SESUDAH MAKRIFATULLAH – PENYERAHAN 4
Sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah: [96]
Maka berpasrahlah sepenuhnya kepada Allah swt dan jangan anda samasekali menyangsikan kesempurnaan Loh Mahfuz dan Kebijaksanaan Allah swt. Sehubungan dengan ini, Rasulullah (saw) dan berapa Nabi di teguh oleh Allah swt.
Perbuatan mereka berpaling terasa amat berat kepadamu (Muhammad)… sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayat petunjuk. Oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil. [97]
Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. [98]
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.[99]
Ingatlah, kita sudah menyerah sepenuhnya pengurusan bulan dan matahari kepada Allah swt kerana itu kita tidak berfikirkannya lagi. Begitu juga hendaknya, sesudah kita membuat penyerahan sepenuhnya hal ehwal kita kepada Allah swt janganlah kita fikirkannya lagi. Sekiranya ada gangguan daripada Syaitan untuk menggugat penyerahan kita itu, kembalilah kepada Allah swt memohon perlindunganNya.
Jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [100]
Dan jika syaitan menganggumu dengan suatu gangguan maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [101]
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku supaya Syaitan itu tidak menghampiriku. [102]
Katakanlah, “Adakah kita akan menyeru Selain daripada Allah.” [103]
Lihat sahaja kepada Nabi Ayub (as), walaupun begitu teruk dugaannya, beliau tidak hiraukan kerana beliau pasrah dan menyerah sepenuhnya kepada Allah swt. Namun apabila godaan Syaitan hampir mengugat penyerahannya yang tidak berbelah bagi kepada Allah swt maka barulah beliau berdoa kepada Allah swt.
Dan hamba Kami: (Nabi) Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata,“Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan kesusahan dan azab seksa.”[104]
Tentang penyerahan yang menyeluruh ini, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:
Orang-orang yang benar-benar hamba Allah percaya kepada Allah dan menyerahkan semua hal dirinya kepada Allah; percaya dengan kurnian rezki daripada Allah dan yakin bahawa apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah kepadanya pasti ia dapat dan apa sahaja yang dihindarkan oleh Allah darinya pasti tidak ia dapat.[105]
Kamu hendaklah menyerahkan diri kamu kepada Allah seperti bola di kaki pemain bola atau bayi di pangkuan ibunya atau seperti mayat tangan pemandi-pemandinya. [106]
Biarlah bencana menimpa kamu dan jangan cuba menghindarnya.[107]
Dengan itu janganlah kamu merungut walaupun badan kamu dipotong-potong dengan gunting, peliharalah diri kamu! Takutilah Allah! Berhati-hatilah![108]
Serahlah segala-galanya kepada Allah kerana Dialah yang menjaga dan memelihara segala-segalanya dari azali lagi sehingga abadi selama-selamanya. [109]
Dengan ini hendaklah kita berada dalam keadaan penyerahan sentiasa walaupun dalam keadaaan sakaratul maut.
Janganlah sekali-sekali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [110]
Kembalilah kepada Allah swt apabila penyerahan kita tergugat kerana Allah swt dekat lebih dekat dari urat nyawa kita serta Dia memakbulkan doa-doa kita.
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[111]
Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.[112]
Barangsiapa meminta sesuatu dari manusia maka ia melakukan itu kerana jahil tentang Tuhan, lemah iman, kurang pengetahuan tentang hakikat, kurang keyakinan dan kesabaran. Barangsiapa meminta sesuatu dari Allah maka itu tanda ia penuh dengan ilmu Allah Yang Maha Agung dan Maha Kaya, dan tanda mempunyai iman yang teguh dan keyakinan yang pasti dan melalui bertambahnya ilmu Allah dalam hatinya setiap waktu dan tanda malunya kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa.[113]
Kami lebih dekat kepadanya dari urat nyawanya.[114]
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya[115]
Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.[116]
Maka dia (Yunos) pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.[117]
Sesudah kita membuat penyerahan sepenuhnya janganlah kita masih dalam keraguan. Dengan itu, kita-lah yang mesti dipersalahkan kerana tidak menolong diri kita.
Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri:[118]
Dan apa juga musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan tanganmu sendiri : [119]
Juga sesudah kita membuat penyerahan janganlah kita fikirkan lagi tentangnya kerana kita tidak dapat menukar akan Qadar dan Qadha kita itu. Teruskan hidup kita seperti biasa kerana kesemuanya itu adalah di atas landasan Qadha dan Qadar kita. Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Rasulullah (saw) ditanya, “Jika demikian (sudah ditentukan) tidakkah lebih baik kami pasrah sahaja?” Rasulullah (saw) menjawab, “Jangan begitu beramallah dan jangan berpasrah.” [120]
Ada seorang lelaki tiba-tiba berkata, “Wahai Rasulullah kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita menunggu ketentuan takdir kita dan tidak usah beramal?” Rasulullah (saw) bersabda, “Barangsiapa yang termasuk golongan bahagia dia pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang bahagia. Dan barangsiapa termasuk golongan orang celaka, dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka.”.[121]
Rasulullah (saw) bersabda, “Beramallah setiap kamu dipermudahkan.Orang-orang golongan bahagia mereka akan dipermudahkan untuk melakukan amalnya orang-orang bahagia. Adapun golongan orang celaka, dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka.” [122]
Allah swt juga ada berfirman yang bermaksud:
Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu.[123]
Maka berwaspadalah dan sentiasa ingat kepada Allah swt supaya minda kita tidak dapat diracuni oleh Syaitan.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [124]
Kerana itu Rasulullah (saw) sentiasa mengingati Allah swt:
Mataku tidur namun hatiku tidak.[125]
Janganlah kamu banyak perkataan tanpa ingat kepada Allah, kerana sesungguhnya, banyak perkataan tanpa ingat kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya orang paling dijauhi oleh Allah adalah hati yang keras.[126]
Sayidatina Aishah (rha) pernah berkata yang bermaksud:
Rasulullah (saw) mengingati Allah swt sepenuh masa.[127]
Bibliografi
[96] Al Mujadalah (58):10
[97] An An’aam (6):35
[98] Hud (11):46.
[99] Al Baqarah (2):126.
[100] Al A’raaf (7): 200
[101] Fushshilat (41): 36
[102] Al Mukminun(23): 97-98.
[103] Al An’aam (6):71
[104] Shaad (38): 41
[105] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Pembukaan Pada Yang Ghaib, 83, (1990).
[106] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Pembukaan Pada Yang Ghaib, 19 (1990).
[107] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Pembukaan Pada Yang Ghaib, 14 (1990).
[108] Ibid.
[109] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Pembukaan Pada Yang Ghaib, 23 (1990).
[110] Ali Imran (3):102.
[111] Al A’raaf (7):200
[112] Hud (11):75
[113] Id, 120.
[114] Qaaf (50):16.
[115] Hud (11):61
[116] Al Hasyr (59):19.
[117] Al Anbiya (21):87.
[118] Ar Ra’d (13):11
[119] Asy Syura (42):30
[120] Terjemahan Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 1, 66 (1993).
[121] Terjmhn Sahih Muslim Bk.4, 575 (1994)
[122] Terjmhn Sahih Muslim Bk.4, 575 (1994)
[123] An Nahl (16):68
[124] Al Araaf (7):201.
[125] Sahih Al Bukhari Vol. 4, Chap LVI, 495 (1987).
[126] Sunan At Tirmidzi Bk 4, 56 (1993).
[127] Sunan Abu Dawud Vol .1, Chapter 9, 5 (1990).
KOMENTAR