PENZAHIRAN (2)

Aslkm ustaz yang saya kasehi, semuga ustaz berada dalam perlindungan Allah selalu.

Maafkan saya ustaz kerana mengganggu kerehatan ustaz buat seketik.

Sedikit pertanyaan saya, yang agak lama juga berlegar di minda saya; kalau2 saya boleh mencari jawapan sendiri tapi hampa. Pertanyaan saya ialah:  Dzat yang sedikit dari diri Allah yang terzahir sebagai Dzat Wajibul Wujud menjadi unsur kpd semua ciptaan temasuk ruang dan masa di beri tugas oleh Allah swt sebagai penyampai ilham dari LM kpd setiap ciptaan, maka apa pula tugas Yang Maha Halus. Saya betul2 dungu ustaz kerana tidak di izinkanNya untuk mencari jawapan sendiri. Maaf ustaz bercerita panjang untuk jawapan yang sedikit. Terima kasih ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Encik Ahmad tutup kakinya dengan Kain kuning dan selepas itu ditutup pula Kain kuning itu dengan Kain hijau.

Kita lihat Kain hijau bergerak-gerak. Namun Apabila Kita angkatnya, dia tidak begerak lagi. Tetapi Kain kuning pula bergerak. Apabila Kita angkat Kain kuning, dia juga tidak bergerak. Dan baru tersedar Kita rupanya Kaki Encik Ahmad yang bergerak yang membuat Kain kuning bergerak dan juga menyebabkan Kain hijau di atas kuning itu bergerak juga.

Begitulah, tidak bergerak Ciptaan (Sifat) kalau tidak bergerak Dzat (Hakikat) dan tidak bergerak Dzat kalau tidak bergerak yang Maha Halus (Makrifat).

Maka Ciptaan adalah penzahiran Dzat dan Dzat adalah penzahiran Yang Maha Halus. Inilah dia Loh Mahfuz.

Semoga kesemua anak Ayah mendapat pencerahan

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *