Q&A: URUTAN ILMU LANJUTAN

Ustadz Hussien Abdul Latiff: Anakku, Allah swt ada berfirman bahawa kalau kita tidak mencintaiNya maka Dia akan jadikan satu ummah yg mencintaiNya dan Dia mencintai mereka.

Bagaimana rupa kita tidak mencintaiNya. Ingatkah kita kpd firmanNya, “Bukan kau (Muhammad) yg membunuh, yg membunuh adalah Aku.”

Ayat di atas ini merujuk kpd fakta bahawa Muhammad itu hanyalah Sifat. Yang sebenar melakukan lakonan itu adalah Dzat, Hakikat yg di sebalik semua Sifat.

Seperti, Kulit itu Sifat dan Isi itu adalah Hakikat maka yg melakukan sesuatu lakonan itu adalah Isi bukan Kulit. Kulit hanya mengikut pergerakan Isi.

Justeru itu, kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa adalah Sifat dan disebalik semua Sifat adalah Dzat, Hakikat yg wajibul wujud. Dengan ini apabila kita membenci atau berat sebelah (bias) atau memandang tidak seimbang (prejudice), mengutuk, memfitnah, menganiaya dan melakukan lain-lain sifat yg buruk terhadap ciptaan Allah swt, natijahnya ialah kita tidak mencintai Allah swt kerana Hakikat kesemua ciptaan adalah DzatNya. Lalu terjadilah peperangan, terorisme, radikalisme, pembunuhan, penganiayaan terutama mengada-adakan berita palsu (Fake News) untuk mendatangkan kemudaratan kpd sebuah negeri, kumpulan ataupun individu (perseorangan), merosakkan negeri menerusi korupsi, tamak-haloba kpd kuasa, kemuliaan, pangkat serta nama, kehilangan panduan lalu terjerumus kpd dadah (nakoba), jenayah, kenalan remaja (Juvenile Deliquency) arak, judi, anak luar nikah serta tingginya nisbah penceraian.

Ini semua berlaku kerana kita melupakan Allah swt lalu tidak mencintaiNya justeru itu, Dia melupakan kita.

Namun begitu, Alhamdulillah, sesudah 1000 tahun (kurang lebih) Hijriah, diturunkan Ilmu Makrifatullah ini kepada kalian pada tahun 1400 hijriah (1990 Masihi) dan pada tahun 2008 Masihi diturunkan pula ilmu lanjutan yg berhubungkait dengan Ilmu Makrifatullah. Urutan
Ilmu lanjutan ini adalah seperti berikut:

1.Ilmu berkenaan Loh Mahfuz (LM) yg menceritakan :

(i) susunan LM
(ii) penjelasan berkenaan masa diambil untuk terjadinya infrastruktur Langit serta Bumi (L&B) dan sesudah itu umur yg diberi kpd L&B.
(iii) LM itu sempurna, tidak akan ada perubahan serta teguh.
(iv) apa jua yg udah dicatat dalam LM akan terlaksana mengikut masa peruntukan mereka.
(v) manusia tiada pilihan melainkan menerima peruntukan mereka kerana inilah Takdir mereka.
(vi) Takdir ini menjadi Rukun Iman ke 6. Sesiapa yg tidak dapat menerimanya, mengikut Rasulullah saw, masih belum beriman dan sesiapa berkata boleh menukar atau ubahsuainya maka tempat mereka di Neraka. Rasulullah saw menasihati bahawa sekira-kiranya sesuatu berlaku janganlah mencari alasan (excuses) tetapi katakanlah udah ditakdirkan kerana mencari alasan akan mengundang syaitan menggoda kita.
(vii) Allah swt berfirman bahawa sebenarnya ada banyak kelebihan disebalik peruntukan Takdir seperti hikmah, ilmu, keadilan, kebaikan, faedah dll. Kerana itu, Allah swt berfirman bahawa Dia tidak akan menolong seseorang atau sebuah masyarakat yg mempertikaikan kesempurnaan lagi kelebihan yg banyak terdapat lagi tersembunyi disebalik Takdir yg disediakanNya.
Allah swt juga memperingatkan kita bahawa orang yg mempertikaikan kesempurnaan LM adalah orang-orang yg udah kafir.

2. Ilmu berkenaan Kewujudan:

(i) Setiap masa hanya satu Kewujudan iaitu DzatNya (Hakikat) yang datang dari sedikit dari DiriNya (Makrifat) yg tidak bercerai dari kesemua DiriNya seperti ekor gajah dengan gajah. Kerana itu Dia berkata bahawa yg Zahir pun DzatKu dan yg Batin pun Dzatku. Contoh, istana pasir (sand castle) yg kanak-kanak suka membina di pantai. Apabila kita lihat kpd zahirnya (rupa) istana pasir itu maka jelaslah Sifat istana itu adalah pasir dan apabila kita lihat dalaman istana itu maka itu pun pasir (Hakikat) yang datang daripada pasir dari pantai ditempat itu (Makrifat) namun pantai di tempat itu tidak pula berpisah dari keseluruhan pantai besar di Telok itu. Seperti telah dikatakan gajah dan ekornya.

(ii) Kalau zahir dan batin adalah DzatNya maka seperti Imam Ghazali ada berkata bahawa kita tidak wujud. Justeru itu fahamlah kita bahawa sebenarnya Dia bermain dengan DzatNya. Di sini yg Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ada berkata bahawa tiada hidup dan tiada mati, tiada untung dan tiada rugi, tiada tertutup dan tiada terbuka, tiada miskin dan tiada kaya.

Kenapa dia berkata begitu kerana dia faham bahawa Allah swt bermain dengan DzatNya dan Hak MilikNya.
Syeikh Abdul Qadir al Jailani juga ada berkata bahawa orang yg zalim itu adalah orang yg melakukan sesuatu kpd hak (atau diri) orang lain (tanpa izin).

(iii) Allah swt ada berfirman bahawa tidak sama orang yg tahu dan yg tidak tahu. Contoh:

a. Khidir as berkata kpd Musa as bahawa dia perbuat sesuatu itu “bukan dengan kemahuannya”. Maksudnya, itu adalah Takdir dan dia hanya menurutinya. Dia memperkatakan itu untuk mengajar Musa as yg tidak dapat menerima perbuatan Khidir as kerana dari pandangnya Khidir as udah melakukan perbuatan yg salah.

b. Adam as berkata kpd Musa as bahawa bukan dia hendak makan buah khuldi itu yg menyebabkan kesemua umat manusia dihalau daripada syurga tetapi ia makan buah itu kerana udah tertulis sebagai Takdirnya 40 tahun sebelum dia diciptakan.

3. Ilmu tentang penyerahan:

(i) sesudah kita tahu maka hendaklah kita menyerah kesemua milik kpd empunya milik iaitu Allah swt. Kerana itu Allah swt memerintah Rasulullah saw supaya pertama-tama berserah diri. Sesudah itu, Allah swt memerintah kita untuk menyerah diri sepenuhnya.
Menyerah diri sepenuhnya kpd Takdir kita yg udah dilakarkan di LM.
(ii) Hendaklah kita menyerah diri tanpa rungutan atau sungutan.
(iii) Hendaklah kita menyerah diri tanpa pertanyaan. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa Dia tidak boleh ditanya. Dan Nabi Isa as berkata bahawa “Kenapa” itulah Pintu Neraka.
(iv) Hendaklah kita menyerah diri kerana kita tahu:
a. kita tidak wujud
b. Dia bermain dengan DzatNya.
c. Dia bermain dengan Hak MilikNya yg mutlak.
(v) Sesudah memahami apa yg udah diperkatakan maka hendaklah kita berkata apabila sesuatu berlaku,”Inna Lillahi Wainna Ilahi Rajiun” iaitu dari Dia dan kepada Dia kita kembali. Maksudnya bahawa kita adalah hak mutlakNya justeru itu, Dia bebas berbuat apa jua ke atas HakNya.

4. Ilmu berkenaan Keredhaan:

(i) Sesudah kita tahu bahawa kita tidak wujud serta Dia berbuat atas DzatNya dan kesemua adalah Hak MilikNya maka kita tidak ada pilihan melainkan REDHA atas apa jua kelakonanNya.
(ii) Sesudah redha, kita juga akan merasa puas lagi tenteram kerana kita udah tahu rahsia sebenarnya atau “rahsia akbar” iaitu kita tidak wujud, Dia bermain dengan Dzat dan semua adalah Hak MutlakNya.
(iii) Sesudah kita redha lagi rasa puas dan tenteram maka yg tinggal hanyalah ibadah atau memperkemaskan ibadah kita supaya lebih bagus.

5. Ilmu berkenaan Kasih-Sayang:

Sesudah kita tahu bahawa lakonan yg kita lihat adalah lakonan DzatNya (kerana kita tidak wujud) yg mengikut LM maka natijahnya:

(i) Hendaklah kita menghormati sesama sendiri kerana setiap kita adalah pelakon mengikut skrip kita iaitu takdir yg tidak dapat kita ubahsuai dan yg mesti kita lakonkan tanpa pilihan. Skrip inilah yg membedakan perwatakan dan lakonan kita.
(ii) Tiada akan rasa kebencian atau perasaan mengkianati sesama kita, tidak kira agama, bangsa, puak dan suku seseorang itu kerana kita tahu kita hanyalah pelakon yg melakonkan sandiwara Ilahi.
(iii) Kerana kita senasib iaitu pelakon sandiwara Ilahi maka seharus adanya sirrahtul rahim yg kuat yang membuahkan kasih sayang di antara kita tidak kira agama, bangsa atau
nasab (pertalian darah) dan lain-lain.

6. Ilmu kasih sayang:

(i) Sesudah kita tahu kita ini adalah senasib iaitu seniman dan seniwati (pelakon) yg berlakon mengikut Skrip kita (Takdir) tanpa pilihan maka tertanya kita kenapa ada yg mesti masuk neraka? Demi rasa kasih-sayang yg dirasai sesama kita, kita teruji untuk menyelidiki bagaimana ini boleh terjadi?
(ii) Apabila kita buat kajian kita dapati Ulama dahulu sentiasa melambangkan Allah swt sebagai Tuhan yg Bengis lagi Zalim yg gemar menyiksa, membunuh (Perintah Jihad), menurunkan bala bencana yg bukan sahaja menyebabkan kematian ramai manusia juga haiwan, tumbuh-tumbuhan, kemusnahan harta-benda sehingga berbiliun dolar.
Fahaman ini masih belum berubah walaupun umat Islam udah 1400 umurnya. Bukan sahaja umat Islam udah terpelajar, mereka juga bisa menghubungi sesama sendiri walau di ceruk mana mereka berada, bisa menziarah sesama sendiri di mana mereka bermastautin, bisa mengetahui pergolakan dunia menerusi “mass media”, rumah-rumah mereka dan isinya lebih canggih, kenderaan mereka lebih hebat bisa terbang di langit dan angkasa lepas, senjata peperangan mereka juga hebat bisa memusnahkan dunia ini dll.
Kesimpulannya umat Muhammad udah mempunyai peradaban baru. Paradigma mereka sangat jauh berbanding 1400 hijriah dahulu.
(iii) Kerana itu, umat Muhammad di zaman ini kebanyakan tidak dapat menerima keganasan dan kemusnahan yg terhasil dari mereka yg masih berpegang kefahaman lama iaitu Allah swz mahu kita berjihad untuk memperbetulkan dunia ini serta bersihkan dunia dari kekafiran dan maksiat.
Apabila diselediki ada di dalam al Quran menyuruh kita berbahas serta berdiskusi dengan baik tanpa kekasaran. Juga ada di dalam al Quran mengatakan tiada paksaan dalam Islam.
(iv) Maka cara macam mana yg harus diambil supaya kita bisa membuat mereka yg belum beriman menerima Allah swt itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dakwah bagaimana dapat membuat mereka menerima Islam.
(v) Apabila kita selidiki al Quran, kita dapati Allah swt juga bergurau senda. Nah di sini kuncinya untuk kita bisa merapat jurang di antara mereka yg belum beriman. Hendaklah kita menyampaikan Islam dari sudut Allah swt suka bergurau senda. Dia siapkan LM dan di dalamnya ada Buku Takdir kitab siap sedia untuk setiap ciptaan yg mempunyai Awal dan Akhir. Sesudah itu, diperintahkan setiap jiwa yg suci yg berada di alam azali berlakon mengikut Buku Takdir mereka apabila sahaja kita lahir tanpa pilihan. Lakonan kita tamat apabila sampai penghujungnya iaitu kematian kita lalu Jiwa kita masuk ke alam bazakh.
(vi) Sesudah kita dalam alam bazakh, apa seterusnya. Kita selidik al Quran dan kita dapati firmannya yg bermaksud bahawa hiduplah kamu mengikut kitab ini sehingga hari kebangkitan. Maka fahamlah kita bahawa kita akan berada dalam alam bazakh hingga hari kebangkitan. Sesudah itu bagaimana?
(vii) Kita seledik lagi al Quran maka kita dapati firmanNya yg bermaksud bahawa Hidup di dunia ini hanyalah senda gurauan dan main-main tetapi hidup di kampung akhirat adalah hidup sebenarnya.
Di sinilah harapan bagi setiap yg beriman dan tidak beriman kerana tiada sesiapa pun yg boleh pastikan yg dirinya akan masuk syurga. Firman ini membawa harapan bagi semua untuk masuk syurga. Justeru itu, kesemua mereka dapat menerima pandangan ini. Dengan ini mereka redha apa jua skrip yg mesti mereka lakukan tanpa pilihan kerana mereka tahu akhirnya mereka akan mendapat syurga yang tidak dapat dibayangkan.
(viii) Apabila kita kaji lagi al Quran dan ahadith kita berjumpa:
a. RahmatNya mendahului kemurkaanNya.
b. Telah di sematkan sebiji sawi iman ke hati kita (mengikut imam ahmad ar rifai, inilah cahaya tauhid) apabila jiwa kita mengesahkan Dia-lah Tuhan kita semasa di alam azali. Sebuhungan dengan ini ada hadith sahih yg Allah swt tidak membenarkan sesiapa sahaja yg ada sebiji sawi iman dalam hatinya berada dalam neraka.
c. Ada hadith sahih yg memperkatakan bahawa 99 kasih sayangNya menunggu kita di Hari Kemudian. Dan Rasulullah saw juga ada berkata bahawa kalau orang kafir tahu akan 99 kasih sayangNya yg menunggu kita di Hari Kemudian maka tidaklah mereka berputus asa untuk masuk syurga.
d. Ada hadith meriwayat bagaimana Allah swt bergurau dengan seorang penghuni syurga yg terakhir. Dia pergi syurga, dia dapati penuh. Dia buat aduan kpd Allah swt. Allah swt perintah dia pergi sekali lagi kerana ada kekosongan. Dia pergi dia dapati penuh. Dia buat aduan dan disuruh pergi lagi kerana ada kosong. Ini berlaku beberapakali lagi sehingga dia jadi frustrasi dan berkata kpd Allah swt dia udah penat dipermainkan oleh Allah swt. Lalu Allah swt perintahnya untuk pergi kali terakhir dan kali ini dia pergi memang syurga ada banyak ruang untuknya. Rasulullah saw yg menceritakan hal ini gelak sehingga nampak gusi baginda.

Maka yg mahu dipertengahkan ialah bisa ada dua pandangan yg kedua-duanya juga bersandar kpd al Quran dan ahadith yg sahih iaitu:

1. Pandangan bahawa Allah swt itu Bengis dan Zalim dan ada manusia yg masuk syurga dn ada yg masuk neraka yg banyak tidak dapat menerimanya kerana seperti diterangkan dibatas ini mereka tidak diberi pilihan.
2. Dia juga suka bergurau senda justeru itu, Dia membuat Jiwa kita yang berada di alam azali berlakon mengikut SkripNya yg menunggu semasa kita lahir dan hanya melepaskan Jiwa kita semasa kematian kita. Justeru Jiwa kita semua menunggu di alam Bazakh hingga Hari Kebangkitan sebelum semua masuk syurga. Syarahan berkenaan ini udah diadakan baru-baru ini pada tanggal 26 April 2018. Kesemua yg bukan Islam (dalam 30+ orang) yg menghadiri syarahan ini dapat menerima serta bertepukan tangan pada akhir syarahan menyetujui dan menerima apa yg disampaikan.
Dengan jalan dakwa ini kita dapat menangkis pandangan sekarang ini bahawa Allah swt itu Bengis dan Zalim serta dapat juga menghilang rasa “Islamicphobia” di masyarakat barat.

Cuma yg dipinta kalau pun tidak suka pandangan kedua, jangan buat keputusan tetapi serahkan keputusan kpd Allah swt sesuai dengan firmanNya,”Bagaimana kamu memikir dan menetapkan, celakalah kamu!”

Sementara itu, biarlah kita Khilafiyah (Agree to disagree) kerana khilafiyah membawa rahmat kepada ummah.

Semoga anakku dapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin!


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *