KEPEKAAN (10)

Ustadz Hussein Abd Latiff:

Anakku yg dikasihi di dunia hingga ke akhirat, hari ini Ayah akan, Insya-Allah, sambung pencerahan berkenaan KEPEKAAN pada diri sendiri.

(My beloved children in this world and the hereafter. Today, God’s Willing, I shall continue my talk on FORESIGHT within oneself).

Harap prihatin bahawa kesemua Muallaf yg mencari Allah swt memeluk agama Islam kerana bersua dengan Kebenaran dalam Agama Islam ini. Sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud bahawa apabila mereka menyaksikan Kebenaran, air mata mereka akan bercucuran di pipi mereka seraya mereka berdoa semoga Allah swt memasukkan mereka dalam golongan yg menyaksikan Kebenaran ini.

(Take notice that all Muallaf [Converts/Reverts] who are in search of God, embraced Islam because they found the Truth in this religion of Islam. This is in accord with the revelation in the Al Quran that when a person found the Truth, tears will flow down their cheeks and they will supplicate Allah swt to group them with those who have discovered this Truth).

Anakku, kamu dapat menyaksikan bahawa kesemua mereka ini memeluk Agama Islam kerana mereka berjumpa dengan Kebenaran bukan kerana takutkan Neraka. Justeru ulama menyatakan, “Awaluddin Makrifatullah”. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw kpd para sahabat bahawa sekiranya mereka bertemu dengan ahli kitab pujuk mereka beriman kepada Allah swt dan apabila mereka setuju, Kenalkan (Marifatkan) mereka kepada Allah swt sebelum memberi mereka tahu bahawa shalat 5 waktu itu wajib.

(My child, you will note that all the Muallaf, they embraced Islam because they have found the Truth not because for fear of Hell. Thus Islamic Scholars had said that the First thing in religion is to know Allah swt. This is in line with the advice given by Rasulullah saw to his companions that when they meet the Peoples of the Books persuade them to embrace Islam if they agreed, guide them to know Allah first before telling them about the obligatory 5 times shalat per day.)

Kalau penyebab utama seorang muallaf mengorbankan cara hidup mereka, kaum keluarga mereka, masyarakat mereka dan lain-lain untuk memeluk Agama Islam adalah kerana berjumpa dengan Kebenaran bukan takutkan Neraka maka kenapa setiap dakwah yg dibawa oleh hampir kesemua asatizah kita menekan kepada Neraka.

(If all the Muallaf became believers and abandoned their ways of life, families, societies and others because they found the Truth not for fear of Hell then why must our religious teachers (asatizah) still lectures stressing on Hell?)

Natijah dari ini:
1. Allah swt dipamerkan sebagai yang menyukai kepada kesiksaan. Kalau seorang nenek memukul cucunya SETIAP HARI sampai pengsan kerana mencuri satu goring pisangnya boleh di sifatkan perbuatannya itu Gila, Tidak Berperi kemanusiaan, Jahat, Bengis dll. Maka bagaimana pula dengan Allah swt yg para pendakwah Kita setiap.masa memaparkan Tuhan yg menyiksa tanpa Peri kemanusiaan Manusia yg berdosa dan kesiksaan itu kekal selama-lamanya. Cuba fikir, hidup 25 tahun dan kerana dosanya disiksa selama-lamanya.

(The result of this kind of approach;
1. Allah swt is depicted as a Sadistic God. If a grandchild stole a piece of fried banana (fried by her grandmother) and for that she is beaten-up by her grandmother EVERYDAY until the child fainted, such act is considered an act of a lunatic, devoid of compassion, cruel, sadistic and others, then how about Allah swt whom our Asatizah depicted Him as mercilessly torturing human for all eternity because of our sins? Just consider, a man who lived for 25 years because of his sins is mercilessly tortured in hell for all eternity.)

2. Sifat-sifat kelembutan Allah swt kerana tidak ditekankan terselindung kepada semua. Justeru langsung tidak disebut berkenaan RahmatNya mendahului kermurkaanNya dan 99 Kasih sayangNya menunggu Kita di Hari Kemudian yg Rasulullah saw ada bersabda bahawa kalau orang kafir tahu tentang ini maka tiada mereka akan merasa putus asa untuk masuk Syurga.

(Since Allah’s Compassion is not canvassed such being the case, His Mercy precedes His Anger, His 99 lives waiting for us in the here after and to this end, Rasulullah saw had said to the effect that if the unbelievers know about this then none will feel despair from entering Paradise, is not touched at all even if it is touched it is rare and far in between.)

Maka hendaklah dakwah kita tertumpu kepada mengenalkan Kebenaran kepada semua bukan menekan kpd Neraka. Malahan pendakwah itu sendiri pun tidak gerenti tidak masuk Neraka.

(So let our lectures set on depicting the Truth not on Hell. Even those who talk on Hell cannot guarantee he is safe from it.)

Berkenaan Neraka atau Syurga serah sahaja kepada Allah swt . Sesuai dengan firmanNya bahawa bagaimana kamu memikirkan dan menetapkan, celakalah kamu. Juga harus diingat bahawa Rasulullah saw ada bersabda bahawa tidak seseorang itu masuk ke syurga dengan amalannya tetapi dengan Keredhaan Allah swt.

(So let leave the issues on Hell and Paradise to Allah swt. This is in line with His Command that damn you who bothered to think or make decision. Our Rasulullah saw also had said that none enter Paradise with his deeds except with Allah’s Blessing.)

3. Mereka yg terpengaruh dengan dakwah berkenaan Neraka, ada yg menjadi radikal dengan kefahaman bahawa kesemua orang yg tidak beriman atau yg we berdosa adalah ahli Neraka. Urutan daripada pandangan ini maka timbullah fahaman bahawa mesti ada jihad untuk menghapuskan mereka itu. Dari sini timbullah “Terorisme” , pembunuhan bukan sahaja yg tidak beriman tetapi juga yg beriman.

(Those who are attracted to this notion became radical in their belief in that, unbelievers and sinners are dwellers of Hell. This later gives rise to Terrorism, the belief that these people’s should be annihilated. How ever not only unbelievers but believers too were also killed.

4. Maka Agama Islam dibenci hampir keseluruh Eropah termasuk Australia, Kanada dan Amerika. Justeru timbullah masalah seperti “Islamicphobia”, pelarian Islam tidak diterima di negara-negara ini, kaum muslimah kita diherdik, maki, pukul, telekong mereka ditarik dan dibakar, dibunuh dll. Sehubungan dengan ini juga, Bengali Singh (yg berserban) banyak dipukul kerana menyangka mereka ulama Islam. Masjid-masjid dibakar dan madrasah-madrasah Kita dicerobohi.

(4. As a result, Islam is hated throughout Europe, Australia, Canada and America. This brought about Islamicphobia, Islamic Refugees not being welcomed in these countries, our women being harassed, abused, beaten-up, their headgears were pulled or burned, killed and others. Even the Sikh (wearing turbans) were assaulted being mistaken for Islamic Scholars. Our mosques we’re burned and our madrasah desecrated.

Anakku yg disayangi, maka berusahalah Kalian dengan Bijaksana bukan dengan kekerasan, mengenalkan Kebenaran kepada yg mahu atau yg mencari Allah swt.

(My beloved children, use your intelligence not violence to promote the Truth to those who are in search of it.


Anakku, Insya-Allah, Ayah akan sambung ceramah berkenaan KEPEKAAN pada diri sendiri.

(My child, God Willing, I shall continue the lecture on FORESIGHT on one’s self)

Hampir kesemua asatizah yg bersyarah menasihatkan ummah Kita untuk mengerjakan ibadah tetapi tidak menekankan serta menerangkan intipati ibadah itu. Ibarat mengenalkan Jasad tanpa nyawanya.

(Many Religious Teachers (Asatizah) impress on the Ummah to carry out Ibadah (worship) without stressing as well as explaining the essence of Ibadah. It is just like talking about a corpse without Life.)

Tanpa intipati ini, mengikut Sayidina Umar ra, ibadah Kita menjadi nol (kosong) atau tidak bermakna langsung. Mengikut Rasulullah saw tanpa intipati ini membuat Hati Kita menjadi keras. Allah swt juga menolak ibadah Kita tanpa intipati ini kerana Kita seperti mengejekNya kerana mulut Kita memujiNya tapi Hati Kita jauh sekali. Harus diingat Allah swt melihat isi Hati Kita. Kerana itu juga Nabi Isa as bersabda siapa yg beribadah tanpa intipati ini sedang mengejek Tuhan.

(Without this essence [of Ibadah], our Ibadah, according to Sayidina Umar (ra), is worthless. According to Rasulullah (saw), without this essence [of Ibadah], it hardened the (spiritual) Heart. Allah swt will also reject our Ibadah without its essence, the Ibadah becomes a jest because our mouth praises Him but our Heart is far away from Him. It should be known that He knows what is in our heart. Hence Jesus (as) had said that without this essence our Ibadah is but a jest.)

Namun sekiranya Ibadah Kita ini dituruti dengan intipati ini, mengikut Rasulullah (saw), maka Allah swt akan mengampunkan segala dosa Kita seperti seolah-olah Kita baru lahir semula. Kerana itu ramai para sahabat berkata bahawa intipati ini yg akan dapat membantu kita di Hari Kemudian.

(If this essence [of Ibadah] accompanied our Ibadah, according to Rasulullah [saw], Allah swt will forgive all of our sins that it is if, we are born again. To this end, many companions had said that this essence [of Ibadah] is a great help to us in the hereafter.)

Kenapa intipati ini sangat mustahak dan menjadi Nadi kepada Ibadah Kita? Ini adalah kerana intipati inilah yg membuka talian komunikasi Kita kepada Allah swt. Allah swt sentiasa menunggu “panggilan” dari intipati ini. Kalau panggilan dibuat sejengal cepatnya, Allah swt akan sambut lebih cepat dari itu iaitu sehasta. Sekiranya panggilan it cepatnya adalah sehasta, Allah swt akan menyambut lebih cepat dari itu iaitu sedepa. Sekiranya panggilan itu dibuat sedepa cepatnya, Allah swt akan menyambut panggilan itu lebih cepat dari itu.

(Why is this essence [of Ibadah] is vital and becomes the nerve of our Ibadah? This is because it is the communication link between us and Allah swt. If we “call” Him at a speed of an inch, He will respond at a speed of a foot; if our speed is a foot, He will respond at a speed of a yard and if our speed is a yard, He will respond even faster than that.)

Dia sentiasa ada dan menunggu “panggilan” dari Kita. Kerana itu, Dia berfirman bahawa Dia dekat, lebih dekat dari urat nyawa Kita. Dia dekat dan memakbulkan doa hamba-hambanya yang berdoa kepadaNya.

(He is always there and ever waiting for our ‘call”. Thus He commanded that He is near and even nearer than our jagular vein. He is near and everwilling to fulfill our supplication whenever we supplicate Him).

Justeru itu, “pintu” doa kepadaNya sentiasa terbuka (24/7). Kenapa pintu doa ini sentiasa terbuka? Ini adalah kerana kebanyakan hambaNya apabila berdoa kepadaNya tidak mensyirikkanNya. Mereka mengingat Allah swt tanpa mengadakan rupa atau umpamakan Nya. Serta dalam berkomunikasi kepada Allah swt, semua gangguan diletak mereka di luar minda mereka. Dalam Minda mereka hanya ada (ingatan) Allah swt dan mereka sedang berkomunikasi denganNya. Sesuai dengan firmanNya bahawa kau ingat Aku, Aku ingat kau.

(Why the door of supplication opens all the times [24/7]? This is because when we supplicate Him, we did not “syirk” Him. During our supplicating Him, we do not visualise or examplify Him entirely. It is a pure dialogue between us and Him without any other existence. This is in line with His commandment that whenever We remember Him, He will remember us.)

Justeru mengingati Allah swt (tanpa mensyirikkanNya) menjadi intipati kesemua Ibadah. Kerana itu, Allah swt berfirman bahawa hendaklah Kita bershalat mengingatiNya; sesudah shalat hendaklah Kita sama ada duduk, berbaring atau berdiri mengingatiNya dan juga hendaklah Kita jangan disibukkan oleh jual-beli (hidup keseharian) dari mengingatiNya.

(Hence remembering Allah swt (without syirk) is utmost importance in all our Ibadah. This is in line with His commandment in that, we are to remember Him during our prayers, after our prayers while sitting or lying down or when standing up or in our daily life.)

Banyak yang tidak faham bahawa Dzikirullah maknanya ialah Mengingati Allah swt (tanpa mensyirikkanNya). Maka Dzikirullah bukanlah lafaz di Bibir [Lisan], atau di Hati [Qalb] ataupun bisikan di Minda [Sirr]. Dzikirullah tidak perlu memegang tasbeh. Yg tahu hanya Allah swt. Maka di mana keadaan kalian berada hendaklah kalian sentiasa berdzikrullah (Mengingati Allah swt) seperti dalam Kenderaan, Pusat Belilah (Mall), Tempat Makan, di Rumah, di Masjid, di tempat kenduri dll. Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa dalam Minda Kalian hanya ada satu penghuni iaitu [ingatan] kepada Allah swt.

(It is not generally known that Dzikirullah means to Remember Allah swt. It is not spoken (verbal/Lisan) or whisper of the Heart (Qalb) or whisper in the Mind (Sirr). It does not need rosary. What important is that Allah knows. So wheresoever you are, Dzikirullah [remember Allah]. Be it in vehicles, shopping malls, eateries, homes, mosques, gatherings or others. To this end, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani had said that there should be only one existence in your mind and that is, [Remembrance] of Allah swt.)

Dengan sentiasa Dzikirullah, Minda Kita menjadi bersih kerana setiapkali Kita ingat Allah swt, Minda Kita menjadi kosong kerana hanya ada satu penghuni iaitu ingatan kepada Allah swt yg tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan. Sinambungan dari ini Hati Kita menjadi tenteram. Sesuai dengan firmanNya bahawa dengan mengingati Allah swt Hati menjadi tenteram [yg diulangi dua Kali].) Apabila Hati Kalian udah tenteram maka Kalian bisa beribadah dengan khusyuk. Sesuai dengan firmanNya menjemput jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaNya Dan masuklah dalam jemaahNya.

(Each time we remember Him [Dzikirullah], the Mind is cleansed because it is empty for the simple reason that the remembrance of Allah swt is without shape or form. This will render our Mind calm and tranquil. In line with His Command that by remembering Him, the [ spiritual] Heart becomes calm and transquil. This in turn makes our Ibadah more focus [khusyuk] which will bring about an invitation from the Almighty for us to come unto Him and be part of His blessed congregation.)

Maka mengingati Allah swt atau Dzikirullah adalah intipati yang sangat mustahak dalam semua Ibadah. Rasulullah [saw] ada bersabda bahawa mengingati Allah swt [Dzikirullah] adalah satu amalan yg tinggi mertabatnya, lebih tinggi dari sedekah emas dan perak dan lebih tinggi dari jihad. Kita juga boleh mengambil iktibar dari peristiwa Nabi Yunus [as] yg berada di dalam gegelapan dalam perut ikan Nun, di mana Allah swt berfirman bahawa kalau tidak kerana Nabi Yunus [as] banyak mengingatiNya, Allah swt akan biarkannya di dalam perut ikan itu sehingga Hari Kebangkitan. Maka hendaklah Kalian mendengar akan nasihat Syeikh Abdul Qadir Al Jilani supaya Kalian sentiasa mengingati Allah swt kerana kalau sampai ajal baru nak ingat Allah swt, ini udah terlambat. Ingatlah peristiwa Firaun, semasa ia mahu tenggelam baru dia mahu mengingati Allah swt, maka Allah swt berfirman kepadanya bahawa ia udah terlambat.

(Thus remembering Allah swt [Dzikirullah] is the highest form of worship. This is affirmed by Rasulullah [saw] in that, Remembering Allah swt [ Dzikirullah] is a form of worship which is higher than giving alms in gold or silver or doing jihad. To this end, we can also take into account the experience of Prophet Jonah as [Yunus as] who was in the dark belly of the Nun Fish. Allah swt commanded that if not for him always remembering Allah swt, Allah swt would leave him in the fish belly until Kiamat.)

Maka anakku, lazimkan untuk mengingati Allah swt sehingga sampai keperingkat yg diperkatakan oleh Rasulullah [saw] bahawa mataku tidur tapi Hati ku tidak.

(So my child practises until you reach the stage which Rasulullah [saw] had said that his eyes are sleeping but not his Heart.)


Anakku, Insya-Allah, Ayah akan sambung pencerahan berkenaan KEPEKAAN terhadap diri sendiri.

(My child, God Willing, I shall continue my explanation on FORESIGHT onto oneself)

Anakku, kefahaman berkenaan Neraka bagi orang biasa amat sukar hendak diertikan apabila dibandingkan dengan kefahaman Takdir iaitu:

(The concept on Hell is difficult to streamline with the concept of Predestination to ordinary men as can be seen as follows:)

1. Semua anak Adam lahir udah ditetapkan ahli Syurga atau Neraka (Hadith)

(1. Each and every child of Adam born have been predestined dweller of Hell or Paradise): Hadith

2. Masing-masing udah dipermudahkan Jalan ke tujuan masing-masing. (Hadith)

(2. The path to their respective destination has already been written): Hadith

3. Adakala seorang itu bermula dengan amalan ahli Syurga tetapi diakhir perjlanan dia beramal dengan amal ahli Neraka kerana ini udah ditetapkan begitu dalam Takdirnya.(Hadith)

(3. Some at the early stage of their lives walk in the righteous path but towards the end of their lives they fumbled onto the unrighteous path because this is already predestined): Hadith

4. Allah swt yg menetapkan kefaksikkan Dan ketawaan. (Firman).

(4. Allah swt is the One who inspired you to do evil or good): Quran

5. Semua perbuatan Kita udah tertulis dalam Loh Mahfuz dan satupun tidak dilupakanNya. (Firman)

(5. All our doings are already predestined in the Loh Mahfuz and none is amissed.) : Quran

6. Ketetapan atau Rencana Allah swt atau Sunnahtullah adalah tetap dan tidak boleh diubah. (Firman)

(6. His Decisions, Plans or Wills cannot be undone by anyone.) Quran

7. Siapa mengatakan dia boleh mengubah Takdir maka dia akan masuk Neraka. (Hadith)

(7.Those who claim that they can change predestination, their place is in Hell): Hadith

8. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa Kita tidak ada pilihan dan mesti pasrah kepada ombak Takdir yg membolak-balikkan hidup Kita. (Kitab Futuh Ghaib)

(8. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani had stated that we have no choice but to accept the flow of Predestination in our lives.) His Book: Futuh Ghaib.

Natijah daripada ini, timbullah masalah berikut:

(The aftermath of this, are as follows:)

1. Mana Keadilan Allah swt kalau semua udah ditetapkan dan tidak boleh diubah seperti :

(1. How can He be Most-Fair, if everything is predestined? For examples:)

i. Yg lahir kafir, mati kafir dan masuk Neraka.

(i. Those predestined to be born Disbelievers, died as one and will be placed in Hell)

ii. Yg lahir miskin lagi papa hidup menderita sampai mati.

(ii. Those who are predestined to be born a pauper, lived and died as one)

iii. Yg berpenyakit menderita seumur hidupnya sampai kematiannya.

(iii. Those who are predestined to suffer illness throughout their lives will be in that state until they died.)

iv. Yang cacat mental atau fisikal sejak lahir akan hidup sebegitu, hingga kematiannya.

(iv. Those who are predestined to be retarded mentally or handicap throughout their lives, will live as such until they died.)

v. Kaum wanita banyak dalam Neraka namun tidak diberi pilihan sebelum dilahirkan untuk sama ada mahu menjadi kaum Adam atau Kaum Hawa.

(v. The greater number of Hell-Dwellers are women but why are they not given the choice before their birth to be either Male or Female?)

vi. Dengan senang seseorang boleh menjadi ahli Neraka seperti mengikut Hadith bahawa satu perkataan salah boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam Neraka.

(vi. It is so easy to be Hell-Dwellers as stated in a Hadith that an insignificant word wrongly used can send us to Hell).

2. Banyak pencanggahan di dalam Al Quran. Walaupun disuruh Kita membuat yg baik dan menjauhi yg Jahat namun di dalam al Quran juga tertulis bahawa Allah swt yg mengilhamkan kefasikkan dan ketakwaan. Juga udah tertulis sunnahtullah atau ketetapanNya tidak akan berubah kerana semua udah tertulis di dalam Loh Mahfuz dan satupun tidak dilupakanNya.

(There are apparent contradictions in the Al Quran. On the one hand, Allah swt commanded us to do good and avoid evil. Yet it is revealed in the Quran too that He is the Source who inspires us to do good or evil. It is also written therein that we cannot change this predestination because everything have been written in the Loh Mahfuz and nothing is amissed.)

3. Dinyatakan dalam Al Quran bahawa Allah swt yg memberi rezki kpd kesemua ciptaanNya. Juga hendaklah Kita menjauhi makanan yg Haram. Namun rezki yg diberi kpd orang-orang kafir yg di makan mereka setiap hari adalah Babi serta binatang-binatang yg tidak disembelih mengikut cara Islam.

(3. It is provided in the Al Quran that Allah swt is the Source of all sustenance and we must partake foods which are not prohibited. Yet He supplied daily sustenance to the Unbelievers consisting of Porks and meat which are not slaughtered in accordance with Islamic teaching.)

4. Allah swt seperti mempunyai sifat yg tidak menentu. Sekejap baik Dan sekejap lagi Jahat (Buku : 2000 years of disbeliefs). Contoh, kalau Dia Maha Pengasih lagi Penyayang maka kenapa mesti ada bencana Alam yg mengorbankan berjuta nyawa seperti Peperangan, Tsunami, Gempabumi, Taufan, Air-bah, Kebakaran, kecelakaan udara, laut dan daratan dll. Kenapa mesti ada penyakit yg menular seperti Kanker, leukemia, Ebola, Sars, H1M1 dll.

(4. Allah swt is seen as a Diabolical God: Book- 2000 years of disbeliefs. For example, if He is All- Compassionate and Merciful then why must there be calamities which brought about great lost of lives such as Wars, Tsunamis, Earthquakes, Thyfoons, Floods, Fires, Air/Land/Sea disaster’s and others. Why must there be Cancer, Leukemia, Ebola, Sars, H1M1 and others)

Untuk mengatasi maslaha yg tertulis di atas ini, seseorang itu mesti mempunyai pengetahuan berkenaan:

(To be able to overcome the above problems, one must have the knowledge on:)

A. Awaluddin Makrifatullah iaitu mengenal Sifat-sifatNya yg tentunya lebih mendalam daripada Sifat 20.

(A. The first thing in religion is to know Allah swt (Awaluddin Makrifatullah). Of course this knowledge is much deeper than the teaching of His 20 Attributes.)

B. Keredhaan seperti disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa tidak seseorang itu masuk ke Syurga dengan amalan tetapi dengan Keredhaan Allah swt. Kerana itu seseorang pelacur dosanya diampunkan kerana memberi seekor anjing yg hampir mati kehausan, minum air yg diambilnya dengan kasutnya. Atau seorang yg membunuh 100 orang menjadi ahli Syurga kerana dia meninggal dunia masa dalam perjalanan mahu bertaubat.
Kefahaman berkenaan Keredhaan dapat
membuat Kita menerima akan kesemua Af’al (perbuatan) Allah swt tanpa pengecualian. Allah swt berfirman bahawa mereka redha kepada Allah swt maka Allah swt redha kepada mereka dan mereka pulang membawa kemenangan.

(2. Concept of Acceptance. Rasulullah saw had said that no one enters Paradise because of his good deeds but because of Allah’s Acceptance (of his deeds). Hence a prostitute had all her sins forgiven because she gave a dog dying of thirst drank from the water she carried using her shoes. Or, a Murderer who committed 100 murders is given Paradise simply because he died whilst on his way to repent. Understanding of the concept of Acceptance enlighten us to accept all Allah’s actions (Af’al) without exception. Allah swt had commanded that if we accept all His doing He will also reciprocate like-wise and we shall in return receive great blessings)

Dengan berbekal ilmu Makrifatullah serta Keredhaan barulah Kita dapat mengatasi kesulitan yg timbul dari Maslaha yg disebutkan diatas ini. Justeru Rasulullah saw dan para sahabat serta kesemua para anbiya terdahulu menyerah diri serta redha kepada ketetapan Allah swt. Sinambungan dengan ini Allah swt berfirman menyuruh Kita orang-orang beriman menyerah diri (serta redha atas kesemua ketetapanNya).

( Only by our knowledge of Makrifatullah and Acceptance, we can overcome the problems as earlier mentioned. Thus Rasulullah saw, the Companions, the earlier Prophets
surrendered themselves (and Accepted) Predestination. To this end, Allah swt had also commanded us to do like-wise.

Maka Pak Pandir berkata:
Ada mata lihat
Ada terlinga dengar,
Ada mulut diam.
Tepuklah tangan
Buat tidak tahu.

(So Pak Pandir
[Malay Mystical figure] had said:

“Have eyes, see.
Have ears, hears.
Have mouth, shut.
Clap your hands
Pretend not to know.”

Luncai pula bernyanyi:

(Luncai [ another Malay mystical figure) had sang:

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya,
Biarkan… Biarkan!”

“Luncai jumps [into the pond] with his pumpkin.
So be it, so be it!”)


Anakku yg disayangi, Insya-Allah, Ayah akan lanjutkan pencerahan berkenaan KEPEKAAN terhadap diri sendiri.

(My beloved children, God Willing, your Dad shall continue with the lecture on FORESIGHT onto oneself)

Untuk mencapai Maqam Keredhaan, kalian mesti menerima hakikat bahawa kalian tidak wujud. Seiring dengan pandangan imam Ghazali yg berkata kalau kalian mengenal Tuhan kalian dan juga mengenal diri kalian maka kalian tahu bahawa kalian tidak wujud. Seperti melihat bangku kayu namun kalian tahu itu adalah kayu dalam rupa bangku. Sinambungan dengan ini, ciptaan juga adalah Dzat dalam rupa ciptaan. Ini disebut sebagai Penzahiran atau Manifestasi.

(To reach the Station of Acceptance, one must accept one does not exist. This in line with the view of Imam Ghazali who had said that if one knows God and knows oneself then one should know one did not exist. It is just like looking at a wooden bench knowing that the bench is but wood in the shape of the bench. The same with creations, they are but the Essence (Dzat) in the form of creations. This is also referred to as Manifestation)

Apabila kalian dapat menerima kalian tidak wujud maka tidak akan ada soalan. Kalau tidak wujud maka bagaimana bisa bertanya. Ingat Nabi Isa [as] berkata bahawa soalan “Kenapa” adalah “Pintu Neraka”. Ini adalah kerana Allah swt ada berfirman bahawa Dia tidak ditanya akan segala perbuatan Nya.

(Once one accepted one did not exist then there will be no question. If did not exist, how to ask? Remember Jesus [as] had said that “Why” is the door to Hell. This is in accord with Allah’s command in that He cannot be questioned for all His actions.)

Kalian tidak boleh wujud kalau Kalian wujud maka udah menjadi 2 wujud iaitu Allah dan kalian. Justeru mengikut Imam Imran Hoesin, tauhid akan tumbang kerana ada 2 wujud iaitu, kewujudan ciptaan berasingan dengan kewujudan Pencipta. Hendaklah kalian ingat Rasulullah saw ada bersabda bahawa pada permulaan hanya Allah swt sahaja yang ada dan taada apa pun bersamaNya. Justeru unsur ciptaan MESTI daripada DiriNya. Di sini yg fahaman Wahdatul Wujud menekankan bahawa kesemua DiriNya menjadi unsur kesemua ciptaan. Fahaman ini ditolak oleh Sayidina Ali ra serta udah di Fatwakan di Malaysia sebagai fahaman sesat. Setelah itu, timbul pula fahaman Nur Muhammad iaitu Separuh Diri Allah swt (yg menjadi Roh atau Nur Muhammad) menjadi unsur kesemua ciptaan. Fahaman ini juga ditolak oleh ulama kita yg tersyuhur Dr Yusuf Qardawi dan udah difatwakan sesat di Malaysia. Sebenarnya hanya sedikit DiriNya yg menjadi unsur atau Dzat kesemua ciptaan. Di sini Prof Ramadhan Al Buti berkata bahawa kesemua ciptaan berasal daripada Dzat yg wajibul wujud. Ini seiring dengan sabda Rasulullah saw bahawa Dzatlah,(unsur) yg mendahulukan dan mengakhirkan. Ini juga sesuai dengan firmanNya bahawa (Dzat) Aku yang Awal dan yang Akhir. Justeru itu, Kita terzahir dari Dzat dan akan akhirnya kembali semula menjadi Dzat. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa apabila kesemua ciptaan binasa yg tinggal hanyalah Dzat. Inilah maksud ayat, “Inna Lilahi Wainna Ilaihi Rajiun” iaitu daripada Dzat Kita datang dan kepada Dzat Kita kembali.
Maka anakku mesti diingat bahawa setiap masa hanya ada satu Pencipta iaitu Allah swt. Sesuai dengan firmanNya bahawa kalau ada 2 Tuhan akan rosak binasalah Langit dan Bumi.

(You cannot exist otherwise there will be 2 existences and that will be you and Allah swt. If that happened then according to imam Imran Hoesin, Tauhid will collapse because there are 2 existences whereas according to Rasulullah saw, at the beginning there is Allah swt and nothing was with Him. Hence, the source of creations MUST be from Him and no other(s). To this end, (the followers) of Wahdatul Wujud (One Existence) promulgated that the whole of Divine Self manifested to become the whole creations. This concept was rejected by Sayidina Ali [ra] and had been resolved [fatwa] in Malaysia as wayward (gone astray). Thereafter the followers of the notion that The Light (Nur) or Soul (Roh) of Muhammad promulgated that half portion of Allah swt (the Nur Muhammad portion) became the source of creations. This was rejected by our wellknown Islamic scholar Dr Yusuf Qardawi and it had been resolved in Malaysia that this notion is also wayward. The truth is, the source of creations is from an infinitesimal of the Divine Self which become the (Obligatory) Essence (Dzat) of all creations. Thus Prof Ramadhan Al Buti had said that the source of all creations is the Obligatory Essence (Dzat Wajibul Wujud). This is in line with Rasulullah saw saying that the Essence is the start for all creations and the end of all creations. This is also in line with the

[5:51 AM, 11/9/2018] Ustadz Hussien Abd Latiff: provision in the Al Quran that (the Essence) is the First and the Last. Hence, the revelation that when everything is annihilated that left will be the Essence. This is also in accord with the revelation, “Inna Lilahi Wainna Ilaihi” that means, creations come from the Essence and will return to be the Essence once again.
So my children, please remember that at any given time there can only be One Existence and that is Allah swt. This is supported by the revelation that if there are 2 Gods (Creators) then Heaven and Earth will be destroyed.

Akan disambung/will be continued.
[10:42 PM, 11/9/2018] Ustadz Hussien Abd Latiff: Sambungan/continuation:

Kalian mesti sedar Kalian tidak pernah mencipta. Yang mencipta hanyalah Allah swt kerana itu Dialah Pencipta iaitu Pencipta yg Tunggal. Ini adalah kerana Wujud yg Tunggal setiap masa adalah Dia. Kerana Dia adalah Pencipta yg Tunggal atas kesemua ciptaanNya justeru Dia berfirman bahawa kesemua yg di Langit dan di Bumi serta perantaraannya (sama ada terlihat ataupun tidak atau dapat disentuh ataupun tidak) adalah KepunyaanNya atau Hak Mutlak Nya. Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jilani bahawa kesemua itu milikNya dan Dia tidak berkongsi milik dengan sesiapa pun. Justeru itu, Kalian yg udah berpegetahuan, tidak boleh berbicara,”Idea ini, aku punya,” “Aku mempunyai kepandaian atau keistimewaan” dll yg menunjukkan kalian udah mencipta serta menjadi Pencipta dan dengan itu, ciptaan itu menjadi hak atau milik kalian. Awas anakku, kalian udah berpegetahuan.

Juga ingat anakku, kalian juga tidak wujud justeru itu, bagaimana pula kalian bisa mencipta?

Mesti juga diingati bahawa selain Allah swt yg lain itu hanyalah ciptaan. Dan Pencipta hanyalah satu sahaja iaitu Allah swt. Kalau kesemua itu ciptaan maka semua itu adalah hak mutlakNya maka bagaimanakah Dia itu zalim? Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jilani qda berkata bahawa orang yg zalim itu adalah orang yg menggangu hak orang lain. Nah, kesemua ciptaan adalah hak mutlak Allah swt maka bagaimana Dia itu zalim. Syeikh ada menambah bahawa seseorang yg menuduh Allah swt atas tuduhan yg tidak berasas samasekali boleh menjadikan seseorang itu kafir.

Kalau kesemua adalah Hak MutlakNya dan kalian tidak wujud maka hendaklah kalian redha atas apa jua perbuatanNya atas HakNya yg mutlak itu. Dengan Keredhaan oleh Kalian, Allah swt juga akan redha terhadap kalian justeru itu Kalian akan kembali dengan kemenanganbukan kermurkaanNya.

Ingatlah anakku akan pesanan Ayahmu di atas ini supaya kalian pulang membawa keredhaanNya, aamin ya Rabbil alamin. Sehubungan dengan ini, Rasulullah saw ada bersabda bahawa seseorang itu tidak masuk ke Syurga dengan amalannya tetapi dengan keredhaanNya.

(You must realise that you never create anything because, only Allah creates as He is the Creator, the only One. Why the only One? Because the only existence at all time is He and no others. Hence there is only one God and that Him. Thus He had commanded that whatsoever in Heaven, Earth and in between them [ Be it visible, invisible, tangible or intangible) belong to Him absolutely. To this end, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani had said that everything belong to Allah swt and He never shares ownership with anyone. Such being the case, you shall not say, “This is my idea” or ” I own special or unique skills” etc as this shows that you have created and become Creator and that the creation belong to you absolutely. Beware of this fallacy my child as you have the knowledge.

You must also acknowledge that you don’t exist. This being the case, then how can you create?

By now you must know that all others except Allah swt are creations. And He is the only Creator at all time. Hence all the creations belong to Him. This being the case, how can he be cruel. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani had said that a person is cruel if he infringes the rights or property of others. So how can Allah be cruel when He infringes none at all as all creations belong to Him. To this end, Syeikh had added that anyone who accuses Allah swt and his accusation is baseless, is a kafir.

The facts that all creations belong to Him absolutely and that you did not exist, you thus must accept whatsoever Allah’s doings and Allah will in turn reciprocate you with His Acceptance and you shall return triumphant (not with His Anger).

Remember my above advice my child so that you will return with His Acceptance, aamin ya Rabbil alamin! To this Rasulullah saw had said that one did not enter Paradise with one deeds but because of His Acceptance.

Kalau kalian tidak wujud maka apakah ciptaan ini sebenarnya. Ciptaan sebenarnya adalah Dzat dalam rupa bentuk ciptaan.

Seperti juga plastik dalam rupa bentuk botol. Justeru, yang zahir dan batin adalah plastik. Botol tidak wujud kerana plastik yg membentukkan dirinya menjadi botol.

Begitu juga ciptaan tidak wujud kerana Dzat yg membentukan dirinya menjadi ciptaan. Justeru itu Zahir dan Batin adalah Dzat.

Apabila kalian dapat menerima ciptaan adalah Dzat yg berupa ciptaan maka kalian akan sedar bahawa kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakonan Dzat. Kerana itu Allah berfirman bahawa Dia yg melempar bukan Rasulullah saw kerana Rasulullah saw hanyalah Dzat yg berbentuk baginda. Harus diingat bahawa Baginda dan ciptaan yg lain tidak wujud. Kerana itu juga Allah swt ada berfirman bahawa Dia yg mengangkut anak Adam di Daratan dan di Lautan bukan kenderaan kerana kenderaan itu sama ada di Daratan atau di Laut sebenarnya adalah Dzat yg berbentuk kenderaan.

Kalau kalian bisa menerima bahawa ciptaan adalah Dzat yg berbentuk ciptaan, justeru itu kalian bisa menerima lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakonan Dzat. Justeru itu, dari manakah datang arahan-arahan kepada Dzat. Harap prihatin, kesemua arahan yg datang kepada Dzat adalah dari Loh Mahfuz. Arahan-arahan ini udah tersedia ada dalam Loh Mahfuz apabila Allah swt berfirman,”Kun” menunggu Masa sahaja untuk bergiat.

Kerana kesemua ciptaan adalah Dzat maka kesemua lakonan mereka juga adalah lakonan Dzat. Justeru itu mana ada mati atau hidup, miskin atau kaya, bodoh atau pandai, Jahat atau baik, untung ataupun rugi kerana kesemua ini adalah lakonan Dzat mematuhi arahan Loh Mahfuz. Kerana itu Allah swt ada berfirman bahawa tidak sedikit campur tangan kalian dalam urusan ini. Namun bagaimana kalian mahu masuk campur tangan kalau kalian ngak wujud.

Maka apakah erti semua ini? Inilah senda gurauan ilahi dengan DiriNya sendiri seperti Gajah mengoyang-goyangkan ekornya.

Justeru itu, anakku, kerana kalian udah berpegetahuan serta faham maka hendaklah kalian diam serta redha dan jangan ada rasa tidak puashati atau ada sungutan dan rungutan keatas senda gurauan Ilahi di mana pelakon (termasuk kalian) dan Direkturnya adalah sama serta Satu.

(If we don’t exist then what are creations? Creations are the Essence in the form of creations.

Similarly, plastic in the form of a bottle. Bottle did not exist because it is actually the plastic in the form of a bottle. In other words, the Manifest and the Hidden is the Plastic.

Similarly, we do not exist that which exist is the Essence in our form. Hence the Manifest and the Hidden is the Essence.

Once you can accept that you do not exist then you will understand that all your actions are but the actions of the Essence. Hence Allah swt had commanded that it is not Muhammad who killed but it was He ( the Essence in the form of Muhammad) as you very well know that His creations including Muhammad did not exist. Similarly, Allah swt commanded that He carry mankind on land and sea and not the relevant modes of transportation. This is so, because the modes of transportation are but the Essence.

Once you accepted that your action are but the actions of the Essence then the next issue is from where the directives to the Essence come from. The answer is, from Loh Mahfuz. All the directives are there when Allah swt commanded,”Be!” waiting for time for their interaction.

Once you understand that all your actions are but the actions of the Essence then there shall be no death or alive, no rich or poor, stupid or clever, good or bad or loss or profits all these are but playacting of the Essence in compliance with the directives in the Loh Mahfuz. Hence Allah swt had commanded that we have no say at all to whatsoever in this matter. How can we ever have a say when we did not exist?

So what is the meaning of all these? This is the Divine amusement and play with His own Self. Just like an elephant playing with his tail.

My children since you have the knowledge and understanding so be silent and Accept whatsoever actions of the Essence without feeling dissatisfied or being grumpy or disgruntled with regard to Divine Amusement and Play because the actor (including yourself) and the Director are but one and the same.)


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *