KEPEKAAN (11)
Ust. H. Hussien Abd Latiff :
Setiap kejadian ada hikmahnya. Justeru itu, Allah swt ada bertanya bahawa adakah kalian ingat Dia berbuat sesuatu itu tiada berhikmah? Dia juga berfirman bahawa hanya orang kafir berfikiran demikian.
Berasaskan bahawa semua kejadian berhikmah maka diutarakan pertanyaan-pertanyaan berikut:
1. Apa hikmah Allah swt jadikan kanker, leukemia, H1N1, Sars dll?
2. Apa hikmah Allah swt turunkan Bala bencana seperti:
i. Tsunami, Gempa bumi, Taufan, Bah, Kebakaran dll
ii. Kemalangan membabitkan roket, pesawat, kenderaan dll.
3. Apa hikmah Allah swt menjadikan haiwan berbisa dan yang buas?
4. Apa hikmah Allah swt jadikan Maslaha dalam:
i. Politik – perbezaan konsep seperti demokrasi, sosialis, sosialis demokrat, komunis, kapitalis dll.
ii. Ekonomi – perniagaan bebas, pergianaan terlindung, negara membangun atau sedang membangun dan yg masih belum membangun.
iii. Sosial – Nakoba/Dadah, Arak, Judi, Kenakalan Remaja, Jenayah, Maksiat, Penceraian, Kemurungan, cacat mental atau fisikal, perbezaan Bangsa, Bahasa dan Kebudayaan dll.
iv. Pelajaran – Agama, Sekular dll
v. Agama – Pelbagaian Agama , radikalisme, terorisme dll
vi. Perundangan – Sivil, Syariah (termasuk Hudud), Adat dll.
Untuk melihat akan hikmah disebalik perkara-perkara yg tersebut ini memerlukan KEPEKAAN dan WAWASAN.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR