Q&A: TIRAI NUR (1)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, sebelum Ayah lanjutkan syarahan berkenaan Kitab Kehidupan atau Takdir, ayah mahu menyentuh dahulu berkenaan Tirai Nur
Mengikut Rasulullah saw ada 70 Tirai Nur yg menyelubungi Loh Mahfuz daripada Dzat yg di luar. Sekiranya terangkat Tirai ini maka siapa sahaja terpandang Dzat yg di luar pasti binasa.
Untuk memahami Hadith ini, lihat kepada susunan di bawah ini:
1. Kalau terangkat Tirai ini siapa (dalam Loh Mahfuz) terpandang Dzat yg di luar pasti binasa. Jelas dari penerangan ini, Tirai Nur dijadikan oleh Allah swt khusus untuk melindungi Loh Mahfuz (termasuk semua di dalamnya). Justeru itu, walaupun Dzat ada di belakang Tirai Nur ini ia tidak binasa.
2. Siapa terpandang Dzat di belakang Tirai Nur (apabila ia terangkat) pasti binasa. Pertanyaa nya, adakah di luar Tirai Nur, semua itu Dzat?Untuk memahami pertanyaan ini, harap ikuti penjelasan di bawah ini:
1. Dalam Surah An Nur, di dalam sebuah Lobang yg tidak tembus ataupun bekas ada Minyak Zaiton yg bercahaya Minyak Zaiton ini adalah (kiasan untuk) Dzat. Maka Dzat yg di dalam bekas itu, bahagian tengahnya terzahir menjadi Loh Mahfuz (Pelita) yang diselubungi oleh Tirai Nur (Kaca yg bersinar seperti bintang).
2. Contoh, apabila kalian tekan plastercine itu dengan tangan Kalian, maka akan ada bekas di plastercine itu. Sesudah itu, Kalian taruh air setengah penuh dalam bekas itu. Lalu apa yg terjadi, pertengahan air itu mengeras menjadi AIS dikelilingi air yg belum menjadi AIS di dalam bekas itu. Di sini, bekas itu adalah Lobang yg tidak tembus, air itu adalah Minyak Zaiton ataupun Dzat dan AIS itu adalah penzahiran Dzat yg menjadi Loh Mahfuz dan Tirai Nur atau pun Pelita dalam Kaca.
3. Dari penjelasan di atas jelaslah Dzat yg di luar dimaksudkan Dzat yg di luar Tirai Nur tetapi masih di dalam bekas.
Admin: assalamualaikum ustadz, mohon izin menyampaikan pertanyaan dari Web Yamas
Deddy Firmansyah
Ustadz, 70 tirai nur itu pnh terbuka/tersingkap sekali pd saat dan di masa Nabi Musa As…begitukah kemungkinannya ustadz…?
Seandainya memang benar bhw tirai Nur dahulu di jaman Nabi Musa pernah tersingkap… kenapa yang hancur mesti gunung sinai dan yang pingsan Nabi Musa AS saja.. Bgmn dengan makhluk lain di sekitarnya, apakah ikut hancur juga pada masa itu… Ustadz…??!!.
Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Yang terbuka hanya SEDIKIT Tirai Nur yg Pertama bukan kesemua 70 Tirai. Harus diingat, Rasulullah saw melihat ahli syurga dan Neraka. Bagaimana ini bisa terjadi kerana belum ada Kiamat dan Hari Hisab. Jawabannya ialah Rasulullah saw melihat gambaran. Justeru itu ada para Saintis berkefahaman bahawa kewujudan ini adalah gambaran 2-D iaitu melekat kpd sesuatu. Sehubungan dengan ini, Kewujudan ini melekat kepada Loh Mahfuz. Di belakang Loh Mahfuz adalah Tirai Nur dan di belakangnya adalah Dzat yang di luar. Contoh, gambar atau foto itu terzahir dari kertas putih. Kalau hilangkan sedikit akan gambar itu maka di tempat sedikit itu terlihat adanya sedikit kertas putih. Inilah sedikit dari kesemua kertas putih disebalik gambar itu. Maka kalau kertas putih itu adalah Tirai Pertama maka Allah swt hanya perlu menghilangkan sedikit gambaran kewujudan di Bukit Thursina untuk melihatkan Tirai Nur Pertama disebaliknya.
2. Ada firman Allah swt berkenaan Bukit Thursina di angkat di atas Nabi Musa as dan di mana Nabi Musa as di suruh melihat ke arah Bukit Thursina. Juga ada firman menunjukkan Nabi Musa as turun di waktu Malam setelah mendapat wahyu daripada Allah swt. Dan telah dikatakan bahawa muka Nabi Musa as bercahaya hebat semasa turun waktu malam itu sesudah menerima wahyu itu.
Maka jelas Bukit Thursina ini (i) tinggi dan (ii) jauh daripada Nabi Musa as Kerana itu dia disuruh lihat ke arah Bukit ini sebelum Tirai Nur Pertama tajalli. Kerana itu dia pingsan namun Bukit itu dan apa jua yg ada di Bukit itu hancur luluh.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR