Q&A : CAHAYA, ENERGI, TAFAKUR, MEDITASI?
Tanya jawab dikutip dari gnosticman.org
hj abd rahim
June 16th, 2012 at 12:02 pm
assalamu’alaikum, tn hj hussein, alhamdulillah, dari nota2, ilustrasi, gambar dan video kat laman tn hj ini saya dapati teknik zikrullah ajaran tn hj utk makrifatullah dan menyaksikan cahaya nur ilahi serta ‘tenggelam’ dalamnya itu ada kesamaan teknik dgn teknik nutup9pintu @ zikir-khatami sampaian KH amiruddin syah dari yayasan azzukhruf, jakarta dan teknik (bismillah) sampaian pak kuswanto dari nurul khatami, jakarta serta juga teknik kasyfullah sampaian cikgu jamal, selangor dan dari pembacaan saya ajaran hindu tua dlm ilmu tafakur yoga dan ajaran buddha quan yin dalam meditasi cahaya dan bunyi batin juga , mereka mengajarkan akan dapat menyaksikan juga cahaya ketuhanan dan mendengarkan kalam ketuhanan…
pertanyaan saya, apakah persamaan atau perbezaan akan cahaya @ energy yang diakses dan disaksikan oleh pengamal zikr-tafakur muslim spt ajaran tn hj hussein BERBANDING cahaya @ energy yang diakses dan disaksikan oleh pengamal tafakur non-muslim spt yoga / meditasi buddha?
alhamdulillah, terima kasih, wassalam
abd rahim, johor
Ust. Hussien Abd Latiff
June 17th, 2012 at 12:14 am
Untuk Hj A Rahim:
Saya tidak pernah mendengar ataupun membaca tentang “teknik nutup9pintu @ zikir-khatami sampaian KH amiruddin syah dari yayasan azzukhruf, jakarta dan teknik (bismillah) sampaian pak kuswanto dari nurul khatami, jakarta serta juga teknik kasyfullah sampaian cikgu jamal, selangor”. Dengan itu saya tidak dapat membuat apa-apa komen.Apa yang saya tuliskan adalah pengalaman kerohanian peribadi saya. Justeru itu, saya mengalak tuan menulis tentangnya di laman web ataupun membuat lectures tentangnya di Youtube kerana ini insya-Allah dapat menjadi bahan membaca yang menarik.
Berkenaan “cahaya @ energy yang diakses dan disaksikan oleh pengamal tafakur non-muslim spt yoga / meditasi buddha”, dalam jemaah saya banyak pengikut yoga yang sesudah mengikut syarahan saya melepaskan praktis yoga mereka. Yang saya dibertahu oleh mereka bahawa mereka menrintasi alam kerohanian dengan memasuki pintu “Kekosongan” dan akhir jalan mendapat dampingan ghaib.
Berkenaan buddha, ada seorang pengamalnya (berbangsa tionghua) datang berjumpa saya dan menanya tentang cara saya. Sesudah diterangkan dia juga confirmed yang mereka merintasi alam kerohanian menerusi pintu “kekosongan”. Baru-baru ini, orang ini sudah menjadi seorang bomoh.Cara saya dari pengalaman peribadi saya ialah kita merintasi alam kerohanian dengan membersihkan Hati kita dengan sentiasa mengingati Allah swt yang tentunya tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan (termasuk tidak berbunyi atau berwarna) sehingga Hati menjadi bersih suci dan bercahaya. Sesudah itu, apabila mengingati Allah swt membawa gegaran maka mata ketiga akan terbuka. Tentang meningati Allah swt, Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya Aku inilah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat ku. “
Thaha (20):14.
Maka apabila kamu telah menyelesaikan salat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring.
An Nisa’ (4):103
Harus diingat pencarian kepada Makrifatullah (Mengenal Allah swt) adalah suatu pencarian yang sudah berlaku dari generasi ke generasi sebelum dan sesudah datangnya Islam. Prof. Abu Al Waf ada menulis:
“Tasawuf berasaskan agama merupakan fenomena umum pada semua agama, sama ada agama samawi atau agama timur lama.” Abu Al Wafa Al Ghamini Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 2 (1996).
Juga ada dari cacatan dalam sejarah seperti berikut:
“Setelah mengetahui Nabi Muhammad saw berada di Madinah, sebanyak 400 para Ahli Sufi datang daripada pergunungan dan lembah ke Madinah untuk berjumpa baginda dan memeluk agama Islam di tangan baginda.”
Zainal Ariffin Abbas, Ilmu Tasauf, 51(1991).
Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf (Pengantar), 30 (1997).“Baginda meletak mereka di masjid baginda dan mereka di gelar Ahli Sufah.”
Akram Diya Al-Umari, Madinan Society at the time of the Prophet Vol.1, 86 (1991).
Mengikut Muhammad bin Ishaq bin Yasar, pernah pada satu masa pada zaman pra Islam apabila semua penduduk Makkah telah meninggalkan Makkah, seorang ahli sufi sering datang dari tempat yang jauh untuk melakukan tawaf mengelilingi kaabah.
MM Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, 314 (1994).
Mereka yang mengikut saya diberitahu bahawa sesudah Makrifatullah yang tinggal ialah ibadah kerana Allah swt telah berfirman:
“Tidak-Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku”Adz Dzaariyaat (51):56
Ini yang ditekan oleh Imam Ghazali:
Setelah ia tahu dan Makrifat pada Allah swt ia pun mulai sungguh-sungguh belajar cara-cara ibadah.
Imam Ghazali, Munhajul Abidin, 10 (1997).
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR