah Rijalul Ghaib itu masih bermemori Kehidupan di Dunia ini sesudah mereka meninggal dunia.?
Kalau dilihat dari firman Allah swt bahawa mereka ini tidak mati tetapi hidup cuma Kita tidak menyedarinya serta mendapat rekzi dari Allah swt. Mereka juga tidak merasa sedih atas apa yg mereka tinggalkan malahan merasa bahagia menikmati pemberian Allah swt kpd mereka.
Bersandarkan firman-firman di atas ini maka bisa Kita buat kesimpulan;
1. Mereka hidup.
2. Mereka hidup tetapi Kita tidak menyedarinya.
3. Mendapat rezki.
4. Namun dilupakan dari memori peribadi mereka kerana itu mereka berasa senang Hati Dan tidak kesedihan kepada yg ditinggalkan mereka.
5. Mereka di tempatkan di suatu tempat atau bumi yg hijauan rupanya seperti seekor burung berwarna hijau. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau.”
Ini adalah Pandangan seorang Ahli Sufi. Semoga Anakku mendapat memfaat dari Tazkirah Ayahmu ini aamin Ya Rabbil alamin!
KOMENTAR