Q&A: MEMBINA LINK KITA KEPADA ILAHI (2)

 Ustadz Hussien Bin Abd Latiff : Anakku, kalau kita mahu membuka Link di alam siber, kita kena gunakan komputer atau laptop dihadapan kita. Namun kalau kita mahu membuka Link kepada Allah swt kita hanya perlu Dzikrullah. Ingat Dia dan Dia ingat kita. Berapa pantas kita, Dia lebih pantas menyambut kita. Kerana itu Dia berfirman bahawa Dia dekat dan memakbulkan doa. Lebih dekat dari urat nyawa kita. Sentiasa menunggu kita dengan berfirman menyuruh kita kembali kepadaNya.

Alhamdulillah, kalian udah tahu akan Link ini dan sentiasa dapat Dzikrullah bila-bila masa. Namun ramai dalam 1000 tahun dahulu tidak tahu Link (Dzikrullah) ini maka timbullah praktis Wasilah yang dianggap sebagai Link kepada Allah swt seperti praktis Rabitah (menerusi Mursyid) atau menerusi orang alim atau keramat-keramat termasuk Tokpehkong (Tanya Acong dia tahu makna ini) dll. Maka apabila hajat atau doa mereka terkabul maka mereka akan memuji-muji Wasilah-wasilah ini dan ada juga memberi hadiah-hadiah kpd Wasilah-wasilah ini. Kekata melayu,”Lembu punya susu, Sapi punya nama”. Ini yg syaitan berkata bahawa Allah swt akan mendapati banyak manusia yg tidak akan bersyukur kepadaNya.

Harap kalian menjadi saksi bahawa Ayah tidak pernah mengajar atau melatih kalian berwasilah.Dari mula Ayah mengajar dan melatih kalian ialah Dzikrullah. Ingat Ayah ajar kalian dalam seminar atau pengajian bila mahu berdoa atau bershalat:
1. Ingat Allah swt dahulu,
2. Tumpukan atau fokus kepada ingatan itu (sudah tentu tidak serupa dan tidak seumpama),
3. Bertahan (Istiqamah), dan
4. Doalah atau Shalatlah.

Kalian ingat dalam latihan Ayah ada berkata bahawa Ayah akan memohon dibukakan pintu doa untuk kalian dan sesudah itu ayah menyuruh kamu berdoa. Apa yang Ayah buat ialah menyusuli Link kalian serta membersihkannya dari segala gangguan di dalam Link kalian. Udah puas gangguan Ngak ada, baru Ayah suruh kamu berdoa. Ingat syaitan udah berjanji akan datang dari depan, belakang, kiri dan kanan kita untuk “Menggodam” Link kita ini kpd Ilahi.

Ingat Sayidina Umar ra ada berkata bahawa ada yg beribadah sampai janggut menjadi putih namun ibadahnya tertolak (reject) kerana mereka gagal mengingati Allah swt. Anakku, kenapa mereka gagal kerana tidak ada atau tahu berkenaan Link ini.

Ingat juga Hadith bahawa ada yg menghadirkan jasad-jasad mereka (seperti dalam Shalat) dan suara mereka yg lunak (membaca Ayat al Quran) tetapi jiwa mereka jauh dari Allah swt maka sia-sialah amal perbuatan mereka. Mereka termasuk salah Link. Asmadi, Jali dan Prof, jangan selalu termasuk Link Durian.

Maka anakku ingat akan pesanan dan ajaran Ayah, janganlah kalian berwasilah dalam semua ibadah kamu. Dalam semua ibadah hendaklah kalian pasang Link, fokus, istiqamah dan langsung jalankan ibadah kamu. Faham semua?

 

 

Artikel sebelumnya: 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. sofan says:

    Luar biasa.

Leave a Reply to sofan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *