JEMBATAN SYARIAH DAN SUFI

26/09/20 20.37 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku, sesudah mereka di bahagian Syariah membakar jembatan yg Kita bina untuk membantu mereka maka alangkah bahagia dan seronoknya Kita sekarang hanya khusus mendalami serta memperhalusi kefahaman kita berkenaan Dunia serta Ilmu Sufi.

Kita juga menaruh sekatan kepada Ahli-ahli Syariah iaitu mereka mesti ada asas kefahaman dalam Ilmu atau Dunia Ahli Sufi sebelum Kita benarkan mereka masuk ke Dunia Kita untuk muzakarah tentang Ilmu atau Dunia Kita ini. Sekatan-sekatan ini udah Ayah terangkan tempoh Hari.

Anakku, semakin Dunia pesat membangun, maka disedari bahawa makin ramai mengalami sakit mental terutama dalam negara-negara yg udah membangun. Singapura juga tidak terlepas dari natijah ini.

Bagaimana ini terjadi? Ini adalah kerana tidak ada imbangan di antara Jasmani dan Kebatinan Kita. Kepuasan Duniawi tidak diimbangi oleh kepuasan Ukrawi.

Makin Dunia mencapai kecermelangan dalam ilmu bersangkut paut dengan Duniawi maka makin tandus Jiwa mereka merasakan kehausan batin. Ilmu batin ini yang dikatakan ilmu mukasyafah, dan ini adalah ilmu Ahli Sufi.

Apabila Dunia menjadi tamadun, maka manusia mulai bertanya-tanya:

1. Mana Allah swt? Kalau Dia ada mana dia?

2. Kalau Dia Yang Zahir, adakah Kayu, Batu, Pokok, Haiwan, Manusia dan apa sahaja yg kelihatan itu adalah Tuhan?

3. Kalau Matahari, Langit dan Lautan bisa dilihat Kenapa Allah swt Yang Maha Besar, Tunggu dan Luas tidak dapat dilihat?

4. Kenapa mesti ada Neraka apabila semua perbuatan Kita udah ditakdirkan?

5. Kepada siapa Dia firman,”Kun” apabila pada permulaan Dia sahaja Yang Ada.?

6. Apa maksud Dia Maha Halus apabila Kita tahu Dia Maha Besar?

7. Apa maksud Dia lebih dekat dari urat nyawa Kita.

8. Adakah Allah swt suka menyiksa?

Ini dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan yang Ahli Syariah akan mendapati sukar menjawab. Perkara ini udah berlaku di Negara-negara Barat. Maka rakyat mereka membelakangi agama lalu menjadi Atheists, Freethinkers dll. Gereja-gereja mereka menjadi kosong dan banyak udah ditutup serta dijual.

Ini akan terjadi kepada umat Kita kerana Rasulullah saw udah bersabda bahawa Kita akan mengikuti mereka tapak demi tapak sehingga mereka masuk ke Lubang Biawak Kita akan mengikuti mereka.

Justeru, akan terjadi kepada Kita ahli Sufi seperti Penghuni Gua Kahfi yg perlu  menyembunyikan diri mereka demi keimanan mereka dan apabila mengetahui Rasulullah saw udah ada di Madinah, mereka turun beramai dari gunung dan lembah untuk memeluk agama Islam di tangan baginda.

Kita juga akan berlindung dibawah naungan Yamas Indonesia sehingga datangnya Mahdi lalu turunlah Kita beramai-ramai menyokong dakwahnya.

Semoga anakku mendapatnmememfaat, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *