NIKMAT DI DALAM KESULITAN

 Ustadz Hussien Abd Latiff: 

Ayah: Anakku, kadangkali kesusahan dan keperitan adalah satu nikmat Ilahi yang tidak kita sedari justeru itu kita tidak mensyukuri.
Contoh:
Orang yang mengelami penyakit yang berat atau keperitan wang ringgit atau peniagaan yg sukar mendapat kepulangan yg mencukupi atau ahli keluarga yang tidak harmoni atau penyakit yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan sebagainya.
Maka mereka ini, kalau tidak kufur, akan sentiasa berada dekat dengan Allah swt. Mereka sangat dekat dengan Allah swt menerusi doa mereka yang bermakna atau menerusi rintihan jiwa mereka yang memerlukan amat sangat pertolongan Allah swt.

Maka kesusahan dan keperitan yang kita lalui juga adalah nikmat Ilahi. Di sini yang Allah swt berfirman yang bermaksud manakah nikmatku yang kau ragukan?

Maka anakku dalam kita mengharungi ujian-ujian ini jangan samasekali kita lupa bahawa ini juga adalah nikmatNya kerana ia membawa kita lebih dekat kepada Allah swt. Justeru itu kita harus bersyukur.

Harap anakku dapat menerima pemcerahan ini.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *