LAYAR KEHIDUPAN (5)
Ustadz Hussien Abd Latiff:
Anakku, di ceramah yg telah udah, Ayah berbicara iaitu kalau mahu menyerah diri perlu:
1. Sentiasa Dzikrullah (Ingat Allah swt). Dzikrullah ini laksana lilin yg menyala di malam yg gelap gelita.
2. Sentiasa NST iaitu Naik, Serahkan masalah yg ada dan Tunggu pertolongan Allah swt.
3. Membuat banyak Ibadah Sunat kerana ini akan menjadikan kalian dicintaiNya.
Anakku, kalau kalian muhasabah, Kalian akan sedar bahawa apa yg Ayah mengajar dan melatih Kalian ialah untuk kalian menjadi gagah dalam Dunia Kerohanian kalian.
Anakku, dalam Dunia yg zahir ini apabila Kalian ada masalah Kalian bisa lari mendapat bantuan dari (i) Pihak berkuasa seperti Polis, Bomba, Hospital dll. (ii) Sahabat dan taulan, kaum keluarga, saudara mara, jiran tertangga dll, dan (iii) Pertubuhan-pertubuhan seperti Badan-Badan amal, kemasyarakatan dll.
Anakku, pernahkah Kalian berfikir apabila Kalian ada masalah dalam Dunia Kerohanian seperti (i) gangguan Kerohanian pada diri sendiri atau keluarga, (ii) gangguan menerusi mimpi-mimpi, (iii) gangguan dalam kesekitaran Kalian, (iv) gangguan dalam perniagaan, pekerjaan, kedudukan atau jawatan, dan (v) lain-lain lagi gangguan Kerohanian, siapakah yang ada dalam Dunia Kerohanian kalian yg Kalian bisa memohon perlindungan sekiranya Kalian tidak mahu memohon pertolongan dari syaitan-syaitan?
Kerana itulah Anakku, Ayah mengajar dan melatih kalian berpaut kepada Allah swt sentiasa dengan (i) Dzikrullah sentiasa, (ii) NST sentiasa dan (iii) mengerjakan banyak Ibadah Sunat (selain dari yg wajib) sehingga Allah swt mencintai Kalian.
Anakku, apabila kalian tekun menjalankan apa yg diajarin oleh Ayah di atas ini maka Kalian akan merasai (apabila Kalian berada dalam Dunia Kerohanian Kalian):
(a) aman damai dan tenteram.
(b) dalam Perlindungan Allah swt.
(c) tidak merasa takut melainkan kpd Allah swt.
(d) berani menentang apa jua syaitan yg mahu menggangu.
(e) sentiasa bergantung atau berpaut kepada Allah swt.
Pengalaman ini menjadi jelas apabila Kalian bisa bergerak dalam Dunia Kerohanian Kalian seperti Wisata Jiwa (OBE = Out of Body Experience), Perjalanan Jiwa tanpa matlamat tertentu (Astral Travelling) atau Perjalanan Jiwa bermatlamat (Astral Projection) dan semasa Kalian dalam keadaan kasyaf.
Anakku, terutama yg udah lama bersama Ayah, sedarkah Kalian bahawa kalian tidak lagi mahu bergantung kepada Keramat-keramat, Batu-batu seperti Batu Aqik, barang-barang purba seperti keris dll, tempat-tempat yg dikatakan mempunyai kelebihan seperti pokok-pokok, gua-gua dll.
Dunia Kerohanian Kalian udah bersih dari segalanya melainkan Allah swt dan bahawasanya kepadaNya sahaja Kalian bergantung sepenuhnya. Sesuai dengan kenyataan Kalian dalam shalat Kalian bahawa hidup dan mati kalian hanya untuk Allah swt.
Anakku, adalah hasrat Ayah untuk melihat Kalian membesar (grow-up) dalam Dunia Kerohanian dengan Jiwa yang gagah yg tidak takut kepada apapun melainkan Allah swt dan sentiasa berpaut kepadaNya, aamin ya Rabb aamin!
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR