Q&A: SEPERTI APAKAH BASECAMP ITU? (2)
10/8/17, 6:40:58 PM: admin: Assalamualaikum ustadz. Mohon izin menyampaikan dua pertanyaan mengenai basecamp dan dzikr
*Darman syah*
Ass mlkm ustad, Sye nak tanye pasal minda dn berkenaan dngn mata hati.
Maksud ustad nak ingat allah jarak sejengkal itu ape ustad? bahkan kepala belakang sangtlah mustahaq
Baik dari sebelah kanan..kiri..depan..belakang
Ape suare yg berbunyi dari atas ubun2 kepala at macamne ustad?
*Jailani*
Abuhafiz67@gmail.com
Assalam maaf nak tanya bagaimana nak tahu base camp dah terbina, sekarang ni cuna rasa penuh dan berat kepala tak tertolak keatas, mohon pencerahan
10/9/17, 4:55:14 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Wlkm slm. Apabila kita tekan keatas dzikrullah (ingat kpd Allah) kita, pada permulaan akan kedengaran bunyi berdesing di atas kepala. Lama kelamaan kita tidak mendengarnya lagi dan tak perlu menekan keatas lagi, ingatan udah mulai bermastautin di dalam Minda. Setiap kita naik, ingatan itu udah ada menunggu kita (merasa penuh) maka barulah mulai base-came kita terbina. Lama-kelamaan, ingatan Allah swt akan sentiasa bersama kita sama ada kita naik ataupun tidak. Maka ini bererti base camp udah terbina.
Berkenaan sejengkal, ini lebih jelas dalam keadaan berdoa. Iaitu, doa orang yg dalam darurat selalunya naik sejengkal di atas embun-embunnya dari orang yg berdoa biasa yg hanya di dalam mindanya. Begitu juga apabila kita menekan dzikrullah naik melepasi embun-embun, kita boleh merasa keadaan ini dan ia boleh sampai sejengkal.
Dzikrullah kita boleh naik ke Minda dari depan, belakang, kiri dan kanan. Seperti juga godaan syaitan boleh masuk ke Minda kita dari depan, belakang, kiri dan kanan.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Jazakallah TH1