LAYAR KEHIDUPAN (4)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, kembali Kalian ke Wayang Kulit. Setiapkali Pak Dalang menggerakkan patung ditangannya maka bergegarlah watak di Layar Putih dilihat oleh orang ramai yg menghadap Layar Putih di bahagian yg bertentangan (opposite).

Kalau Kalian faham penerangan di atas ini maka faham Kalian konsep “String”, konsep yg terbaru dalam Sains untuk menerangkan konsep ciptaan. Pengasasnya ada Saintis terkenal Michio Kaku. Saintis ini berkata bahawa apabila Tali yg tegang ditarik dan dilepaskan maka bergegarlah Tali itu. Gegaran itulah ciptaan hasil dari gegaran itu. Dia menambah bahawa dalam Alam ini penuh dengan Tali-tali dan Kehidupan ini adalah hasil dari gegaran Tali-tali ini.

Kalian udah mengerti bahawa disebalik Layar Kehidupan (Layar Putih, Wayang Kulit) ada Dzat yang Wajibul Wujud (Pak Dalang). Justeru apabila Dzat bergerak maka bergeraklah watak-watak di Layar Kehidupan. Contoh, Snowman adalah Ais dalam bentuk Snowman. Kalau Ais bergerak maka bergeraklah Snowman. Pergerakan Snowman adalah hasil pergerakan Ais.

Anakku, bagi Kalian yg meliputi itu adalah Dzat. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dialah Maha Halus lagi Meliputi. Bagi Saintis Michio Kaku yg meliputi adalah Tali-tali.

Satu lagi teori Sains bahawa ciptaan ini hanyalah “Hologram”. Hologram boleh dirumuskan seperti satu bayangan. Maka hidup ini atau kesemua ciptaan adalah Hologram.

Kalian udah mengerti bahawa kesemua ciptaan adalah Dzat yg berupa ciptaan. Contoh, plastik dalam bentuk botol-botol yg banyak di hadapan kalian. Kalau diperhatikan maka Kalian akan sedar bahawa sebenarnya botol-botol ini adalah sebenarnya plastik kesemuanya. Justeru itu, Kalian akan sedar bahawa rupa botol-botol ini hanyalah satu bayangan sifat yg sebenarnya tidak wujud ataupun Halogram.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *