Q&A: TIDAK MUNGKIN CIPTAAN MENJADI TUHAN
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, hari ini Ayah mahu mencerita berkenaan “Manusia-Tuhan”.
Mengikut ahadith, dajjal bisa:
1. Menghidupkan yg mati.
2. Mengeluarkan kekayaan yg banyak dari dalam bumi. Justeru itu, semua di dunia menjadi kaya raya.
3. Menjadikan bumi ini penuh dengan kehijauan dan berwarna warni dengan menjadikan tanah yg tandus lagi gersang subur semula.Justeru itu bukan sahaja manusia, unggas dan burung-burung juga dapat merasai ke gemilangan ini.
4. Menjadikan ternakan membiak dalam masa yg singkat. Maka dunia mempunyai makanan yg lebih dari mencukupi lagi bermutu.
5. Menjadikan dunia ini Syurga (ala dajjal).
Namun dajjal tetap tidak boleh jadi Tuhan kerana kehebatannya hanyalah berada dalam LM yg tidak besar dari sebutir pasir.
Maka bagaimana manusia bisa menjadi Tuhan dalam kefahaman WW iaitu, “Besi panas udah menjadi Api maka tidak berbeza Besi dan Api”. Tidak mungkin ini terjadi apabila manusia hanyalah setotit-tot (lebih-lebih kerdil) dari sebutir pasir.
Bersandarkan penerangan di atas ini, maka tidak mungkin “Ahmad” dibuang “m” menjadi “Ahad” seperti dalam kefahaman NM.
Selingan:
Ketua malaikat kpd kesemua malaikat:
“Benar, mereka berkata manusia bisa menjadi Tuhan!”
Kesemua malaikat yg mendengar : 😂😂🤣🤣🤣😇
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR