Q&A : BENDA GHAIB ?

Ali Hamzah
February 27th, 2012 at 9:25 am
insyallah ust…terimaksih say dah cuba amalan ustaz yang tersiar dalam you tube…. alhamdullilah masa solat saya tk lupa ingat Allah. Ia sangat berkesan terkdang sampai mengalir air mata…bertapabesar nikmat ALLAH. Ada tak lgi ustaz amalan2 yang perlu saya lakukan untuk menjadi kekasih ALLAH.
Lagi satu ust…ada kawan saya dia boleh melihat benda ghaib termasuk melihat orang makan sedangkan makanan dikencing diberak oleh mahluk…boleh nampak barang2 berharga tertanam…menyeru duit keluar dari bumi…boleh percaya ke ni ust…

Ust. Hussien bin Abdul latiff

February 28th, 2012 at 12:49 pm
Alhamdulillah anda sudah dapat kekhusyukkan dalam Shalat seperti diperintahkan oleh, “Dirikan Shalat Untuk Mengingati Aku” – Taha (20):14.
Ingatlah “Zikrillah” bermaksud “Mengingati Allah swt”. Inilah yang diperintahkan oleh Allah swt, “Selepas Shalat Ingatlah Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring” -An Nisa’ (4):103.
Inilah yang sentiasa dipraktis oleh Orang-orang yang sudah bermakrifatullah, “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dari mengingati Allah swt” – An Nur (24):37.
Teruskan amalan anda ini sehingga Matahati anda terjaga. Untuk Hati bersinar dan Mata Ketiga terbuka, anda perlu mengikuti Seminar kami di Singapura.
Usah hiraukan sangat rakan anda. Yang utama bagi kita ialah, insya-Allah, untuk menjadi “orang-orang Allah” seperti difirmankan didalam surah Al Mujaadilah (58):22 ” Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah rida terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat) Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.”


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *