SESUDAH MAKRIFATULLAH – PENYERAHAN 2

Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.[33]

Lihat  sahaja kepada pokok-pokok yang berdiri berpuluh tahun di suatu tempat tanpa bergerak mencari rezkinya. Pokok-pokok itu menyerah secara menyeluruh kepada Allah swt tentang rezki mereka dan mereka mendapatnya setiap hari daripada Allah swt.

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).[34]

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.[35]

Kerana itulah, Nabi Muhammad (saw) diperintahkan oleh Allah swt supaya menjadi orang yang pertama-tama menyerah diri. Perintah ini kemudian disusuli kepada kesemua orang-orang yang beriman. Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

Dan aku (Muhammad) diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama-tama berserah diri.[36]

Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk dan kita disuruh agar menyerah diri kepada Tuhan semesta alam.”[37]

Nabi Ibrahim as juga adalah seorang yang menyerah diri. Tentang ini, Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Ibrahim bukan seorang yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri.[38]

Nabi Yakub (as) juga adalah seorang yang menyerah diri kepada Allah swt. Berkenaan ini, Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. [39]

Ahli-ahli kitab juga diperintahkan untuk berserah diri tetapi mereka enggan dan Allah swt memerintahkan supaya dikatakan kepada mereka seperti berikut maksudnya:

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling maka katakanlah kepada mereka, “Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri.”[40]

Pengikut-pengikut Nabi Isa as juga turut menyerah diri kepada Allah swt. Tentang ini, Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Para hawarriyin (sahabat-sahabat setia) menjawab, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.[41]

Malahan kesemua di langit dan di bumi juga menyerah diri kepada Allah swt sama ada secara sukarela ataupun terpaksa.

Padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi baik dengan suka mahupun terpaksa.[42]

Al Junaid juga ada berkata bahawa tauhid yang utama ialah penyerahan sepenuhnya kepada Allah swt. Beliau berkata:

Tauhid itu adalah akibat penyerahan makhluk kepada Penciptanya.[43]

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani juga berpandangan seperti Al Junaid. Beliau berkata:

Kamu hendaklah berserah dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal.[44]

Serahlah segala-galanya kepada Allah kerana Dialah yang menjaga dan memelihara segala-segalanya dari azali lagi sehingga abadi selama-selamanya.[45]

Si hamba itu masuk dalam majlis ketuhanan Yang Maha Tinggi, ia menyerah bulat kepada Allah dan menurut lakuan Allah semata.[46]

Orang-orang yang benar-benar hamba Allah percaya kepada Allah dan menyerahkan semua hal dirinya kepada Allah; percaya dengan kurnian rezki daripada Allah dan yakin bahawa apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah   kepadanya pasti ia dapat dan apa sahaja yang dihindarkan oleh Allah darinya pasti tidak ia dapat.[47]

Mereka yang sudah membuat penyerahan secara menyeluruh kepada Allah swt berkata:

Cukuplah Allah menjadi Penolong Kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. [48]

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya.[49]

Justeru itu hati mereka menjadi pasrah kepada Allah swt dan setiap kali disebut nama Allah swt mereka begitu prihatin sehingga mengegarkankan hati mereka itu.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.[50]

Sebenarnya, kita sudah pun membuat penyerahan sepenuhnya kepada Allah swt semasa kita dalam rahim ibu kita dan juga semasa kita dilahirkan serta semasa kita masih bayi.

Dialah yang menjaga kamu dalam perut ibumu sebelum kamu lahir dan Dialah yang memelihara kamu semasa kamu masih bayi.[51]

Lihat juga kepada penyerahan yang tidak berbelah bagi oleh Isteri Imran kepada Allah swt berkenaan anaknya Mariam serta zuriat Mariam:

Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki) dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Mariam dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).[52]

Kerana penyerahannya yang tidak berbelah bagi maka Allah swt menerima penyerahannya dan dengan itu Mariam dan puteranya Nabi Isa (as) tidak diganggu oleh Syaitan semasa kelahiran Nabi Isa (as).

Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik.[53]

Setiap anak Adam disentuh oleh Syaitan ketika dilahirkan oleh ibunya kecuali Mariam dan puteranya. [54]

Yang tidak dapat menerima bahawa ketetapan Allah swt sudah sempurna dan tidak akan ada perubahan ialah Iblis dan sekutu-kutunya. Mereka  berpendapat ketetapan Allah swt tidak sempurna lagi adil. Niat mereka ialah untuk membuat kebanyakan manusia tidak menyakini Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Jika ini terjadi maka mereka telah dapat buktikan bahawa keputusan Allah swt menjadikan manusia itu KhalifahNya memang tidak bijaksana.

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.[55]

Mereka menggoda dan terus menggoda supaya kita sentiasa menyangsikan kesempurnaan Loh MahfuzNya dan dengan itu, menyangsikan Kebijaksanaan Allah swt. Justeru itu, seperti syaitan-syaitan, kita mempercayai Ketetapan Allah swt masih boleh di ubahsuai dengan usaha dan kehendak kita. Dengan ini, iman kita menjadi rosak kerana kita sudah bersekongkol dengan mereka.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. [56]

Sangkaan (kamu) yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa.[57]

Apabila kita menyangsikan Kebijaksanaan Allah swt dan menolak kesempurnaan Loh Mahfuz, minda kita menjadi menjadi keras malahan lebih keras daripada batu.

Dia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.[58]

Kemudian setelah itu hati menjadi keras seperti batu bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.[59]

Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.[60]


Bibliografi

[32] Al Qamar (54):49

[33] Al Furqan (25):2

[34] Hud (11):6

[35] Al Ikhlas (112):2

[36] Az Zumar (39):12; An Anaam (6):14.

[37] Al Anaam (6):71;Al Anbiyaa (21):108; Al Hajj (22):34.

[38] Ali Imran (3):67.

[39] Yusuf (12):67

[40] Ali Imran (3):64; 84.

[41] Ali Imran (3):52.

[42] Ali Imran (3):83; Hud (11):14; Al Ahqaaf (46):15.

[43] Thiblawy Mahmoud Said, Tasauf menurut Ibnu Tamiyah, 217 (1995).

[44] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 40.

[45] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 23.

[46] Id, 142.

[47] Id, 83.

[48] Ali Imran (3):173.

[49] Al Anaam (6):162.

[50] An Anfaal (8):2

[51] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 23,

[52] Ali Imran (3):36

[53] Ali Imran (3):37.

[54] Terjemahan Sahih  Muslim Bk. 4, 228 (1994).

[55] Al A’raaf (7):16-17.

[56]Al Baqarah (2):30.

[57]Fath (48):12.

[58] An Nahl (16):4

[59] Al Baqarah (2):74.

[60] Ash Shaaffaat (37):159; An Nahl (16):60.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *