Q&A: AGAR MINDA TAK DITUNGGANGI SYAITAN

 14/09/17 04.52.07: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila kita NST bila ada masalah ini bererti kita udah menyerahkan masalah itu kepada Allah swt dan menunggu ilham dariNya menghuraikan masalah yg kita hadapi. Justeru Minda kita tidak bermasalah kerana kita udah serahkan masalah itu kpd Allah swt menerusi NST.

Apa yg perlu ialah ROC, duduk di atas dan mengingatiNya. Syeikh Abdul Qadir al Jailani ada berkata masuk bilek khalwat.

Menerusi latihan NST & ROC, Minda menjadi kosong dan hanya mengingat akan Allah swt. Justeru itu tenteram lalu berseri.

Namun kalau Minda disibukkan dengan fikiran-fikiran maka Minda atau Hati kamu udah menjadi kuda tunggangan Syaitan dan kamu bukan sahaja menyusahkan diri kamu juga orang yg dekat atau sekeliling kamu.

Maka ingatlah anakku, janganlah Minda atau Hati kamu di penuhi dengan fikiran-fikiran kalau mahu elak Minda atau Hati kamu menjadi tunggangan syaitan. Dan cara mudah untuk mengatasi ini ialah sentiasa latih NST & ROC.

14/09/17 04.54.13: Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, terimakasih Ayah, insaAllah diamalkan

14/09/17 04.56.10: Rio : Terimakasih ustadz 🙏🏼

14/09/17 05.28.18: Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila fikiran-fikiran itu tidak dihapuskan menerusi NST & ROC, akhirnya ia akan mempunyai rencana dan sekiranya rencana itu ditolak atau tidak diterima maka ia akan menjadi marah atau kecewa dan sebagainya. Justeru itu bukan sahaja Minda atau Hatinya menjadi tunggangan syaitan, dia juga udah menjadi sahabat syaitan.

Semoga ya Allah swt Kau jauhkanlah perkara itu berlaku kepada anak-anakku yang Kau udah bimbing mereka ke jalanMu yg lurus, selamatkanlah mereka di dunia hingga ke akhirat, aamin ya Rabb aamin!

14/09/17 05.31.25: Rio : Aamin terimakasih ustadz dan mohon doanya 🙏🏼

14/09/17 05.34.30: Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas peringatan dan doa itu.
Aamiin YaRabb Aamiin🙏

14/09/17 09.08.36: Sahry Ramadhan: Terima kasih ustad yg senantiasa mengingatkan kami agar melaksanakan dzikrullah, baik saat dengan ada masalah dgn NST atau dalam keadaan apasaja dgn ROC.

14/09/17 09.55.40: Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila kamu ingat Allah swt sudah tentu kamu tidak syirikkanNya kerana kamu tidak dapat merupakan atau umpamakanNya kerana tiada informasi tentang rupaNya yg sebenarnya.
Nama datuk saya Osman. Ingat nama datuk saya tapi boleh kamu bayangkan dia apabila kamu ingat nama datuk saya. Sudah tentu tidak boleh kerana tiada informasi tentangnya.
Begitulah kamu ingat Allah swt.

14/09/17 10.17.38: Mohdisamudin: Terimakasih ustad

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *