MENEMPATKAN KEKAGUMAN
Ustadz Hussien Abd Latiff:
Ayah: Anakku, Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita:
1. Penglihatan;
2. Pendengaran;
3. Hati (Minda);
4. Roh; dan
5. Nyawa.
Kelima-Kelima ini adalah ciptaan ataupun sifat dan mereka berlakon seperti berikut:
1. Penglihatan – Melihat segala pandangan seperti keindahan, kecantikan, yang jelek dan sebagainya.
2. Pendengaran – Mendengar segala sesuatu seperti suara, nyanyian, bunyian dan lain-lain.
3. Hati (Minda) – Memahami segala sesuatu seperti ilmu (termasuk rasa), ilham, fikiran dan lain-lain.
4. Roh – Menjalankan segala fungsi kerohanian seperti wisata roh/jiwa, kasyaf, terbuka mata ke3 dan sebagainya.
5. Nyawa – Menghidupkan jasad kita menerusi denyutan jantung, mengalirkan darah keseluruh jasad, menjadi Perisai dari penyakit dan lain-lain.
Maka anakku, janganlah kamu kagum melihat kelakonan ciptaan atau sifat ini. Kerana disebalik semua ini adalah Hakikat iaitu Dzat. Justeru itu, Dzat yang sebenarnya berlakon bukan ciptaan ataupun sifat.
Udah kamu tahu bahawa disebalik kesemua ciptaan adalah Dzat yang berlakon maka janganlah kamu kagum kepadanya kerana Dzat ini tidak besar dari sebiji pasir kepada Allah swt.
Maka yang hendak kamu kagum apabila melihat ciptaan/sifat berlakon dan mengetahui di sebalik itu adalah Dzat/hakikat, adalah Allah swt/makrifatullah. Ini sesuai dengan firmanNya yang bermaksud bahawa disetiap ufuk (ciptaan/sifat) dan pada dirimu (ciptaan/sifat) juga ada tanda-tanda (Dzat/Hakikat) Ku (Allah swt/Makrifat)
Semoga memberi pencerahan kepada kamu anak-anak Ayah yang disayangi lagi dirindui.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR