LAYAR KEHIDUPAN (3)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Rasulullah saw melihat ahli Syurga dan Neraka semasa miraj. Apa yg Baginda lihat adalah gambaran kerana perkara ini masih dalam Pelan atau Perencangan yg masih belum berlaku. Sesuai dengan firmanNya bahawa semua udah tertera di dalam Kitab Induk (Loh Mahfuz) sebelum Allah swt menciptakannya dari masa ke masa.

Jelas apa yg Rasulullah saw lihat adalah gambaran dalam Kitab Induk (Loh Mahfuz) sebelum diciptakan. Sehubungan dengan ini juga ada firmanNya bahawa Kita akan hidup mengikut Kitab ini sehingga Hari Kebangkitan.

Kesimpulannya, Kitab Induk ini adalah gambaran atau lukisan-lukisan perwatakan-perwatakan yg perlu dilakonkan. Seperti lukisan-lukisan dalam Buku Komik. Untuk menjadikan Perwatakan-perwatakan ini berlakon menjadi sebuah Animasi maka ia perlu di kibas 24 atau 30 rangkai dalam satu saat (fps = frame per second).

Begitu juga Kitab Kita juga perlu diKibas maka jadilah Kita Animasi Ilahi. Namun bezanya Kita dengan Animasi Manusia ialah suara dan emosi, kerana ini semua datang dari Dzat. Dalam Animasi Manusia datang dari pelakon-pelakon tertentu.

Anakku, kalau Manusia boleh buat Animasi seperti Beauty & the Beast yg kelihatan seperti betul/benar, mengapa tidak Allah swt yg AnimasiNya bukan seperti tetapi Dirasai Betul/Benar. Di sini Prof Stephen Hawkins berkata semua ini adalah satu “Soap Opera” (Ilahi).

Apabila kalian bisa menerima gambaran yg dilihat Rasulullah saw kemungkinan sebuah Animasi Ilahi atau lukisan-lukisan yg diKibas, ini bererti Layar Kehidupan Kita ini hanyalah Animasi Ilahi. Justeru anakku, bagaimana Dia bisa zalim?


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *