Q&A: IKTIBAR DARI KISAH IBRAHIM DAN MUSA as.

Rio : Assalamualaikum ustadz. Izin bertanya pintu depan ustadz.

Kenapa ya ustadz, Nabi Musa ingin meminta melihat Allah? Dan Nabi Ibrahim as meminta melihat bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati?

Sedangkan mereka sudah ada di peringkat Nabi? Apakah itu berarti mereka meminta agar tingkat keyakinan mereka naik?

Terimakasih sebelumnya ustadz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Untuk menjawab pertanyaan ini perlu dijawab dari pintu belakang.

1. Nabi Musa as kena tanya pertanyaan ini kerana Allah swt mahu mengajar kepada kita semua bahawa Dia ngak bisa di lihat. Hanya Tirai Nur pertama sahaja yg tajalli (terpancar) Gunung Thursina hancur dan Nabi Musa as pengsan.

2. Nabi Ibrahim as kena meminta mahu melihat bagaimana Allah swt menghidupkan yg udah mati. Dalam zaman Nabi Musa as, Allah swt juga menghidupkan seorang yang udah mati dengan mereka memukul mayatnya dengan sebahagian dari badan haiwan yg udah disembelih.

Apa yg Allah swt mahu mengajar ialah ilmu bahawa orang yg mati bisa dihidupkan. Ilmu ini akan jadi kenyataan di hari muka. Di antara yg dapat menguasai ilmu ini di hari muka ialah Dajjal. Dia memotong seorang pemuda menjadi dua bahagian dan sesudah itu menghidupkannya kembali.

Namun dalam pendapat saya, Dajjal hanya bisa menghidupkan pemuda itu hanya sekejap sahaja mengambil iktibar dari peristiwa zaman Nabi Musa as, orang yg dihidupkan itu hanya sekejap sahaja (untuk mengenalpasti siapa pembunuhnya).

Harus diingat Nabi Isa as juga menghidupkan yg udah mati tetapi bukan dengan Ilmu tetapi mukjizat.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *