Q&A: TIRAI NUR (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, ayah akan sambung lagi berkenaan Tirai Nur.

Serentak dengan Allah swt berfirman “Kun” terjadi:

1. Satu bebola cahaya (wajah) yg boleh membakar siapa yg terpandang akannya.

2. Bebola cahaya ini dipanggil Dzat.

3. Dzat ini tertangkup dalam satu lobang kecil yang tidak tembus atau tidak ada pintu keluar. Kecil, sekecil sebiji sawi mengikut Rasulullah saw. Kecil, lebih kecil dari sebiji pasir mengikut Nabi Isa as dan kecil, lebih kecil dari zarrah (atom) mengikut Sains.

4. Dzat ini walaupun bercahaya yg membinasakan sesiapa terpandang akannya. Namun dalam perut Dzat ini terzahir:

a. 70 Tirai Nur.

b. Loh Mahfuz.

Tirai Nur ini adalah terzahir dalam perut Dzat justeru itu, Dzat yg di luar menjadi batinnya. Maksudnya, Dzat yg di dalam terzahir menjadi Tirai Nur justeru itu Dzat yg di luar menjadi batinnya.

Selain dari terzahirnya dalam perut Dzat ini menjadi Tirai Nur, juga terzahir Loh Mahfuz (Pelan Induk)

Tirai Nur menangkup keseluruhan Loh Mahfuz justeru itu melindunginya dari Dzat yg di luar yg membinasakan sesiapa yg memandangnya.

5. Dzat ini juga yg menjadi awal Dan akhir ciptaan. Sesuai dengan Hadith bahawa engkaulah Dzat mendahulukan dan mengakhirkan. Seiring dengan firmanNya,”Inna lillahi wainna ilaihi rajiun!”

6. Dzat ini juga menjadi wajibul wujud kpd kesemua ciptaan.

Apa Ayah nak tekankan:

1. Tidak bercerai Dzat yg terzahir menjadi Tirai Nur dan Dzat yg di luaran yg menjadi batin Tirai Nur.

2. Loh Mahfuz adalah Pelan Induk yg melekat kpd Tirai Nur (2 dimensi).

3. Selagi Tirai Nur tidak terbuka maka selamatlah Loh Mahfuz dari Dzat yg di luar yg menangkup Tirai Nur itu.

Mohd Zainothman: Assalamualaikum UYDK. Berhubungkait dengan Tirai Nur yang baharu saja ustaz huraikan, izinkan saya menyampaikan apa yang saya fahami tentang perkara itu, untuk perbetulkan.
Serentak dengan Allah berfirman ‘Kun’ maka sedikit dari diri Allah, tak sampai sebesar zarah atau sebiji pasir telah terzahir dari Diri Allah, menjadi Dzat Yang Wsjibul Wujud. Dan di dalam Dzat ini, yang kedudukannya tidak terkeluar dari tempat krlahirannya, yaitu di lubang atau bekas yang tidak tembus di dalam Diri Allah itu sendiri, ini saya katakan kerana Allah itu senditi Maha Besar Maha Luas Maha Tinggi ( tidak bertepi). Dengan lain2 perkataan LM itu sendiri berada di dalam diri Allah itu sendiri ( pendapat saya).

Di sini saya ingin bertanya ustaz, apakah LM Tirai Nur Air dan Arash itu juga melekat pada Dzat Wajibul Wujud( ciptaan awal apabila Allah berfirman ‘ Kun’. Sekian terima kasih kepada ustaz kerana sudi membetulkan.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah, semua mungkinul wujud melekat kepada hakikatnya yg wajibul wujud iaitu Dzat.

Mohd Zainothman: Terima kasih sekali lagi ustaz

rio: Ustadz. Kekata “kun” itu juga melekat kepada dzat. Begitukah ustadz? Karena kalimat KUN ada di dalam lm

Betulkah ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: SERENTAK dengan Firman “Kun” terciptalah:

1. Dzat yg wajibul wujud.

2. Loh Mahfuz iaitu pelan induk Allah swt yg termasuk di dalamnya Tirai Nur, perkataan “Kun” ,dan lain-lain ciptaan yg mungkinul wujud. Harus diingat bahawa LM adalah pelan induk Allah swt untuk kesemua ciptaanNya yg mungkinul wujud.

Penganut Kristian berkata bahawa perkataan “Kun” adalah sebahagian Tuhan. Mereka berkata bahawa Pertama ada perkataan (Kun), perkataan ini ada bersama Tuhan dan perkataan menjadi (sebahagian) Tuhan. Ini tidak benar kerana Rasulullah saw ada bersabda bahawa Dzat-lah yg mendahulukan dan Dzat-lah mengakhirkan.

Maka jawapan kpd pertanyaan sahabat Rio ialah Perkataan “Kun” itu berada di dalam LM bukan melekat kpd Dzat. Yang melekat kpd Dzat ialah LM.

Rio: Alhamdulillah. Clear ustadz. Kun di dalam LM. LM melekat pada dzat. 🙏🏻

Mohd Zainothman: Assalamualaikum ustaz dan keluarga semuga sehat walafiat dan di barkati Allah.
Izinkan saya membuka persoalan pada awal pagi ini dengan pertanyaan:
Apakah masud ‘melekat’ itu sama dengan “tiada bercerai” seperti tiada bercerai sifat dengan dzat ww seterusnya tiada bercerai dengan dzat Yang Maha.Indah atau tiada bercerai “mungkinul wujud dengan wajibul wujud” dan seterusnya. Mohon pencerahan ustaz, terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, sahabatku Hj Zain

Mohd Zainothman: Alhamdulillah terima kasih ustaz.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *