Q&A: BERBUAT SESUATU DARI PINTU BELAKANG (4)

Abdul Zaky : Salam ust. ketika duduk BC [Base Camp] sambil menikmati keindahan pemandangan alam, kadang penglihatan menjadi semakin jelas dan dekat seolah rimbunan dedaun yg jauh amat dekat dengan kita. Apakah ini juga sebahagian kesan dari kelebihan yg berlaku pada point no.3?  Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd latiff: Keadaan yang kamu ceritakan adalah keadaan Hal yang dialami oleh Rasulullah saw 80 kali sehari. Baginda di bawa dekat dengan syurga dan baginda berkata kalau aku hulur tanganku aku bisa mencapainya. Pengalaman yang diperkatakan di point no.3 Adalah keadaan kasyaf menerusi Minda, Pendengaran dan Penglihatan.

Ahmad Jamil B.Ariffin : Salam ayahku…adakah “keadaan HAL” itu berlaku semasa kita tidur ataupun boleh berlaku semasa kita dalamkeadaan jaga? dan adakah “HAL” itu ada ilmu yang hendak di sampaikan dan kita boleh memahaminya?

Ustadz Hussien Abd latiff : “HAL” berlaku samasa dalam alam maya sakinah. “HAL”adalah keadaan-keadaan yang di alami, kadangkali memberi makna, dan kadangkali hanya pandangan

 Ahmad Jamil : Assalamuailaikum ayahku..lanjutan dari BC..apakah perbezaan antara “hal” dengan “kasyaf”, bolehkah ayah beri contoh “hal” dan contoh “kasyaf”.

Ustadz Hussien Abd Latiff: “Hal” berlaku dalam Alam Maya Sakinah. Sila lihat penerangan saya berkenaan dengan gambarnya sekali di masa lalu. 

Dzikrullah, ada “frequency” nya, dalam hadith dikatakan “sejengkal”, “sehasta”, “sedepa” dan lebih pantas dari itu. Nah, apabila kita Dzikrullah maka frequency nya berjalan, maka apabila frequency ini bergabung dengan frequency alam ghaib maka terjadilah kasyaf.


Artikel terkait : 


CatatanArtikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *