Q&A: LAUH MAHFUDZ DAN KEAGUNGAN-NYA

Arief Prawira Kusumah : Ustadz. Berkaitan dengan syarahan tentang hari akhir. Setelah kiamat terjadi kegelapan 40 tahun. Lalu bumi digantikan dengan yang baru.

Apakah syurga juga digantikan dengan syurga yang baru ustadz? Syurga nabi Adam dan Nabi idris dahulu apakah ikut hancur juga? Terimakasih ustadz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Mengikut Sains, 7 lapis langit dan bumi berada dalam Jerangkap Masa [fabric of time / jaring masa]. Mengikut Al Quran, masanya adalah 6 Masa [1].

Mengikut Sains dunia akan kiamat pada 10 biliun tahun kerana Matahari gering pada masa itu [2]. Kalau dikaitkan dengan 6 Masa seperti disebut dalam Al Quran ini bererti bahawa kiamat akan berlaku pada Masa ke 5 justeru itu, Masa ke 6 adalah Masa kebangkitan, hisab, syurga dan neraka. Ini juga bererti mengikut Sains 1 Masa adalah persamaan 2 biliun tahun maka 6 Masa adalah persamaan 12 biliun tahun dan kita kini dalam tahun 4.6 biliun atau awal Masa ke 3.

Di akhir Masa ke 6, akan terjadi kiamat ke 2 [3] dan yang tinggal Allah swt.

Perbezaan di antara kiamat pertama dan kedua ialah:

1. Kiamat Pertama – kesemua langit serta bumi dan apa yg ada padanya termasuk Malaikat-malaikat akan binasa. Malaikat Maut yang terakhir akan mati.

Namun Sidratul Muntaha, air, Arasy dan Tirai Nur tidak terjejas. [4]

Sidratul tidak terjejas kerana Al Mustawa yang masih wujud selepas kiamat pertama. Al Mustawa ini akan menuliskan arahan meniup sangkakala kpd malaikat yang dihidupkan untuk tugas ini. Dengan tiupan sangkakala ini, maka ciptaan yang mati dibangkitkan semula dengan jasad baru dan kesemua mereka berumur 33 tahun.

Arasy dan air dibawahnya masih ada kerana apabila hari hisab Arasynya akan diturunkan dekat dengan bumi Masyar.

Tirai Nur masih ada kerana tanpanya akan terjadi kiamat ke2.

Maka kalau kesemua langit dan bumi serta apa yang ada padanya akan binasa, ini juga bermakna bahawa kesemua syurga yang ada akan binasa juga.

Justeru itu kita dibangkitkan di bumi yang baru dan syurga-syurga juga adalah syurga-syurga yang baru walaupun nama lama dipergunakan seperti Syurga Eden. Kerana mengikut Rasulullah saw kita akan melihat kiamat ke 2 dari Syurga Eden.

Kerana Arasy Allah swt akan diturunkan dekat dengan bumi masyar mengikut sebuah hadith, ini bererti bumi-bumi dan syurga-syurga yang baru ini terletak dekat dengan Arasy dan di atas daripada Sidratul Muntaha.

Tiupan sangkakala yang pertama ialah untuk kesemua (sesudah kiamat sistem solar kita) yang masih hidup mati dan jiwa-jiwa atau roh-roh yang masih hidup pengsan. Ini juga bermakna Nabi Idris as dan Lazarus (yang dihidupkan oleh Nabi as) akan pengsan jua. Tiupan sangkakala yang pertama juga akan menghancurkan segala yg masih wujud sesudah terjadinya kiamat pertama. Di sini Rio ada bertanya (lama dahulu) mengapa kiamat sistem solar kita terjadi kiamat langit dan bumi apabila sebelum terjadi kiamat sistem solar kita udah terjadi kiamat sistem solar yg lain?

Jawapannya ialah kerana hanya kiamat sistem solar kita baru sangkakala pertama ditiupkan menghancurkan kesemua yang masih wujud selepas kiamat sistem solar kita.

Kita kesemua akan dibangkit dengan tiupan sangkakala yg ke 2.

2. Kiamat ke 2 ialah apabila terbuka Tirai Nur (kerana kita mahu lihat di luar sana). Maka binasalah semua yang wujud dan yang tinggal Allah swt yg tunggal.

Rio: Alhamdulillah. Lengkap sekali. Terimakasih ustadz

Mbak Sri Puji Astuti: MasyaAllah…..penjelasan yang sangat detail. Alhamdulillah. Terimakasih Ustadz..

Yusdeka Putra: Subhanallah…

Mansyursyah: Maaf ustadz setelah kiamat kedua tirai nur terbuka dan semuanya binasa, kalau demikian yang kita semua berusia 33 tahun itu dimana ustadz, apakah di masa setelah kiamat pertama. Dan setelah kiamat kedua tidak ada lagi kehidupan apakah begitu ustadz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kita masuk syurga pada Fasa/Masa ke 6. Ini bererti kita ada di dalam Syurga lebih kurang 2 biliun tahun, dan pada masa itu semua berumur 33 tahun.

Kita hidup di syurga selagi ada langit dan bumi syurga [5]. Nah apabila Tirai Nur terbuka maka hancurlah semua termasuk kesemua syurga dan Tirai Nur juga.

Mansyursyah: Kalau begitu sebenarnya kita dak bisa berjumpa dengan Allah , begitu kah ustadz ?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bagaimana seketul ais [sepotong / sedikit es] di dalam perut lautan bisa melihat keseluruh lautan?

Mansyursyah: Iya ya ustadz trima kasih ustadz

Syofian Husin: Kita hidup di Surga, selagi ada bumi dan langit surga [5]. Berarti surga itu ada di bumi ini ya ustadz….? 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Maknanya, ada di hari muka beberapa bumi yang berlangit, yang baru dijadikan Allah swt, yang dipanggil [disebut] syurga-syurga.

Syofian Husin: Oh…. Ya ustadz, berarti di setiap kehidupan baru, kita di naungi langit, dan pijakan bumi baru juga…. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Sesuai dengan sabda Rasulullah saw:
1. Kamu akan lihat (kehancuran Loh Mahfuz itu – Kiamat ke 2) seperti bulan mengambang (Cahaya kehancuran yg bermula dari binasanya Tirai Nur dan Aras lalu cahaya itu sampai kepada kita yg berada di syurga-syurga lalu memusnahkan langit dan bumi syurga-syurga itu) di waktu malam yang gelap. Ini juga bererti di sebalik cahaya kehancuran (yg seperti bulan mengambang) itu adalah gegelapan (Malam yg gelap). Namun Allah swt adalah lebih besar dari itu.

Hadith, ” Kamu akan melihatNya di Hari Kemudian seperti bulan mengambang di waktu malam tetapi Allah swt lebih besar dari itu.” [6]

2. Kamu akan tahu cahaya itu (cahaya kehancuran yang seperti bulan mengambang) hanyalah selaput keagungan pada dzatNya dan ini kamu akan lihat dari syurga Eden (sebelum cahaya kehancuran itu sampai dan menghancur bumi dan langit syurga Eden itu).

Hadith, ” Kamu akan lihat dati syurga Eden ianya (cahaya kehancuran) hanyalah selaput Dzat.

Maka Nabi Isa as menceritakan Unsur ciptaan dari permulaan atau awalnya iaitu ianya tidak sebesar sebiji pasir ataupun ianya seperti setitik air masin daripada lautan.

Rasulullah saw pula menceritakan Unsur ciptaan dari sudut akhirnya, iaitu walhasil balik asal iaitu kembali menjadi Dzat yang hanya selaput sahaja seperti bulan mengambang di waktu malam (boleh ditutup dengan jari kita) tetapi Allah swt lebih besar dari itu.

Harap anakku semua dapat memhaminya, insya-Allah, aamin ya Rabb aamin!

Rio: Ustadz. yang manusia lihat pada kiamat kedua adalah “selaput keagungan” pada dzatNya. Tetapi tetap itu bukan DIA ya ustadz?

Mengenai keagungan ini ustadz. Apakah ada ahli-ahli ruhani yang tersilap, mereka menyaksikan keagungan Tuhan dalam pengalaman ruhani mereka, lalu mengira itu Tuhan? Padahal pengalaman ruhani macam apa jua tak akan bisa melihat Tuhan.

Berarti sejauh-jauh apapun pendakian spiritual hanya mendapati “penampakkankeagunganNya tetapi tidak akan pernah betul-betul melihat Dia ya ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar sahabatku Rio kerana itu sebenar-sebenar ahli makrifat akan berkata,”Udah kenal, baru tahu ngak kenal,” atau “Hanya Allah sahaja yang mengenal Allah”.


References :

[1] 6 masa adalah Umur langit dan bumi : “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa’at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?” (Q.S. Yunus : 3)

[2] Matahari Gering, maksudnya adalah “Matinya matahari” dalam tata surya. Menurut hitungan Sains. 

[3] Kiamat kedua adalah “istilah”, yang maksudnya adalah semua sandiwara di dalam Lauh Mahfudz memiliki akhir, nantinya semua akan musnah kembali. 

[4] Simak kembali video syarahan yang berkaitan dengan struktur LM dari yang terluar sampai yang paling dalam. Semasa kiamat pertama, 4 struktur terluar sebagai wadah tidak ikut hancur (Tirai Nur, Arasy, Air, Sidratul Muntaha) lihat ilustrasi LM berikut ini, dikutip dari syarahan Tangga-Tangga Ke Ilahi-2

Skema Lauh Mahfudz, diambil dari syarahan Tangga-tangga ke Ilahi, bag-2

[5] mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sungguh, Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. (Terjemah QS Hud : 107)

[6] Abu Razin al Uqail bertanya Rasulullah (saw), “Adakah setiap kami akan melihat Allah swt.” Baginda menjawab, “Abu Razin adakah kamu semua melihat bulan purnama.” Saya menjawab, “Benar”. Baginda berkata, “Kamu semua tidak akan ada masalah melihat-Nya seperti bulan purnama tetapi itu hanya kecil sahaja Allah lebih Mulia dan lebih Besar daripada itu.” Sunan Abu Dawud Vol 3, 1324 (1990)


Artikel terkait :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *