Q&A: TENTANG IBNU ARABI?
05/02/2017, 23:06 – Masturah: Assalamualaikum Ustaz..saya ada pertanyaan…
1) Ibnu Arabi jumpa Rasulullah & diberi kitab kepadanya oleh Rasulullah..kitab Fusus Al’Hikam dan disuruh mengajarnya…Kenapa dia bukan Arif Billah tetapi Imam Ghazali pula Arif Bilah ?
2) Kalau dia diberi kitab Fusus Al’Hikam oleh Rasulullah SAW..Kenapa pula dia boleh terbabas dlm kefahaman Wahdatul Wujud?
05/02/2017, 23:18 – Ustaz Hj. Hussien Abd Latiff: Untuk mencapai taraf Arif Billah, dia mesti bawa pembaruan yang jelas dan berkesan dalam bidang ilmu tasawuf. Di sini kebekesanan Imam Ghazali lebih jelas kerana beliau dapat menyatukan jurang di antara syariah dan tasawuf.
Walaupun Ibnu Taimiyah adalah pengkritik kuat terhadap ibnu Arabi namun setelah ia menyelidiki tulisan Ibnu Arabi dia membuat kesimpulan ibnu Arabi bukan berfahaman wahdatul wujud kerana ibnu Arabi menekan disebalik semua ini adalah Dzat tetapi pengikutnya yg menekan Dzat itu adalah Allah swt sendiri.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR