Q&A: PEWARIS PARA NABI

Ibnu Hassan: Assalaamu’alaikum AB Ustaz & Sahabat Sekalian..Rasulullah saw mengingatkan, “Al-ulamak Warasatul Anbiyak” @ Para Ahli Pengetahuan (Ahli2 Makrifatullah) Adalah Mewarisi Ilmu Makrifatullah Para Nabi Nabi. AB Ustaz, mohon pencerahan hadis tersebut.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Semasa Rasulullah saw masih hidup tidak ada perselisihan tentang agama baik dari segi usul fiqh, fiqh, bacaan al Quran dan makna ayat-ayatnya, perundangan Islam, pembahagian harta, nasab, wakaf, taktik Peperangan, tasawuf, muamalat, munakahat dll.

Baginda menjadi unsur rujukan dan semua keputusan baginda termasuknya diamnya baginda serta af’al baginda menjadi As Sunnah yang menjadi rujukan kedua dalam Syariah Islam.

Sesudah wafatnya baginda maka kemahiran baginda diwarisi oleh para sahabat dan sesudah itu kepada para tabiun dan pengikut tabiun dan sesudah itu turun kepada ulama-ulama.

Mereka semua itu adalah waristul ambiya iaitu mereka mewirisi kemahiran Rasulullah saw yg tertentu. Justeru itu, Rasulullah saw berkata bahawa akan ada setiap 100 tahun Mujadid yg mewarisi kemahiran Rasulullah saw yg tertentu lalu membuat pembaruan dalam bidang itu.
Maka semua mujadid ini adalah waristul ambiya.

Prof Kamali menulis bahawa mujadid-mujadid ini yg mahir di bidang mereka harus digembling atau di satukan menjadi sekumpulan Mujtahid yg bisa ijtihad untuk mencari jawapan kepada masalah-masalah yg dihadapi masyarakat Islam. Ini sesuai dengan kaedah yang dikatakan oleh Muadh Bin Jabal selepas ditanya Rasulullah semasa dilantih menjadi Govenor Yemen sekiranya dia ada masalah untuk dihuraikan kemana dia akan mencari huraian itu. Maka Muadh menjawab bahawa dia akan pertama-tama merujuk kpd al Quran dan sekiranya tidak dapat jawapannya maka dia akan merujuk kpd As Sunnah dan kalau masih belum dapat jawapan maka beliau akan ijtihad untuk mencari jawapannya. Rasulullah saw sangat senang hati mendengar jawapan Muadh.

Sekumpulan Mujtahid yg bisa ijtihad yg dimasudkan oleh prof Kamali juga termasuk juga mereka yg pakar dalam IT, Bio-Sains, kejuteraan dll selain daripada ulama yg mahir dalam bidang agama.

Mohd Bin Atan: Bagaimana mereka yg bukan islam ustaz.apa mereka juga bolih digelar warisatulambiya

Warisatulambiya wajib bersyahadah

Ustadz Hussien Abd Latiff: Interesting point. Pendapat saya kalau ngak ada pakar islam yg mahir dalam bidang tertentu kemungkinan mujtahid Islam meminta pandangan pakar dalam bidang itu walaupun bukan Islam bisa di atur sebelum ijtihad dibuat ataupun bisa juga membawa mereka ijtihad bersama untuk mendapat huraian atas kemasalahan umat Islam dalam perkara tertentu itu.

Waristul ambiya bukan masudnya menganti Nabi (Substitute).

Waristul ambiya ialah mereka yang mewarisi ilmu yg ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Kalau dari sudut mewarisi ilmu yang bermacam-macam mungkin mereka boleh dikatakan waristul ambiya seperti ilmu astronomy, ilmu hisab, ilmu kedoktoran, ilmu kimia, ilmu aljibra dll. Semua ilmu ini berasal dari ulama islam tetapi sekarang udah dimiliki oleh pakar bukan Islam

Rio : Ustadz. Zaman dahulu, satu orang ilmuwan bisa ahli dalam beberapa bidang. Dia bisa ahli dalam sains sekaligus ahli agama. Zaman sekarang jarang yang seperti itu ya ustadz?

Barangkali pendidikan zaman sekarang terlalu spesifik. Membuat orang jadi spesialis dalam satu bidang, tetapi pandangannya tidak menyeluruh.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar sahabatku Rio. Bukan sahaja itu, untuk mahir dalam lebih dari satu perkara dalam agama pun susah. Saya dulu sambil mengajar makrifat, mengajar juga Usul Fiqh 4 mazhab. Namun pada tahun 2008, mulai turun ilham membawa ilmu lanjutan dari ilmu makifatullah justeru itu, saya ngak ada masa lagi untuk mengajar usul fiqh 4 mazhab dan pada masa itu juga udah ada permintaan dari Australia untuk saya mengajar usul fiqh 4 mazhab di sana kerana di sana ada bermacam mazhab.

Kerana deras turunnya ilmu lanjutan menerusi ilham maka saya terpaksa berhenti mengajar usul fiqh 4 mazhab dan konsentrasi saya hanya kpd ilmu makrifatullah dan lanjutannya.

Maka seperti kamu katakan sekarang saya hanya spesialis dalam ilmu makrifatullah dan lanjutannya.

Rio : Betul ustadz. Untunglah kami bagian belajar tinggal terima saja syarahan dengan senang 😁🙏🏻 Tak terbayang yang kena peran mengajar, tentu lagi berat beban.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *