Q&A: SETELAH MAKRIFATULLAH…..

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, setelah kamu:

1. Bermakrifatullah.

2. Redha dan puaslah dengan ketentuannya lalu jangan ada pertanyaan serta diam seribu bahasa (camne bahasa puisi ayahanda?)

3. Maka kamu akan merasa Tenteram serta Kepasrahan penuh kepada Ilahi.

4. Duduklah di Pintu Belakang serta Dzikrullah dan dibantu selain daripada ibadah fardhu juga oleh ibadah sunnah.

5. Terus meneruslah membina Base Camp kamu dengan Dzikrullah dan ibadah kamu.

Jangan meminta-minta dinaikkan taraf. Hendaklah kamu berbahagia bisa sampai ke peringkat ini dari seorang yg dhaif tentang ilmu ini sehingga dapat berada serta bisa memantapkan Base Camp kamu.

Teruskan ibadah dan dzikrullah kamu dan istiqamah. Redha dengan keadaan kamu walaupun tidak dinaiktarafkan oleh Ilahi kerana Allah swt hanya membebankan kamu peringkat yg boleh kamu pikul.

6. Apabila datang jemputan Ilahi lalu kamu disambar masuk ke dalam Alam Maya Sakinah maka hendaklah kamu teruskan ibadah dan dzikrullah kamu. Redhalah walaupun tidak diberi tugasan.

Di sini yg selalu Ayah ingatkan tiada kerja jangan cari kerja. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata supaya jangan kamu hebohkan kedudukan kamu kerana Allah swt bisa bila-bila masa menukarkannya. Hiduplah kamu seperti orang biasa yg tidak dikenali oleh sesiapa. Seperti Allah swt ada menyebut di dalam al Quran, “Orang-orang yg menyembunyikan iman mereka.”
Istqamahlah sehingga kamu diberi tugasan dan pada masa itulah dunia baru mengenalimu seperti Khidir, Wais al Qarni dan Asif.

Semoga kamu dapat mengerti anakku, insya-Allah.

Noriah M Ali: Alhamdulillah. Jazakallahu khoir ustaz atas ingatan ini

Syofian Husin: Amiiin… InshaAllah…alhamdulillah jutaan terimakasih Ayahanda….

Zaiton: Alhamdulillah Aamiin washukurillah terima kasih ustaz
barakallahufeek

 Yusdeka Putra: Alhamdulillah. Nasihat yang sangat patut untuk dilazimkan. Insyaallah ini akan jadi pedoman ananda untuk seterusnya.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *