Q&A: ADAB ; JANGAN MENGHAKIMI ORANG LAIN MASUK NERAKA

Ustadz Hussien Abdul Latiff : Anakku, dengar nasihat Ayah ini. Jangan berkata seperti di dalam banyak syarahan agama:

1. Mereka yg tidak, shalat, berjudi, minum arak dan memakan yg haram tempat mereka di Neraka.

2. Kaum Hawa yg mendedah-dedahkan aurat sewenang-wenangnya, tempat mereka di Neraka.

3. Mereka yg seumur hidup mengejar keduniaan dan langsung tidak mempedulikan hari akhirat, mereka akan mati dan akan dimasukkan dalam Neraka.

4. Mereka yg tidak mengikut apa yg diajarkan dalam Al Quran dan As Sunnah tempat mereka di Neraka.

Cakapan macam ini menunjukkan kamu masih di takuk dakwah lama kerana implikasi atau natijah dari kenyataan kamu menekankan bahawa semua mereka yg bukan Islam akan masuk Neraka kerana tidak akur kpd satu atau lebih perkara (1) -hingga (4) di atas ini.

Hendaklah kamu jangan berkata, “Masuk Neraka” tetapi gantikan dengan “Bukan seorang muslim atau muslimah yang baik” (ini cakap pintu depan, siapa objek akan dijotos).

Dengan itu kamu tidak membuat keputusan iaitu masuk Neraka kerana Allah swt ada berfirman yg maksudnya bahawa celakalah mereka yg memikirkan dan membuat keputusan.

Juga sesuai dengan firmanNya bahawa. kalau Dia mahu satu dunia ini beriman Dia bisa berbuat begitu. Maka seperti Ayah katakan dahulu, semua yg kalian lihat mengikut KehendakNya dan hanya ada satu kehendak iaitu Kehendak Allah sahaja. Kerana itu Dia berkata,”Jangan kamu jadi orang yang jahil.” sekiranya kita masih ngak mengerti atau mahu masuk campur dengan Urusan atau KehendakNya.

Harap ingat anakku, hanya Satu Kehendak kerana hanya ada satu Wujud lagi Tunggal iaitu Allah swt dan tiada tuhan melainkan Dia.

Ingat juga kita hanyalah bayangan (boneka) di layar putih Wayang Kulit.

Harap anakku dapat memahami nasihat Ayah ini, aamin ya Rabb aamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Darman syah says:

    Njih pak alhmdulillah
    Slm hormat dari sya
    lombok indonesia NTB
    😭😭😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *